Nilai puasaRamadhan yang dilakukan semakin tinggi dengan melakukan amalan sunnah yangsimple sahaja iaitu seperti bersahur. Bersahur adalah makan dipenghujungmalam untuk berpuasa sebelum terbitnya waktu fajar. Bersahurlah walaupunmungkin hanya ringkas dengan memakan sebutir buah kurma dan meminum setegukair. Nabi Muhammad SAW bersabda “ Bersahurlah!Kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan” (Hadith riwayat al-Bukharidan Muslim). Bersahursebaiknya dilewatkan dipenghujung malam iaitu hampir fajar kerana Nabi SAWmelewatkan sahur. Panduan masa berhenti untuk sahur ialah pada waktuimsak. Ini mempermudahkan kita untuk membuat kewajipan lain iaitu solatSubuh. Semoga amalan kita sepanjang puasa bertambah bertambah barakah dengan adanya amalan sunat bersahur dan bersolat subuh di awal waktu. |