CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2554|Reply: 4

Soalan dari Non-Muslim

[Copy link]
Post time 7-8-2013 08:16 AM | Show all posts |Read mode


Mohon ustaz dan ustazah jawab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2013 12:24 PM | Show all posts
pm ur number we will se u there
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 02:30 PM | Show all posts
Betul tu...knp dakwaan dijadikan soalan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 11:27 AM | Show all posts
Banyak soalan ni, jawab separuh dulu separuh lagi kemudian Insya-Allah...

Ada jawapan yang boleh dijawab sekadar logik, ada juga memerlukan dalil Al-Quran dan Hadith

1. Poligami dalam Islam
- secara zahirnya lelaki bersifat memimpin golongan wanita. Umumnya pemimpin akan memimpin orang yang ramai. Itu kelebihan lelaki terhadap kaum wanita. Islam membenarkan poligami jika lelaki mampu (maksimum 4), dan kalau khuatir tak mampu, sebaiknya monogami (kahwin seorang)

2. Kenapa lelaki boleh berpoligami, bukan perempuan?
- jika perempuan ada ramai suami, dan melakukan hubungan dengan semua suami, bagaimana nak tahu anak tu anak suami yang mana sewaktu mengandung? Timbul bermacam-macam masalah sampailah kepada urusan pusaka jika timbul kematian.

3. Hijab (veil) bukan merendahkan wanita, sebaliknya MENGANGKAT martabat wanita. Wanita sering dijadikan objek perhiasan atau iklan, dalam bentuk yang mengghairah kan atas niat-niat tertentu. Ini merendahkan martabat wanita, kerana nilai kecantikan wanita dijadikan bahan tontonan umum untuk mengaut keuntungan atau sebagai objek pemuas nafsu kepada orang yang tak sepatutnya (yang bukan halal)

4. Islam disebarkan dengan pedang ini merupakan salah faham. HANYA bila ada halangan kepada dakwah Islam barulah jalan peperangan sebagai jalan terakhir untuk mengembangkan Islam. Jalan utama ialah Dakwah Ila Allah (seru kepada Allah)

5. Muslim fundamentalis dilabel pengganas kerana beberapa faktor:
- orang yang anti Islam melabel sedemikian untuk menyebarkan Islamophobia dengan hasutan yang batil supaya orang takut kepada Islam
- segelintir umat Islam yang tidak memahami Islam mengambil jalan singkat secara radikal dan lebih malang jika umat Islam ini dieksploitasi oleh golongan tertentu untuk memburukkan Islam

6. Isu bunuh haiwan merupakan tindakan ganas. Kenapa makan non-vegetarian?
- makanan halal sangat banyak, termasuk dari haiwan yang halal dan tumbuhan. Bunuh (sembelih) haiwan yang halal untuk tujuan makan tidak termasuk dalam kategori ganas. Dari kajian sains pun ada kelebihan zat yang ada pada haiwan tetapi tiada pada tumbuhan.
- vegetarian yang selamat (yang bukan beracun atau dicampur arak) juga halal, tiada masalah kononnya muslim kena makan non vegetarian sahaja
- jika membunuh haiwan untuk tujuan makan dikira ganas, membunuh tumbuhan (contoh cantas pokok padi, gandum, jagung) untuk tujuan makan pun boleh dikatakan ganas juga tindakan itu.
- bunuh nyamuk, bunuh jentik-jentik, bunuh ular semua ini akan jadi kategori ganas?

7. Kenapa muslim sembelih haiwan dengan menyeksa secara perlahan terlebih dahulu?
INI MERUPAKAN FITNAH. Sembelih haiwan merupakan kaedah yang paling cepat mematikan haiwan, sejak zaman dahulu lagi. Juga ada kajian yang menunjukkan terdapat kelebihan-kelebihan sembelihan berbanding makanan dari haiwan yang tidak disembelih. Ini kerana sejumlah besar darah dari haiwan itu akan mengalir keluar, menyebabkan haiwan itu kurang risiko masa untuk dijangkiti kuman. Apabila darah terhenti mengalir keluar dan tertinggal dalam haiwan bila dibunuh bukan secara sembelih, darah itu akan lebih cepat dijangkiti kuman.

8. Sains kata maka haiwan kita jadi ganas?
Boleh lampirkan kata-kata 'sains' tersebut?
Kajian sains dah jelas, kita juga digalakkan diet seimbang dan memerlukan protein untuk gizi seimbang, dan protein ini datangnya dari sumber haiwan.

9. Kenapa Umat Islam tunduk menghadap Ka'bah sedangkan Islam menentang sembahan berhala?
-Umat Islam bukan menyembah Ka'bah. Ia merupakan Kiblat (arah perpaduan) umat Islam sebagai perintah Allah
-juga untuk membezakan dengan antara kiblat Ahli Kitab yang tidak mahu terima Islam.
-di tempat yang tidak diketahui Kiblat, umat Islam boleh bersolat menghadap mana-mana arah tanpa mengetahui arah mana arah Ka'bah. Sebabnya umat Islam sembah Allah, bukan sembah Ka'bah.

10. Kenapa bukan Islam tidak dibenarkan masuk Tanah Haram (Makkah & Madinah)?
Kerana itu Perintah Allah.
Secara terang-terangan orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk Tanah Haram.
Hati orang yang tidak percayakan Allah, atau yang mensyirikkan Allah merupakan hati yang tidak suci, maka tidak sesuai untuk berada di Tanah Suci yang mana tempat itu umat Islam sentiasa mensucikan Allah.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 21-8-2013 11:44 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:23 PM | Show all posts
Err... sambung perabis lah....

11. Babi haram dimakan merupakan Larangan dari Allah. Tidak memerlukan sains untuk membuktikannya, namun ada banyak kajian dah dibuat pasal babi ni. Belum ada lagi teori sains yang kata makan babi ni sangat bagus untuk kesihatan dengan pembuktian.

12. Alkohol yang memabukkan dilarang, kerana bila mabuk tak sedar diri atau separa sedar. Bila separa sedar boleh rogol jika nafsu syahwat meluap-luap. Jika nak ibadat pula dalam keadaan separa sedar, mabuk, tentu boleh berkata yang bukan-bukan. Banyak mudarat berbanding manfaat, sebab itu dilarang. namun untuk tujuan perubatan, diharuskan sekadar yang diperlukan (bukan tujuan untuk minum sampai mabuk)

13. Dua kesaksian wanita bersamaan satu lelaki
- kita sedia maklum wanita lebih emosi berbanding lelaki sesuai dengan sifat kewanitaan dan keibuan, maka ini satu kekurangan dalam kesaksian. Ini kekurangan dari segi mental. Namun untuk kasih sayang, emosi itu satu kelebihan kepada wanita kerana dengan emosi/pujuk rayu wanita lelaki mudah termakan.
- juga wanita ada waktu tidak suci (haidh), menandakan ada waktu 'uzur' untuk wanita walaupun dia sihat. Ini kekurangan dari segi fizikal.

14. Dalam hukum Faraai'dh (pusaka), lelaki dapat bahagian 2 kali berbanding perempuan.
Secara mudahnya, apa yang lelaki dapat dia akan guna dirinya, DAN JUGA WAJIB untuk tanggungannya seperti isteri dan anak (KELAK). Bahagian perempuan pula, dia dapat untuk BAHAGIANNYA sendiri.
Jadi apa yang lelaki dapat, sebenarnya akan pergi juga kepada perempuan di bawah tanggungannya. Apa yang perempuan dapat, dia boleh simpan untuk dirinya kecuali kalau dia baik hati nak bantu suami atau saudara yang lain.

15. Sememangnya Al-Quran itu Kalam Allah (Perkataan Tuhan)

16. Bagaimana membuktikan adanya kehidupan sesudah mati?
Buktinya kita kena cari sehingga yakin siapa yang mencipta Alam Semesta yang terbentang di depan mata kita. Bila kita yakin adanya Pencipta Alam ini, iaitu Allah, maka mempercayai Kalam Allah itu merupakan bukti yang sudah mencukupi kerana Tuhan Semesta Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya.

17. Mazhab terbentuk bila ada perbezaan tafsiran tentang Al-Quran dan Hadith mengenai masalah-masalah TERKEMUDIAN dari zaman Nabi, dan tafsiran ini dilakukan oleh yang pakar Al-Quran dan Hadith. Contoh macam permasalahan solat dalam kapal angkasa, yang tak wujud pada zaman Nabi....

18. Manusia diberi pilihan untuk memilih Agama mana yang dia nak. Tiada paksaan dalam menerima Islam, namun sebagai orang Islam, bila tahu kebenaran Islam takkan tiada rasa kecintaan untuk mengajak orang lain sama-sama berjaya dunia akhirat?

19. Islam merupakan Agama yang Benar dari Allah Tuhan Semesta Alam. Umat Islam yang beragama Islam, ada yang baik, ada juga yang tidak mengamalkan Agama Islam itu sendiri dengan baik. Kesalahan umat Islam itu bukan ajaran Islam, dan itu atas kelemahan individu sekalipun dia beragama Islam

20. Islam tidak mengajar umatnya untuk mencela orang bukan Islam. Perkataan 'Kafir' itu seerti dengan 'Bukan Islam' atau 'Non-Muslim' atau 'orang yang tutup (untuk terima Islam)'. Kafir = Cover. Cuma bila digunakan dengan cara yang salah sebagai hinaan atau ejekan, itu sebenarnya bukan dari ajaran Islam.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 1.715988 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list