Bila?
Suatu Masa Dulu...
Bagaimana???
aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa
serius dan tidak pernah ketawa.. Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi..
mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin
dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya Salahuddin
apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan
fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu
dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin.
Malah...
Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah
waljamaah untuk
berjuang atas nama
Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya.
Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”.
Beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari.
Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam...
Richard the lionheart - Raja England , musuh Salahuddin sedang sakit di dalam khemah tenterakristian.
Tiba-tiba ada satu kelibatmanusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.
Siapa sangka...
manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.
Beliau sanggup menyamar danmembuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri.
Subhanallah..
Pernah diceritakan, SalahuddinAl-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dankemahiran masing-masing. Richard the lion heart yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah...
Apabila tiba giliran Salahuddin...
Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap di mata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkitmembela Islam.Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isninkerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramatdahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tentera kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang Islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan ke atas orang-orang kamu terdahulu?”
kata Ketua Tentera Kristian.
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat,orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.
Darah merah mewarnai bumipalestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
”Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkanramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkanSalahuddin Al-ayubbi. Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orangIslam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis.Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan.
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan“Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang...
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dariulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini selepas menunggu hampir 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis.
ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome ofRock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tandaberakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yangwara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk di sebelah Salahuddin ketika beliau nazak. Salahuddin Antara pengsan dan sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafarmembacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafarmembacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanyasambil tersenyum dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kataitu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat.
Tiada rumah-rumah,barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan, harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian.
Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kuburSalahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”Alangkahpenakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepandengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917 - Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis, Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dahsampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.
Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yanghebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan
Salahuddin Al-Ayubi?
Refleksi dan cermin-cerminkandiri..
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemahnya umat sekarang
SOALAN DARI SAYA :
kat mana elemen MODAL INSAN yg membentuk semangat , motivasi dan sahsiah serta personaliti unggul seperti beliau ?
Tanya diri sendiri dan tak payah pergi jauh - kalau kita mempunyai masalah nak membuat sesuatu kerja sepenuh hati sebaik dan setahap sehabis mungkin ?? tak nak sekadar alahai JUST do it sahaja , sejauh mana daya usaha kita? hmm? cer jawab ???
sekadar berhenti langkah satu dan dua ? tak nak even try to think or mencuba hingga langkah ke 4 hingga 10 ?
u know selagi ada sikap asal boleh , kita masih boleh berbicara tentang Salahuddin...yes sure ...no problem
tetapi kita tak akan belajar elemen elemen yg membentuk sahsiah itu.
HE HAS INITIATIVE & MOTIVATION ...HE HAS THE WILL TO DO THING TOWARDS OR APPROXIMATING PERFECTION
tak payah tengok jauh , muhasabah diri sendiri dulu.
wassalam.