|
crankshaft posted on 7-9-2013 09:23 AM 
"Kiamat" depan mata.........incest dikalangan keluarga ISLAM kita hari ini, rasuah, isteri isteri ...
menerangkan jalan yg lurus itu satu dan tiada cara lain selain jalan yg lurus.
sumbangan? cukuplah sekadar menyumbang ilmu untuk sama2 kita amalkan. kiamat itu perkara rukun iman yg wajib diimani. beriman kepada hari kiamat itu tidak cukup sekadar tahu akan tetapi memahami kenapa berlaku kiamat. antara sebab utama yg menyumbang berlakunya kiamat jika dunia terlalu teruk dirosakkan oleh manusia yg bersifat khalifah itu sendiri.
mari kita renung2kan apa itu khalifah. sebenarnya makna khalifah itu merujuk kepada ilmu dan amal selaku pemerintah yg diamanahkan olehNya. setiap manusia adalah asalnya khalifah. kerana itulah agama itu sebagai sebab kepada manusia yg bersifat khalifah untuk kembali menjadi hamba Allah yg taat. bagaimana pula dengan khalifah Allah? sudahkan anda mendapat gambaran khalifah yg Dia maksudkan di dalam surah Albaqarah?
kenapa berlaku kerosakkan di atas muka bumi yg paling teruk zaman ini? semua bala2 itu datangnya dari Allah atas pilihan manusia itu sendiri yg tidak mahu menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai petunjuk kehidupan yg datang dariNya. orang yg melakukan melacurkan isterinya itulah bukti nyata manusia yg bersifat khalifah akan tetapi tidak tunduk kepada perintah Allah. bukankah khalifah itu belajar dan mengajarkan sesuatu? jika sudah diri seseorang suami yg melacurkan isterinya dijadikan isu disini, saya ingin bertanya "kenapa anda tidak bertanya sendiri kepada orang yg anda maksudkan?" cukupkah sekadar kamu berbicara dan meminta orang lain untuk melakukan tugas itu untuk anda sedangkan semua manusia diberi pilihan samaada mahu atau tidak mahu mengubah apa yg dirinya lihat dan dengar mengikut petunjuk yg datang dariNya dan bukannya yg datangnya dari akal manusia itu sendiri.
sebagai contoh, jika kita tahu seseorang itu tidak bersolat... apakah cara terbaik untuk kita mengajak orang itu untuk bersolat jika orang yg tidak bersolat ini mengaku islam? saya pernah terjumpa dengan seorang bapa kepada anak2nya (akan tetapi sudah meninggal dunia si bapa ini). bila si bapa ini bertanya perihal agama Islam sehingga dirinya sanggup menyatakan dirinya bukan Islam semata2 kerana (kad pengenalan) di hadapan saya kerana diajak untuk bersolat oleh pak aji, sedangkan pandangannya itu datang dari abangnya yg suka berbuat kerosakkan di muka bumi dengan ilmu kebatinannya. saya nak tahu, mampu ke kamu menangani masaalah ini?
sifat orang yg bertakwa itu tenang dalam menerangkan ilmuNya tanpa ada perasaan ragu2 dan marah pada manusia. mampu ke kamu jadi seperti yg saya nyatakan?
so, dari pernyataan kamu, adakah kamu fikir kenyataan kamu itu bersifat ketakwaan? jika kamu menyangka saya jarang berbual2 dengan manusia sejagat, apa kata kamu jika kamu jadi diri saya dan buat seperti mana yg kamu katakan, tiba2 orang yg kamu nyatakan perihal jalan yg lurus itu meninggal dunia dalam keadaan tiba2 atau eksiden secara tiba2. kamu mahu ke tunjukkan jalan yg lurus kepada orang2 yg seterusnya? berbaloikah kejadian itu pada pandangan kamu sedangkan itulah merupakan satu kerugian jika kamu belum mengetahui.
oh, kamu mahu saya jadi seperti Al-arqam? itukah maksud kamu jalan yg lurus? oh, kamu mahu saya menjadi seperti pertubuhan ikhwanul muslimin atau golongan yg mengebom diri untuk menegakkan agama gitu? jika itulah golongan yg kamu sangka mengikut jalan yg lurus, apa kata kamu minta kepada Allah semoga dibukakan mata hati kamu untuk mengenal apa itu dunia (jika Dia izinkan) kemudian kamu ajarlah satu ilmu yg saya tidak tahu kerana apa yg kamu nyatakan saya sudah lakukan bukan sekadar terhadap orang awam akan tetapi terhadap orang2 kenamaan yg diberi kuasa memerintah di sesebuah negara akan tetapi jawapan tetap sama. semuanya salah manusia2 itu sendiri. siapa manusia2 itu? kita semualah termasuklah kamu dan saya.
cuba nyatakan kepada saya berapa ramai yg mahu menegakkan hukum Allah dalam maksud yg sebenar2nya? sebenar2nya, hakikat diri manusia yg jauh dari agama tidak akan sama sekali menerima hukum dan ketetapan Allah. maklumlah zaman ini majoriti umat Islam jauh dari kembali kepada jalan yg lurus. eh? kenapa ek? kalau sudah ilmuNya pun sudah amat jauh mahu dibaca dan difahami, celah lagi mahu diamalkan, sudah tentulah tiada apa yg perlu dinyatakan disini.
mari kita layan keterangan ini untuk sama2 kita amalkan (jika ada yg pernah menyebabkan diri kufur disebabkan dalil ini) renung2kanlah adakah kamu semua dirahmati Allah ataupun sebaliknya :
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
|
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 7-9-2013 09:23 AM 
"Kiamat" depan mata.........incest dikalangan keluarga ISLAM kita hari ini, rasuah, isteri isteri ...
Ya benar, kiamat sudah pun bemula
Itu namanya kiamat keimanan, iaitu manusia
sudah tidak lagi percaya Allah, beriman yang sebenar kepada-Nya ....
Jika mereka beriman kepada Allah mereka tidak berbuat perkara demikian.
Kiamat keimanan atau hilang kepercayaan kepada Allah ini dikenali juga
dengan kiamat ghaib ...
Dan kiamat nyata pasti akan menyusul ....
Last edited by dinsmann on 8-9-2013 01:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|