Assalamualaikum Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Dalam bulan Ramadhan kerana lapar dan dahaga, segalamakanan dan minuman yang kita lihat kesemuanya sedap-sedap belaka. Bila diBazaar Ramadhan atau mengadap Buffet Ramadhan semuanya semacam mahu dimakan.Itulah hakikatnya nafsu kita. Ia rakus, lahap dan semua mahu dinikmati dengancepat!. Suatu yang ada pada setiap diri manusia. Kerana Allah menciptakan kitadengan adanya nafsu. Namun Allah menghendaki dengan Ramadhan ini nafsu itudididik. Kelahapan dan kerakusan itu dikawal. Supaya Muslim menjadi umat pertengahan(sederhana) dan menjadi contoh kepada manusia lain. Disamping itu tidakmembazir dan boros, kerana perbuatan sedemikian adalah merupakan perangaiSyaitan. Firman Allah yang mafhumnya : “Sesungguhnyaorang yang suka membazir dan memboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitanadalah sangat engkar kepada Tuhannya” al-Isra’ 17:27. Allah berfirman lagi yang mafhumnya: ”Dan janganlah engkau jadikan dirimu bersifat kedekut danjanganlah pula engkau berbelanja sehabis-habisnya, kerana akibatnya akantinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.” al-Isra’17: 29 Saudara/ saudari yang dirahmati Allah berpadalah dalamberbelanja, mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak nafsu. Petunjuk Allahjadikan neraca kehidupan. Ia sungguh benar. Dalam bulan Ramadhan, dengan tidakmembazir dan memboros atau dengan ertikata tidak mengikut perangai syaitanpun merupakan suatu ibadah yang pahalanya digandakan di sisi Allah. |