CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4239|Reply: 14

Orang Islam Berkahwin Dengan Jin Islam?

[Copy link]
Post time 5-9-2013 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Orang Islam Berkahwin Dengan Jin Islam?

[size=1.4em]
Soalan
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
Wallahu’alam….


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 09:18 PM | Show all posts
Anda mahu saya tutup thread ini ?

kalau ya sila PM.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 09:39 PM | Show all posts
tq.. baru aku tau hukum sebenarnya.. kat kampung aku pun ada pakcik yg kawin dgn jin..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 07:27 PM | Show all posts
byknya benang hang..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 07:27 PM | Show all posts
manganini posted on 5-9-2013 08:39 PM
tq.. baru aku tau hukum sebenarnya.. kat kampung aku pun ada pakcik yg kawin dgn jin..

anda pasti??





Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 07:33 PM | Show all posts
bunian online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2013 09:30 PM | Show all posts
miss_calamansi posted on 6-9-2013 07:27 PM
anda pasti??

dia kata lah.. dia cakap, makcik ni isteri saya yg pertama.. isteri sorang lagi duk alam bunian....

sorry tersilap lak..bunian, bukan jin.. tak sama kan? kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 09:39 PM | Show all posts
manganini posted on 6-9-2013 08:30 PM
dia kata lah.. dia cakap, makcik ni isteri saya yg pertama.. isteri sorang lagi duk alam bunian... ...

jin dan bunian sama je kan..
aku pn pernah baca tentang hubungan jin dan manusia..
perkawinan antara jin dgn manusia xakan terjadi melainkan jin menampakkan dirinya menyerupai manusia
even nak bersekedudukan pun xboleh..
xakan menyebabkan kehamilan kerana sperma dan rahim
antara jin dan manusia adalah berbeza..
wallahualam...

pernah tanya pak cik tu tak pasal rupa org bunian yg konon isteri dia..
cantik ke idak?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 09:47 PM | Show all posts
Bismillah

dia tau korang tgh citer pasal dia,korang je tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 09:49 PM | Show all posts
miss_calamansi posted on 6-9-2013 09:39 PM
jin dan bunian sama je kan..
aku pn pernah baca tentang hubungan jin dan manusia..
perkawinan an ...

ntah la.. kalau baca benang2 kat MPS tu, ada yg cakap sama, ada yg kata tak sama..
takde pulak aku sibuk menanya isteri bunian dia tu cantik ke idok.. kang tak pasal2 dia muncul depan aku nak mengekspose kecantikannya,..


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 10:02 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 6-9-2013 08:47 PM
Bismillah

dia tau korang tgh citer pasal dia,korang je tak nampak










terima kasih mengingtkan..wallahualam..







Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 10:08 PM | Show all posts
manganini posted on 6-9-2013 08:49 PM
ntah la.. kalau baca benang2 kat MPS tu, ada yg cakap sama, ada yg kata tak sama..
takde pulak ak ...

i think jin dan bunian ni makhluk yg sama..
org kita je yg gelar jelmaan jin adalah bunian..
kan..kan..kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 09:41 AM | Show all posts
JIN KAN ADA PELBAGAI JENIS?????
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 09:43 AM | Show all posts
uniq61 posted on 9-9-2013 09:41 AM
JIN KAN ADA PELBAGAI JENIS?????

Jin pakai TONCIT?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 09:59 AM | Show all posts
JIN LAPAR..

Last edited by mnm77 on 9-9-2013 10:49 AM

Comments

** (gambar yang berunsur serangan peribadi kepada ahli politik tidak sesuai di board ini) ~mnm77~  Post time 9-9-2013 10:49 AM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085506 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list