Salam,
Aku sekarang kerja dengan satu PLC ni. Group yang agak besar jugak, tapi aku keje kat one of the subsidiary je bukan the group itself. Masalah aku skarang, aku ada dapat offer dari satu GLC.Aku dah buat pertimbangan, tapi aku just nak tanya pendapat korang la.
1. PLC - dekat dengan rumah sewa aku sekarang dalam 12km one way. Jam sikit la, takde la teruk mana. Ada tol, ulang alik dalam rm3.20. - parking free, takde isu. - medical benefit cover family. Ada dental benefit. if aku bersalin in the future, company akan tanggung sampai anak ke-5. Tapi aku single lagi sebenarnya hahaha. - epf 13%, normal rate la. - career growth, aku tak rasa aku grow sepanjang aku kat sini. Aku baru lagi, dalam 3 bulan. Probation lagi. Tapi disebabkan manager aku dah blah, aku terpaksa bersoal jawab direct dengan GM and masuk meeting orang2 atasan. Aku executive biasa je. Kekadang rasa tak mampu dan terumbang ambing. Aku tanya HR bila nak dapat manager baru, dia pun tak boleh kasi jawapan. - aku dengar tahun ni takde bonus. Kalau dapat pun, stakat ex-gratia sebulan gaji. Claim selalu kena potong, claim lambat. Gaji on time. - office okay, cubicle best,colleague baik. - Aku boleh balik on time. Aku tak suka stayback sebab aku akan siapkan semua keje aku within office hour. Mana tak siap, tunggu esok je.
2. GLC - location kat tengah KL. One way dalam 25km. Jam kat kl bagi aku memang teruk. Tol pun aku rasa dalam rm7 ulang alik. Fuel dan toll memang makan banyak duit. Park and ride, naik public transport mungkin boleh, tapi aku belum explore option tu. Aku tau ada lrt station 15 mins away jalan kaki, tapi aku tak pasti tahap keselamatan area tu untuk aku ulang alik setiap hari. - parking kereta free, no issue. - medical benefit cover aku sendiri je. Pasal beranak apa smua tu, aku tak sure. - Epf 16%. Longer run, memang banyak beza. And gaji diorang offer 15% extra. Gaji ikut tarikh gomen. - career growth, aku rasa kat sana aku bole grow. Aku akan ada manager untuk manage aku, aku akan ada keje yang sedia menanti. Lagipun, company ni subsidiary baru, so the staff memang pioneer. Company baru, orang2 baru. - office lama, cubicle tak menarik bagi aku. - Maybe kena stayback, sebab manager aku ni workaholic sikit.
Setakat ni ramai kengkawan aku favour yang GLC tu. So, apa pendapat korang? Terima kasih~
Last edited by verystrawberry on 13-11-2013 12:51 PM
|