View: 11132|Reply: 3
|
Tanggungjawab seorang anak perempuan yang sudah bergelar isteri
[Copy link]
|
|
Di sini saya ada beberapa kemusykilan:
1.Pernah terdengar ceramah mengatakan bahawa tanggungjawab anak-anak itu sama, tak kira lelaki ataupun perempuan.
Tetapi apabila anak perempuan telah berkahwin, bukankah perlu dia menurut perintah suaminya selagi suaminya tidak menyuruh dia melanggar syariat agama islam?
2.Apakah tanggungjawab seorang isteri terhadap kedua ibubapanya?
3. Suami saya kata tidak berdosa sekiranya saya tidak membantu ibubapa dari segi kewangan ataupun tenaga sekiranya saya tidak diizinkan suami.
4. Apakah pula tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibubapanya walaupun beliau telah berkahwin.
Kemusykilan ini saya utarakan kerana bapa saya tidak sihat dan saya pula tinggal jauh, tidak dapatlah saya untuk menjaga bapa saya, tetapi dalam masa yang sama adik lelaki saya mendesak saya yang mengatakan bahawa tanggungjawab anak perempuan atau lelaki sama sahaja.
Saya cuma boleh berdoa dari jauh kerana saya cuma boleh melihat bapa saya sekiranya suami saya membawa saya pulang ke kampung.
Suami saya bukanlah tidak hendak membawa saya pulang ke kampung, saya sedar dia juga manusia seperti yang lain ada masa penat selepas bekerja sepanjang hari.
Tolonglah beri keterangan terhadap soalan-soalan saya di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang I faham ialah
mmgle isteru wajib patuh pada perintah suami
tapi now kena tengok patuh pada perintah yg macam mana dn kat sinilah how sensible your hubby is , is too crucially important - dapat suami yg orthodox dan yg tak pernah kena suruh dalam dunia ni , sebab mak dia buat segala ( yesss believe me ada lelaki macam hopeless macam ni and cause massive stupid trouble ) so u know habislah
but selagi ia within reason dan menepati syariah okaylah
itu difahami
yes kalau lelaki tu suami awak dan dia tak bagi awak ziarahi mayat ibu bapa awak yg meinggal mmg you tak leh pi ...
walak suami you kepada ALLAH of course, then ibu dia dan you pun sama , bila kahwin priority mertua
sebab tu bisanbisan ni kena faham ...
dan yg penting hubby tu kena faham
well...marriage is a tricky thing in a sense and it is a sunnah , so kena ikut ...
so invest to find the right one ...kalau salah pilih merana jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
ini sekadar kefahaman dan untuk kefahaman ini saya akan detailkan dalil2 yg berkaitan jika terdapat kemusykilan.
perihal tanggungjawab seorang anak yg bergelar isteri terhadap kedua ibu bapanya berpandukan kepada ketetapan agama yg merujuk terus kepada petunjuk Alquran adalah dengan mengikut arahan suami samaada si isteri suka ataupun tidak itulah apa yg Allah tetapkan selagi beriman kepada Allah. jika kedua ibubapa kamu meninggal dunia sekalipun, tanpa kebenaran suami, sambil mengambil keputusan dengan mengikut kata2 orang2 yg musyrik dari kalangan kaum kerabat yg tidak memahami agama, maka berlakulah perkara nusyuz dalam beragama melainkan jika si suami tidak beriman.
pada diri manusia itu terdapat seketul daging. jika baik daging itu, maka baiklah hati orang yg dimaksudkan.
so, jawapan untuk anda nyatakan mudah aje (terhadap orang2 yg menjauhkan Alquran dan sunnah Rasullullah saw) : jika adik beradik kamu yg paling rapat sekalipun memujuk kamu untuk menjaga kedua ibu bapa kamu dengan memberi alasan kamu anak kepada kedua ibu bapa kamu, bertanyalah kepada si suami perihal ini jika si suami beriman kepada Allah dan rasul2Nya. kamu perlu berfikir bagaimana kedua ibu bapa kamu mengahwinkan kamu dan suami kamu (ijab dan kabul). disitu terdapat perjanjian perlepasan tanggungjawab antara anak perempuan kepada si suami dan tidak sepatutnya kamu melupakan hari bersejarah itu ketika bergelar suami (itupun jika mengaku beriman kepada Allah dan rasul2Nya). cuba tanya adik beradik kamu, adakah suami kamu kawen free dengan kamu atau adik beradik kamu yg memberikan belanja perkahwinan kepada suami kamu? jika terdapat maksud si suami kawen free dengan kamu, apa bentuk perjanjian antara kamu dan suami kamu perlu kamu nyatakan disini? jika tiada, maka ikutlah apa yg dinyatakan di dalam Alquran (suami itu pemerintah) dan bukan mengikut kata2 adik beradik lelaki kamu yg jahil dalam beragama sehingga melupakan perintah Allah kepada mereka sambil mahu memerintah kamu (melanggar perintah Allah) dan akhirnya menghumbankan kamu dan adik beradik kamu ke lubang neraka jika tanpa persetujuan suami kamu ketika berada di padang mahsyar samaada kamu suka atau pun tidak itu apa yg dijanjikan olehNya kepada orang2 yg INGKAR PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA. kenapa saya besarkan yg itu? inilah sebab utama manusia masuk ke dalam lubang neraka samaada forever atau sementara sahaja.
jika si adik/abang memaksa kamu, katakanlah dengan hikmah kepadanya : sesungguhnya tanggungjawab itu terletak pada bahu anak2 lelaki yg beriman dan anak2 perempuan (yg beriman dan belum berkahwin sahaja) samaada mereka suka ataupun tidak itu ketetapan Allah. maka orang2 yg tidak mengikut ketetapan Allah sambil mengada2kan sesuatu yg bukan merupakan perintah Allah, itulah orang2 yg kafir terhadap keterangan Allah yg dimaksudkan olehNya berdasarkan petunjuk Alquran itu sendiri.
alangkah indahnya dunia ini, jika kamu dan suami kamu kasih kepada kedua ibu bapa kamu kerana itu lebih menguntungkan kamu sekeluarga ketika berada di dunia mahupun ketika berada padang mahsyar kelak selaku orang2 yg beriman dan bertakwa kepadaNya. dengan beriman dan bertakwa kepadaNya, insya'allah, Dia pasti berikan kemudahan sehingga hati kamu sekeluarga puas ketika berada di dunia mahupun diakhirat kelak.
tidakkah orang2 yg beriman itu sentiasa diuji olehNya? renung2kanlah.
sekian harap maklum.
Last edited by AdAkAmA on 30-8-2013 03:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|