View: 3770|Reply: 0
|
INFINITE 'ONE GREAT STEP' KONSERT DI MALAYSIA
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur : INFINITE ONE GREAT STEP CONCERT yang berlangsung di Stadium Negara pada 19 October 2013 begitu bermakna sekali kerana kedatangan 7 anak muda iaitu Kim Sung Gyu, Jang Dong Woo, Nam Woo Hyun, Lee Ho Won (Hoya), Kim Myung Soo (L) dan Lee Sung Jong adalah sangat dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia. Tentu saja ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga ditujukan kepada pengajur utama iaitu IME Production dengan disokong oleh Magnum kerana telah merealasikan impian peminat.
Seperti biasa peminat dikabarkan ada yang sudah berkampung sehari dihadapan stadium hanya semata-mata untuk menjadi peminat yang terawal demi untuk mendapatkan tempat yang terbaik terutama bagi pemegang tiket 'Rock Zone'. Walaupun hujan bermula gerimis kemudian menjadi lebat sedikit namun peminat langsung tidak berganjak dari tempat masing-masing. Sedikit rasa terkilan sebenarnya melihat peminat dibasahi hujan sepatutnya pihak pengajur prihatin memberikan sedikit perhatian dengan keselamatan dan kesihatan peminat. Ada baiknya sekiranya mereka dibenarkan masuk dahulu terutama sejam lebih awal untuk mengawal setuasi terutama bagi pemegang tiket rock zone supaya suasana tidak kuncar kacir dan berhimpit-himpit dihadapan stadium. Pengajur harap anda menerima sedikit teguran ini demi kebaikan bersama dan demi reputasi juga.
Dipahamkan juga bahawa Inspirit Malaysia begitu perihatin kerana telah melancarkan tabung kebajikan dengan dengan mengumpulkan wang membeli beras untuk disumbangkan kepada yang memerlukannya. Ya sambil bergembira kita juga membantu mereka yang didalam kesusahan. Inspirit Malaysia, anda semua sangat baik hati.
Konsert yang sepatutnya bermula pada pukul 7 malam cuma bermula setengah jam berikutnya. Sekali lagi berlaku sedikit kekecohan dimana pihak media ditempatkan. Oleh sebab media diberikan tiket bukannya media pass maka agak sedikit kecewa kerana petugas berulang-alik datang ke arah media dan memeriksa tiket berkali-kali. Bukankah semua tiket telah diperiksa terlebih dahulu sebelum pemegang tiket boleh mendapatkan tempat duduk seperti yang tertulis pada tiket. Sekali lagi diharapkan pihak pengajur mengambil perhatian dengan perkara ini.
Baiklah kita teruskan dengan konsert tersebut. Pada pembukaan, peminat dipertontonkan VCR jalan cerita memperkenalkan ketujuh-tujuh ahli, bagaimana mereka diburu oleh pihak berkuasa disebabkan music yang mereka perjuangkan. Sekiranya anda memperhatikan pada VCR tersebut yang mereka paparkan dari mula sehingga tamat semuanya mempunyai sembolik. Message yang cuba mereka sampaikan adalah pertemuan, jatuh bangun mereka, seorang dipalit oleh kontrovesi yang lain akan datang menyelamat memberi sokongan dan semuanya mereka hadapi bersama. Diakhir sekali digambarkan segala halangan yang mereka hadapi akan berakhir kerana mereka telah mencipta 'ONE GREAT STEP' dihadapan dunia dan peminat.
Sepanjang konsert 3 jam ini, INFINITE mempersembahkan sebanyak 25 buah lagu dengan diiringi oleh kumpulan pemusik tanpa bantuan minus one. Lagu 'Destiny' memulakan rentak persembahan mereka. Diakhir persembahan lagu 'Tic Toc' peminat menjerit bagaikan histeria bila ketujuh-tujuh mereka menanggalkan jaket sebelum memulakan lagu 'Paradise'. (Aduh...dalam hati sebenarnya takut juga ada yang betul2 menanggalkan kesemua pakaian dan boleh menyebabkan pihak pengajur disaman.) Lagu seterusnya adalah 'Wings', 'Inception', 'Can U Smile' dan 'Going To You' . '3 분의 1(1/3)' adalah duet Sungjong dan Sungyeol sebelum diteruskan oleh sub-unit mereka dipanggil INFINITE H iaitu Dongwoo dan Hoya dalam persembahan 'Special Girl'.
Sepanjang konsert ini juga mereka langsung tidak mengunakan penterjemah. Walaupun tidak fasih namum mereka berusaha berkomunikasi dalam bahasa english berselang seli dengan perkataan melayu. Bayangkan setiap negara terutama Asia yang mereka kujungi mengunakan bahasa yang berlainan. Satu yang patut dan memang patut diberikan pujian dan penghormatan kerena mereka kelihatan begitu tulus untuk berinteraksi mendekatkan diri dengan peminat. Malah ada suatu ketika kerana begitu teruja L melompat turun dari pentas kemudian memanjat pentas kembali hanya untuk mendekati peminat yang duduk diruang VIP. Aksi spontannya sudah tentu saja menimbulkan perasaan cemas peminat kerana tidak ingin ada ahli yang tercedera semasa persembahan. Khas untuk peminat Malaysia mereka sempat mendendangkan lagu 'Rasa Sayang' sambil mengajak peminat menyanyi lagu rakyat ini bersama-sama mereka. Selain mereka berulang kali melaungkan Saya cinta kamu. Berberapa perkataan yang dilaungkan oleh ahli lain agak bermakna juga.
Semua Inspirit adalah saya punya - Woohyun
Kamu manis seperti madu. I say ho, you say ya. Did you get my heart? Rindu kami? - Hoya
If you ever cheat on me, I will find you to till the end of the world - Sungyeol
Sesudah menyampai lagu medley iaitu 'That Year's Summer' dan ketika lagu 'I Like You' mereka membuatkan stadium gamat lagi disebabkan setiap mereka melemparkan patung beruang kecil, kapal terbang kertas kearah peminat sambil mengambil gambar selca bersama peminat.
Seterusnya persembahan lagu solo dengan lagunya 'Love U Like U' oleh L yang duduk memetik gitar disamping patung beruang yang besar sebagai teman. Terasa histeria seketika bila peminat melihat L dengan sengaja mencium patung tersebut. (aigooo...apakah anda pikir L sendang bercanda dipasiran pantai bersama anda..? dalam mimpi saja la ya..huaalalala). Dalam 'Beautiful' solo WooHyun pula menyaksikan peminat menerima barang pemberian darinya...(ala..memang berbaloi-baloi anda membelanjakan ratusan ringgit, tidur dihadapan stadium semata-mata untuk dapat berdiri berdekatan dengan pentas kerana anda akan mendapat 'fanservice' yang sebegini...). Suasana senyap seketika bila tiba giliran solo Sunggyu yang menyampaikan lagu '60 Seconds' dengan suara lantangnya dalam rentak okestra. Ketika mereka bertanya apa pendapat peminat dengan persembahan solo tadi? Apa tentu saja semuanya begitu sempurna sekali. Usah dipertikaikan lagi kemampuan mereka ini. Setiap mereka mempunyai bakat masing-masing.
Mereka bergabung kembali ketika mendendangkan lagu 'MOM', Still I Miss You', Nothing's Over', 'Entrust', 'Cover Girl' dan 'Be Mine'. Saat yang paling dinantikan adalah tarian popular mereka iaitu 'scorpion dance' semasa lagu 'Before The Dawn aka BTD'. Semua mata tertumpu memerhatikan tarian mereka sehingga ada yang menahan nafas ketika tiba aksi 'scorpion move' tersebut. Inspirit tentu saja sangat bertuah dapat menyaksikan tarian tersebut kerana suatu masa dulu INFINITE pernah memberitahu bahawa mereka telah membahayakan segala sudut tubuh mereka demi menyempurnakan tarian yang dikoreografikan sepenuhnya oleh Hoya ini.
Ketika Hoya berkata "berita sedih, persembahan telah berakhir." Semua peminat menjerit sedih. Namum mereka kembali menghiburkan peminat lagi dengan lagu 'Man In Love', 'The Chaser', 'Come Back To Me', Hysterie'. Lagu 'With' disampaikan dengan penuh perasaan sehingga membuatkan mereka menitiskan airmata terharu kerana bukan saja lagu tersebut adalah lagu perpisahan tapi bila peminat bernyanyi bersama-sama sambil mengibarkan 'banner' berwarna putih 'WALK ALONG THE ROAD WITH THEM TILL THE END'.
Perpisahan adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Bergitu juga malam tersebut suasana pilu menyelubungi stadiium. Mereka mengucapkan selamat tinggal disetiap penjuru pentas dengan tunduk hormat terima kasih dari mereka.
"We are really want to comeback here again." - Sungkyu.
Kita berharap ini bukanlah pertama dan terakhir kedatangan mereka. Sudah semestinya kedatangan mereka akan dinantikan lagi dan berharap mereka akan kembali lagi untuk bertemu dengan Inspirit Malaysia.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada IME Production kerana menjemput CARI Malaysia untuk turut serta menyaksikan sendiri konsert ini. Segala salah silap dan teguran harap dimaafkan. Ianya tidak bermakna apa-apa sekadar renungan sampingan dan berharap penganjur akan sudi lagi mengajurkan konsert kpop bersekala besar sebegini sekali lagi.
Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : IME Production
Last edited by isabel on 30-10-2013 10:35 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|