|
salam semua...
sy nak tanya....kawan saya nih dia bukak bisnis kat kuantan...dia dh running bisnis selama 3 tahun tp baru2 ni dpt surat lawyer n manegement mengatakan premis akan disita sbb xbayar sewa ... diorang bagi tempoh sebulan utk langsaikan tunggakan sewa,jika tak,dia akan diberi notis penamatan penyewaan/kena keluar...
soalan dia kepada sy,....boleh ke dia keluarkan barang2 dlm kedai dia hingga licin kemudian buat surat kepada management& lawyer mengatakan yg dia nak keluar(tutup bisnis),..sbb jika disita, barang2 dlm premis xboleh dituntutkan...?
adakah salah tindakan mengeluarkan semua barang2 dia sebelum tempoh penamatan /sitaan...?
sekian,terima kasih...
|
|
|
|
|
|
|
|
gen da hilghlite arap pd yang tau boleh bantu awak ye |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 8-7-2013 09:09 AM
gen da hilghlite arap pd yang tau boleh bantu awak ye
u so cute..tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Kegagalan membayar atau tunggakan sewa
8. (1) Sekiranya penyewa gagal membayar sewa atau bayaran sewanya tertunggak semasa tempoh peralihan, tuan rumah hendaklah mempunyai hak untuk mendapat milikan kosong premis daripada penyewa tanpa membayar apa-apa pampasan. (2) Dalam menjalankan haknya untuk mendapat milikan kosong premis di bawah subseksyen (1), tuan rumah hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 11(2) dan 11(3) bagi mendapatkan kembali milikan kosong premis. (3) Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjalanan subseksyen (1) boleh dirujukkan oleh penyewa kepada Tribunal Penyahkawalan di bawah perenggan 10(1)(b) sebelum tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a). (4) Jika tiada pertikaian dirujukkan kepada Tribunal Penyahkawalan di bawah subseksyen (3), tuan rumah hendaklah berhak mendapat milikan kosong premis selepas tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a). (5) Milikan kosong premis yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (4) tidak menjejaskan hak tuan rumah untuk mendapat apa-apa sewa yang terakru dan masih belum dibayar pada tarikh tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a)√√√
salam.saye dapat tu dari pakck google.dapat dlm bentuk pdf.nak share link,saye online pakai gajet murah,tekan tak boleh,tekan tak boleh save link,naik tertekan plak saye.harap dapat membantu.tp mengikut ape yg saye bace tadi,kena tengok pada perjanjian sewa.sebab saye bace takde pula tulis sekali barang2. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|