Saudara/i yang dirahmati Allah. Dalam bulan Romadhon kita digalakkanmenggandakan kebaikan. Islam tidak pernah mengajar supaya kita melakukanperkara yang munkar. Islam menggesa ummatnya berlumba-lumbamelakukan kebaikan seberapa banyak yang boleh. Dengan kebaikan yangdilakukan, seseorang mukmin akan dilipat gandakan pahalanya terutama di dalambulan Romadhon: Firman Allah yang mafhumnya: “ Makaberlumba-lumbalah kamu kepada melakukan kebaikan” [al-Baqarah, 2:148] dan Firman Allah lagi: “ Berlumba-lumbalah kamukepada perkara yang memperoleh keampunan Tuhanmu ( perkara yang diredhaiAllah), dan ( anugerah Allah) syurga yang luasnya seluas langit danbumi.” [al-Hadid, 57: 21] Saudara/i kebaikan tidak semestinya berupa wang ringgit.Perkataan yang mulia, ringan tulang membantu orang lain yang memerlukanpertolongan dari sudut tenaga dan buah fikiran yang baik adalah juga suatukebaikan yang tidak sia-sia. |