Belum Lagi Nyata ....
Saudara/i semasa berpuasa,kita berasa letih, kerana dalam jangka masa tertentu kita dikehendaki menahanlapar dan dahaga. Itu sebenarnya suatu pengorbanan dan bukti ketaatankita kepada perintah dan mematuhi larangan dari Allah SWT. Suatu bukti ketundukankita kepada perintahNya, sabar menghadapi sebarang ujian serta ikhlas dalammelakukan pekerjaan dan amalan. Ia bukan suatu yang mudah, sebab itu ganjarankesungguhan, kesabaran dan keikhlasan ini adalah Syurga.
Allah berfirman mafhumnya “Adakah kamu mengira bahawa kamudengan mudah akan masuk Syurga, padahal belum lagi nyata kepada Allah di kalangan kamu orang-orang yang bersungguh-sungguh dan orang-orang yang sabar, tabah dan cekal hati dalammelaksanakan perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah.” – Surah Ali Imran 3:142
Saudara/i buktikanlah kepadaAllah bahawa pada Ramadhan ini kita adalah antara hamba-hambaNya yangbersungguh-sungguh dan sabar dalam melaksanakan segala bentuk perintah danmenjauhi larangan-laranganNya.
|