CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: missmarvolo

Novel : Fantasi indah @ idea sumbang mahram?

[Copy link]
Post time 19-11-2013 03:57 PM | Show all posts
lambakan novel2 cinta yang pada aku cerita yg sangat direka dah mula muakkan pembaca. mengarut dan tak menjana minda. aku lagi suka novel2 dari penerbit alternatif (FIXI, Lejen Press, Buku Hitam, etc).

Bukan lah aku ni agen ke apa. Tapi pada aku, penulis2 macamni ade intelektual. Memang lah bahasa dalam novel2 tu agak gampang tapi yg aku nampak diorang jujur tulis buku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2013 03:27 PM | Show all posts
silveraden posted on 19-11-2013 03:57 PM
lambakan novel2 cinta yang pada aku cerita yg sangat direka dah mula muakkan pembaca. mengarut dan t ...

setuju sangat...

memang ada bagusnya novel2 ni sbb masyarakat kite sudah mula menunjukkan minat membaca

tapi isinya tiada dan membuai emosi saje

jalan cerita lebih kurang sama, tidak banyak intipati yang boleh menjana intelektual sang pembaca
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:48 PM | Show all posts
copy paste dari satu blog ni  http://bedaduz2.blogspot.com/2012/10/6-sebab-kenapa-saya-tak-baca-novel.html

- Nama watak yang tak logik

Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi.

Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet?
Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke?

2- Jalan cerita yang berulang-ulang

“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...”

Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni?

Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan.

Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz.

*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point*
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je?

3- Perwatakan yang sama

Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan?

Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran?

Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia.

Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan.

Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.)

Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu”

Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian.

Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira)

Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character?

Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya?
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari.

Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je.

4- Happy ending

Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati.

Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel)

5- Tidak mencabar minda

Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama.
“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan.
Cuba macam ni:

Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan.

Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta.

Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”

Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran.

Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. Ulasan je pun.

6- Tema yang membosankan

Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam?
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama.

Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan.

Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? Review je pun.

Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring~
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:51 PM | Show all posts
lagi satu kupasan yg menarik  http://juanajaafar.wordpress.com ... -masyarakat-melayu/

Ombak Rindu

Falsafah hidupnya dalam konteks hubungannya dengan Hariz boleh dikatakan seperti berikut:


    Oh, kau rogol aku. Disebabkan kau lelaki pertama aku dan kerana aku tak sanggup dirogol di luar nikah, jadi aku mintak tolong kau kawin dengan aku. Lepas tu kau rogol la macam mana pun, aku okay je. Aku cuma nak hubungan kita sah supaya aku boleh free-hair dan berkemban depan kau tanpa rasa bersalah. Malah, bila kau datang kat rumah ni untuk nak rogol aku, aku buatkan hidangan air dulu dan bukakkan stokin kau, siap dengan urut-urut sekali. Aku duduk kat lantai dan baring atas dada kau sebab aku Muslimah yang baik. Dan bila kau panik ingatkan aku hamil, lalu kau datang buru dan campak aku sampai terkena mangkok tandas, aku sekadar nangis je. Aku lari pun sampai batu besar kat luar tu, tak jauh. Ya, demi kebahagiaan hidup kau, kita sembunyikan saja pernikahan kita daripada diketahui sesiapa. Sebab aku isteri mithali.


Tak gila?! Begitulah bentuk mesej tauladan yang disampaikan kepada masyarakat Melayu. Gilalah! Izzah gila, Fauziah gila dan penonton setia yang berbelanja lebih RM10 juta tonton filem ini berulang kali semuanya gila. Bloggers dan penulis hiburan yang menklasifikasikan Ombak Rindu sebagai kisah cinta epik yang hebat-meletopz juga sama-sama gila.

Seterusnya kisah Ombak Rindu membawa masuk watak Mila (Lisa Surihani) yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Mila seorang artis popular di Malaysia dan tunang kepada si keparat Hariz tadi yang sudah bernikah dengan Izzah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 05:15 PM | Show all posts
Satu lagi istilah yang sesuai bagi novel dan pengarang yang buat novel yang banyak unsur seks , adegan intim , babak atas katil, babak suami isteri bermesra....novel jenis ni dipanggil novel cabul.

mungkin ada penggemar novel macam ni akan kata.. tak salah sebab dalam babak tu mereka suami isteri..jadi tak salah lah tulis atau baca novel macam tu...  

kemudian novel macam ni dibawa ke layar tv jadilah drama yang dpt rating tinggi mcm sekarang..

http://pts.com.my/berita/penulis ... alam-bahasa-melayu/

Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Permintaan untuk novel-novel cabul dalam apa-apa jua bahasa memang sentiasa ada, dan saiz pasaran itu besar. Kuasa duit sedang mendorong industri novel cabul membesar dengan rancaknya. Semakin banyak penulis novel cabul muncul dalam pasaran. Semakin banyak penerbit yang menceburi sektor novel cabul. Semakin banyak kedai buku menjual novel cabul.

Laporan risikan pasaran yang kita lakukan menunjukkan pada masa ini novel-novel cabul menguasai pasaran fiksyen dalam Bahasa Melayu. Angka jualan novel-novel cabul itu mengatasi jualan novel-novel cinta romantis.

Novel-novel itu dijual di semua kedai buku utama. Laporan yang kita terima daripada petugas sebuah cawangan kedai buku berangkaian menunjukkan jualan kategori novel cabul mengatasi jualan lain-lain kategori buku.

Kedai-kedai buku yang selama ini sangat dihormati sebagai kedai buku bermutu pun kini menjual novel-novel cabul, malah novel-novel cabul itu diiktiraf dalam senarai bestseller mereka, serta dinobatkan dengan diberi hadiah dan anugerah.

Ada suatu fenomena baru yang sedang berlaku dalam industri novel cabul hari ini.

Pada masa-masa yang lalu, penulis-penulis novel cabul adalah terdiri daripada penulis lelaki. Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 08:50 PM | Show all posts
sangat suke baca novel RAM (Ramli Awang Mursyid)..sbb sgt best..yg paling best kronologi Tombiruo dan Adam..huhuu
tp paling menyampah dgn novel2 cinta..mmg tak suke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2013 11:39 PM | Show all posts
aku x penah baca novel.......

sebab dari tajok pon dah boleh nampak bahawa novel nie adalah fantasi sang penulis je.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 09:36 PM | Show all posts
purpledesire posted on 22-11-2013 08:50 PM
sangat suke baca novel RAM (Ramli Awang Mursyid)..sbb sgt best..yg paling best kronologi Tombiruo da ...

senanye novel cinta bukannye x boleh tulis...

tapi x banyak yang mendidik ke arah kebaikan

kan, kan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2013 09:38 PM | Show all posts
card_reader posted on 24-11-2013 11:39 PM
aku x penah baca novel.......

sebab dari tajok pon dah boleh nampak bahawa novel nie adalah  ...

wahaha...

betul jugak, novel tu adalah fantasi si penulis

ade gak novel yang best...hehehe... bagi ilmu, kesedaran moral dsb...

yang duk tulis pasal cinta x abes2 dengan mende yang merepek2 tu ja yg problemnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 09:38 PM | Show all posts
missmarvolo posted on 27-11-2013 09:36 PM
senanye novel cinta bukannye x boleh tulis...

tapi x banyak yang mendidik ke arah kebaikan

btol2..rasenye banyak fantasi seks jer dalam novel cinta nie..pastu ending dia msti meleleh airmata..tu yg tak suke nak baca tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 09:42 PM | Show all posts
purpledesire posted on 27-11-2013 09:38 PM
btol2..rasenye banyak fantasi seks jer dalam novel cinta nie..pastu ending dia msti meleleh airmat ...

yang diagung2kan sgt pasal seks tu

bukanlah kate kite ni kolot sgt sampai x boleh bincang lgsg pasal seks pun

tapi satu sebab utama kenapa orang beli novel ialah nak baca part tu je

kalo yang umur 20 above kire ok lah kut

dah matang dan harapnye waras nak timbang baik buruk

kalo yang lepas upsr da start baca cemane lak?

kalo tv boleh ade 18 pl dsb, kenape novel xde?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.326151 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list