CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1930|Reply: 4

Allah Jadikan Manusia Tak Sama

[Copy link]
Post time 15-11-2013 06:11 PM | Show all posts |Read mode

Allah jadikan manusia satu sama lain tidak sama
Allah jadikan begitu adalah rahmat dari-Nya
Kalau manusia dijadikan sama saja, manusia akan sengsara
Di sinilah rahsia yang tersembunyi banyak manusia tidak mengetahui
Ada manusia yang kaya, untuk ekonomi bangsanya
Ada manusia yang berilmu, untuk kemajuan negaranya
Ada manusia yang berkuasa, untuk kepentingan rakyatnya
Ada yang memikul senjata, untuk mengawal kedaulatan agama, bangsa dan  negara
Manusia yang miskin perlu ada, kerana itu Allah wujudkan
Kerja-kerja berat, kerja-kerja pembangunan, tulang urat mereka sangat  diperlukan
Doa mereka diperlukan juga untuk keselamatan negara
Mereka jangan dihina, tapi uruslah kehidupan mereka
Kalau semua golongan faham dan boleh bekerjasama
Kehidupan mereka tidak akan diabaikan
Mereka pula jangan terasa hina, mereka juga boleh berjasa
Yang penting setiap orang masing-masing faham kedudukannya dan meletakkan  diri pada tempatnya
Kemudian berjuang dan berkorbanlah mengikut kemampuan dengan ikhlasnya
Hormat-menghormatilah satu sama lain, setiap orang ada jasanya
Berkasih sayanglah, kerana satu sama lain perlu-memerlukan
Janganlah hina-menghina, lebih-lebih lagi kata-mengata
Setiap orang ada gunanya, jika mahu dimanfaatkan tenaganya

SUMBER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi asas tetap malar merentas zaman, ruang dan masa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul..klu semua kaya..tak seimbang dunia ni.hakikatnya si miskin perlukan si kaya dan si kaya juga perlukan si miskin.jalanilah hidup ini seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:38 PM | Show all posts
kalau yg tak mahu buat kerja hari hari lepak shj...mlm keluar...siang tidur tinggi hari....beranak pandai..dari bapa yg berbeza...tak makan ajar....tak makan nasihat....anak org lain yg jaga....yg itu mcm mana?? apa tujuan jadikan org mcm ini????
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:09 PM | Show all posts
salam

3 macam iqtikaq ada ..
  • Jabariah
  • ASWJ
  • Qadariah

Jabariah ..
Wajib Ikhtiar dan Usaha .. Wajib dapat .. bukan Harus dapat ..

ASWJ ..
Wajib Ikhtiar dan Usaha .. Harus dapat .. bukan Wajib dapat

Qadariah ..
Tiada Wajib Ikhtiar dan Usaha .. Tawakkal semacam aje ..

sebagai umat wasatiah sederhana ..
kita mengikut akan iqtikaq ASWJ ..


وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ
إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

wassalam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.039996 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list