Saudara/i yang dirahmatiAllah. Semasa berpuasa kita terasa hampir dengan Allah. Rasa lapar dan dahagamembuatkan kita rasa ingat rezeki dan anugerah yang diberikan pencipta. Justrujika kita berdoa, terasa juga hampirnya kita kepada Yang Maha Pencipta. Ambillah kesempatan untuk berdoa dan memohon kepadaAllah sepanjang bulan ini. Semasa berpuasa adalah masa yang amat mustajabberdoa. Rasulululah SAW bersabda yang bermaksud:- "Terdapat tiga jenis orang yang doamereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbukapuasa, pemimpin yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allahmengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allahberfirman: "Aku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Aku pastimenolongmu walaupun pada suatu masa nanti". [Hadis riwayat Imam Tirmizi]. Saudara/i jangan malu dansegan mengemukakan permohonan kepada Allah. Dia Maha Pemurah dan MahaMendengar. Kepada Allah jua kita bertaubat dan kepadaNya jua kita berserahdiri.
Last edited by mamarayyan2010 on 24-7-2013 11:00 AM
|