CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: matabelalang

NASIB MUALAF

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2013 10:01 AM | Show all posts
Ini kisah pengalaman aku semasa bekerja dengan ahli cendikiawan Islam dan ulama2 dari seluruh dunia. Aku mengenali seorang yang bernama John Esposito. Beliau adalah Professor Pengajian Islam dan Hubungan Antarabangsa, Georgetown University, USA. Beliau memang pakar dalam pengajian Islam. Beliau pernah berkata bahawa Allah itu wujud, Islam itu agama benar dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pesuruh Allah. Beliau banyak menulis buku berkaitan Islam, malangnya beliau tidak mendapat hidayah dari Allah dan masih menganut agama kristian.


BIOUniversity Professor as well as Professor of Religion and International Affairs and of Islamic Studies at Georgetown University, John L. Esposito is Founding Director of the Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding in the Walsh School of Foreign Service.
Esposito has served as consultant to the U.S. Department of State and other agencies, European and Asian governments and corporations, universities, and the media worldwide. A former President of the Middle East Studies Association of North America and of the American Council for the Study of Islamic Societies, Vice Chair of the Center for the Study of Islam and Democracy, and member of the World Economic Forum’s Council of 100 Leaders, he is currently Vice President (2011) and President Elect (2012) of the American Academy of Religion and a member of the E. C. European Network of Experts on De-Radicalisation and the board of C-1 World Dialogue and an ambassador for the UN Alliance of Civilizations.
Esposito is recipient of the American Academy of Religion’s Martin E. Marty Award for the Public Understanding of Religion and of Pakistan’s Quaid-i-Azzam Award for Outstanding Contributions in Islamic Studies and the School of Foreign Service, Georgetown University Award for Outstanding Teaching.
Esposito is Editor-in-Chief of Oxford Islamic Studies Online and Series Editor of The Oxford Library of Islamic Studies, Editor-in-Chief of The Oxford Encyclopedia of the Islamic World (6 vols.); The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World (4 vols.), The Oxford History of Islam, The Oxford Dictionary of Islam, and The Islamic World: Past and Present (3 vols.). His more than 45 books and monographs include: Islamophobia and the Challenge of Pluralism in the 21st Century, The Future of Islam, Who Speaks for Islam? What a Billion Muslims Really Think (with Dalia Mogahed), Unholy War: Terror in the Name of Islam, The Islamic Threat: Myth or Reality?, Islam and Politics; What Everyone Needs to Know About Islam, World Religions Today and Religion and Globalization (with D. Fasching & T. Lewis), Asian Islam in the 21st Century, Geography of Religion: Where God Lives, Where Pilgrims Walk (with S. Hitchcock); Islam: The Straight Path; Islam and Democracy and Makers of Contemporary Islam (with J. Voll); Modernizing Islam (with F. Burgat) Political Islam: Revolution, Radicalism or Reform?, Religion and Global Order (with M. Watson), Islam and Secularism in the Middle East (with A. Tamimi); Iran at the Crossroads (with R.K. Ramazani); Islam, Gender, and Social Change and Muslims on the Americanization Path and Daughters of Abraham (with Y. Haddad); and Women in Muslim Family Law. Esposito’s books and articles have been translated into more than 35 languages.
Esposito’s interviews and articles with newspapers, magazines, and the media in Europe, Asia, and the Middle East: The Wall Street Journal, The New York Times, The Washington Post, The Economist, The Guardian, The Times of London, CNN, ABC Nightline, CBS, NBC, and the BBC. A native of Brooklyn, N.Y., he currently resides in Washington, D.C. with his wife, Dr. Jeanette P. Esposito.

Last edited by matabelalang on 1-8-2013 10:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 11:19 AM | Show all posts
tak reti nak buat esei,tapi teringatkan Hadis ni & google jumpa dlm blog
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ ... ri-hadis-badwi.html


“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)

Beberapa faedah dapat kita ambil melalui hadis ini, antaranya: [Pertama] Menunjukkan larangan kencing atau membuat kekotoran di dalam masjid. Kerana masjid adalah tempat yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya. Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, membaca al-Qur’an, dan majlis ilmu.

[Kedua] Menunjukkan air kencing manusia adalah suatu yang kotor dan najis. Cara menyucikannya adalah dengan membersihkannya menggunakan air.

[Ketiga] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid, tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang tepat kepada para sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.

[Keempat] Menolak kemudharatan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudharat serta membahayakannya. Kerana kencing yang dihentikan dengan tiba-tiba boleh mengundang risiko dan sakit.

Atau mungkin ia akan terkejut lalu berpindah atau lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula. Tetapi dengan sebab contoh kebijaksanaan Rasulullah, maka najis tersebut hanya terkena pada satu tempat sahaja. Orang Badwi tersebut pula berjaya dinasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah serta tidak diperlakukan dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Dan najis tersebut dapat dibasuh dengan sempurna hanya dengan sebaldi atau sebekas air.

Kesimpulan yang dapat kita ambil di sini adalah kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga. Atau dengan cara yang lebih buruk lagi.

Sebaliknya kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:34 AM | Show all posts
salam

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu”. 49.13.


“Wahai manusia!
Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).
Ketahuilah!
Tiada kelebihan
  • orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab),
  • atau ‘ajam ke atas arab,
  • atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam,
  • atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah
melainkan ketakwaan”
(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

tapi kalau bicara .. baka dan saka ..
ada perbezaan ..
tidak sama .. orang yang berketurunan Islam .. ada kelebehan nya ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 01:44 PM | Show all posts
semoga apa yg dikongsikan di sini dapat berikan kefahaman yang lebih dalam tentang Islam kepada saudara-saudari semua.
jangan nanges time siang,nanti batal puasa.
kalau nak nanges,nanges time malam.
Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 03:24 PM | Show all posts
Sabda Rasulullad s.a.w semasa saat baginda sedang nazak pada waktu dhuha 12 Rabiul Awal 11 Hijrah : "Wahai manusia!, sampaikan salamku daripaka ku kepada pengikutku hingga hari kiamat"

Sabda Rasulullah s.a.w ini membuatkan aku menangis semasa qiamullail pagi tadi dan aku senantiasa berdoa dan menaruh harapan agar dapat berjumpa, berbual dan mendapat syafaat nya satu hari nanti ...

Wahai umat Muhammad s.a.w, untungnya kita menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w ... Last edited by matabelalang on 7-8-2013 08:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2013 10:22 AM | Show all posts
Puasa saudara baru
ISMANIZA AHMAD
5 Ogos 2013

http://www.sinarharian.com.my/ed ... udara-baru-1.190361

IPOH – “Ramadan ini kali pertama saya berpuasa. Walaupun berasa pening serta tidak bertenaga, saya sedar itu kewajiban perlu ditunaikan sebagai umat Islam,” kata saudara baru, Nor Nisha
Natasha,33.

Nor Nisha yang baru memeluk Islam beberapa bulan sebelum Ramadan tertarik dengan keindahan Islam selepas 21 tahun tinggal bersama keluarga angkat beragama Islam.

Katanya, sejak ibu bapanya meninggal dunia 12 tahun lalu, dia mendapat pendedahan mengenai Islam melalui keluarga angkatnya namun pada ketika itu hatinya belum terbuka untuk mendalami Islam.

Bagaimanapun seiring masa berjalan, Nor Nisha sedar bahawa kehidupannya kosong selepas kematian ibu dan ayah malah sering mendapat ketenangan apabila mendengar laungan azan serta bacaan al-Quran.

“Saya ambil keputusan untuk memeluk Islam dan alhamdulillah, saya dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk).

“Mereka mengesyorkan saya untuk belajar ilmu agama setiap Sabtu dan Ahad di Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) cawangan Ipoh,” katanya ketika majlis berbuka puasa anjuran MACMA baru-baru ini.

Bukan hanya memperoleh ilmu, dia juga dapat bertukar pandangan dengan saudara baru yang lain dengan harapan pegangan Islam yang baru berputik itu akan terus mekar berkembang sehingga ke akhir hayat.

Jelas Nor Nisha yang baru sebulan berkahwin, apa yang membahagiakan apabila suami banyak membantu dan mengajarnya mengetahui perkara-perkara asas seperti bersolat, berpuasa serta nilai-nilai murni dalam Islam.

“Sehingga kini saya masih berpuasa penuh walaupun berasa lapar tetapi saya kuatkan semangat untuk meneruskan cabaran ini. Suami dan ibu mertua sangat memahami dan memberikan sokongan,” katanya.

Nor Nisha berharap penghijrahannya itu mampu membentuk dirinya untuk menjadi Muslimah sejati dalam mengejar nikmat yang ALLAH janjikan kepada hambaNYA yang bertakwa.

Bagi mualaf termuda di MACMA, Muhamad Haikal Lee Abdullah, 20, berkata, dia mula berpuasa sejak berusia 13 tahun ketika masih belum memeluk Islam.

Muhamad Haikal mengakui agak sukar untuk mengerjakan ibadah puasa pada peringkat awal, namun atas sokongan dan dorongan rakan-rakan yang lain, dia berjaya menyempurnakannya.

Menurutnya, keputusan diambil untuk memeluk agama Islam pada 2011 itu pada mulanya dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapanya kerana bimbang akan mendatangkan perbalahan.

Tambahnya, pada ketika itu hanya beberapa kenalan sahaja yang mengetahui perkara tersebut sehinggalah pada suatu hari, ibu bapanya melihat dia bersolat Maghrib di dalam bilik.

Katanya, pada awalnya mereka sukar untuk menerima hakikat bagaimanapun selepas diterangkan dengan baik, ibu bapanya mula menerima dengan hati terbuka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MACMA Ipoh, Ustaz Hafiz Ng berkata, majlis berbuka puasa dianjurkan kali ini adalah untuk tahun ketiga.

Menurutnya, selain majlis berbuka puasa, MACMA turut mengadakan kelas ilmu agama setiap Sabtu dan Ahad yang dihadiri saudara baru untuk mendalami agama Islam pada masa sama, segala kemusykilan dapat dileraikan.

“Kita perlu ‘follow up’ dengan mereka selalu supaya mereka tidak rasa terpinggir dan tahu dengan siapa untuk berjumpa sekiranya menghadapi masalah berkaitan ilmu agama.

“Sehingga kini, di Ipoh terdapat lebih 1,000 saudara baru, jadi hubungan antara saudara baru yang dibina di kelas agama mampu membantu mereka berkongsi pendapat,”katanya.

Hafiz Ng berkata, masyarakat bukan Islam juga perlu didedahkan dengan Islam supaya mereka lebih faham dan tidak bersangka buruk dengan agama Islam.

Jelasnya, apa yang mereka faham adalah apabila memeluk Islam, seseorang itu masuk Melayu dan perkara ini perlu diperjelaskan agar persepsi negatif itu dapat dihapuskan.

“Walaupun telah beragama Islam, kami tidak tinggalkan adat masyarakat Cina yang tidak bercanggah dengan agama Islam. Misalnya, cara pertuturan dan kaedah masakan,”katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.876715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list