CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9262|Reply: 8

Mukmin Yang Baik Akhlaknya Sentiasa Membantu Dan Memuliakan Ibu-ibu Tunggal

[Copy link]
Post time 7-8-2013 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,


Ibu Tunggal adalah wanita yang ditinggalkan oleh suaminya samaada di sebabkan kematian atau cerai hidup. Biasanya ibu tunggal akan menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Kesusahan dan penderitaannya tetap ditanggungnya dengan sabar dan tabah, hatinya cukup cekal mengharungi bahtera hidup yang penuh cabaran dan dugaan.


Walaupun hidup tanpa suami atau ketua keluarga, hidup perlu diteruskan dan pergantungan dan tawakal hanya kepada Allah SWT. Ibu tunggal yang beriman dan bertakwa akan mendidik dan membesarkan anak-anaknya hingga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW sabdanya : “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Berdasarkan hadis di atas orang Islam yang membantu janda (ibu tunggal) dan orang miskin untuk memperbaiki keadaan dan menjaga mereka adalah sama dengan pahala mereka yang berjihad atau yang sentiasa sembahyang dan sentiasa berpuasa kerana memerlukan kesabaran yang kuat dan kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang dan harta. Golongan janda (ibu tunggal) dan orang miskin adalah dua golongan yang dianggap kurang bernasib baik oleh Islam dan ia wajib ditolong. Ibadah tidak terbatas kepada amalan-amalan tertentu malah merangkumi semua kerja kebajikan yang diniatkan kerana Allah.


Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat penyayang dan adil sehingga dapat mengatasi masalah golongan terbiar dan yang tidak berada.



Membantu dari segi kewangan kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak-anak yang ramai adalah digalakkan dan sangat dituntut dalam agama terutama ibu tunggal yang menjaga anak-anaknya sendiri iaitu  anak yatim (jika bapanya telah meninggal dunia).



Nabi S.A.W. memberi jaminan bahawa sesiapa yang mengasuh dan berlemah lembut dengan anak yatim akan dapat bersama-sama Nabi S.A.W. disana. Itu adalah derajat yang akan diperolehi oleh orang  yang mengasuh dan berlemah lembut terhadap anak yatim  .



Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya. (Hadis Riwayat Bukhari)



Imam Ibnu Bathal rahimahullah berkata : “Orang yang mendengar hadis ini wajib melaksanakannya, agar ia boleh menjadi sahabat Nabi S.A.W. di syurga."



Jika kita membiarkan ibu-ibu tunggal yang miskin tanpa diberi bantuan dan pertolongan dibimbangi  kita menzalimi mereka, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dan lain-lain lagi. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah SWT, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Di dalam akhbar kita ada terjumpa kisah kerana desakan hidup ada ibu tunggal yang terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.



Sahabat yang dimuliakan,


Membantu ibu tunggal bukan hanya memberikan wang ringgit sahaja tetapi bantuan boleh diberikan dalam berbagai bentuk, misalnya mencarikan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kemampuannya, memberi peluang-peluang perniagaan untuk berniaga kecil-kecilan, membantu untuk mereka membuka taska atau tadika dirumah-rumah mereka dan membantu mereka mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti membuat kuih dan menjahit pakaian  adalah usaha-usaha murni dan  dipandang mulia oleh Islam.



Kita juga perlu membantu dan menolong mereka supaya masaalah mereka dapat disalurkan  kepada agensi kerajaan  yang menguruskan kebajikan seperti Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, semoga mereka mendapat bantuan secara tetap tiap-tiap bulan melalui  agensi tersebut.



Di samping kita memberi bantuan kepada ibu tunggal kita juga perlulah membantu anak-anak ibu tunggal yang masih kecil dan bersekolah. Perlu difikirkan bantuan untuk persekolahan anak-anak mereka seperti pakaian , bag dan kasut sekolah, buku-buku pelajaran, yuran persekolahan dan tambang bas sekolah sekiranya jarak rumah dan sekolah perlukan pengangkutan.



Ibu tunggal juga manusia biasa yang memerlukan pasangan hidup yang baru setelah kematian suami atau di ceraikan suaminya yang lama. Jangan dipandang rendah jika ada lelaki berhati mulia walaupun telah berkahwin untuk mengambilnya menjadi  pasangan hidup yang sah semata-mata untuk membantu kerana Allah SWT dan mengisi keperluan hidupnya untuk memiliki ketua keluarga yang dapat membimbingnya kejalan Allah. Berpoligami adalah harus disisi syarak jika suami berkemampuan.



Amalan yang mulia dengan memberi bantuan ini terdapat satu hadis daripada Nabi SAW betapa mulianya mereka yang memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan bantuan.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)



Sahabat yang dikasihi,


Marilah sama-sama kita berkorban masa , tenaga dan wang ringgit setakat kemampuan kita untuk mengurangkan beban ibu-ibu tunggal terutama mereka yang kematian suami dan terpaksa menanggung anak-anak yatim yang masih kecil. Bantuan kalian adalah merupakan jihad dijalan Allah SWT dan setiap ringgit yang diberikan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.


Rujukan: http://abubasyer.blogspot.com/2012/09/mukmin-yang-baik-akhlaknya-sentiasa.html


di penghujung bulan mulia ni, marilah kita renung2kan nasib ibu tunggal dan fakir miskin kat luar sana... jangan asalkan dengar nama ibu tunggal je nak buat jadi spare part, isteri kedua mahupun ketiga or keempat. Tak dapat poligami secara adil boleh bantu dr segi kewangan, tenaga, dan sokongan moral. Selamat hari raya aidilfitri, dalam kegembiraan kita jangan dilupakan pada mereka yg wajib dibantu. sekian




Last edited by wanitajelita on 7-8-2013 10:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2013 03:56 PM | Show all posts
Mcm ceramah ustaz tak pun khutbah jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 12:36 AM | Show all posts
Ibu tunggal mcm abby abadi n rozita che wan taste ank ikan je
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:02 AM | Show all posts
menjadi ibu tunggal cukup perit tapi manis dengan pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 05:10 AM | Show all posts
setiap orang ada pengalaman tersendiri... yg penting boleh bangun dari sebarang pengalaman yang perit... ini akan membentuk kematangan dan kekuatan dalam menghadapi hari mendatang
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 06:09 AM | Show all posts
singajantan replied at 2-3-2016 05:10 AM
setiap orang ada pengalaman tersendiri... yg penting boleh bangun dari sebarang pengalaman yang peri ...

habis hang korek, naikkan balik tred archive........

Anyway.......sebelum kita nak teruskan ...mesti nak tanya TT dulu....apa status dia sekarang.???? Dah 3 tahun berlalu since dia bukak tred nee...

Dah kawen lain? Atau mewah BF jerk sampai sekarang????







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 06:16 AM | Show all posts
natberry replied at 6-9-2013 11:02 AM
menjadi ibu tunggal cukup perit tapi manis dengan pengalaman

NONSENSE....TT seems to enjoy the status...mana ada perit??? Kan TT???







Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 07:51 AM | Show all posts
Symbiosis3 replied at 2-3-2016 06:16 AM
NONSENSE....TT seems to enjoy the status...mana ada perit??? Kan TT???

hehehe.... tt dah berjaya sekarang....

nat je masih meneruskan sisa sisa hidup dengan separa bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 01:30 PM | Show all posts
natberry replied at 2-3-2016 07:51 AM
hehehe.... tt dah berjaya sekarang....

nat je masih meneruskan sisa sisa hidup dengan separa b ...

Berjaya dalam kontex....mengumpul sugar daddy bebanyok DARIPADA janji berlaki dan stay with one forever kot?????


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.059793 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list