View: 4441|Reply: 15
|
Hukum Saham ASB, halalkah Kosmisyen yang akan kita dapat?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.
Aku ada kemusykilan tentang status wang ASB yg kebnykkan orng kita tolak gaji tiap2 bulan.
Duit yg kita simpan itu akan bertambah tiap2 tahun.
Persoalannya adakah duit itu Riba' dan haram untuk kita gunakan?
Apa pendapat korang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit casino buat jalanraya...nko pakai jalanraya tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pernah melabur dlm ASB. Hukumnya haram |
|
|
|
|
|
|
|
kito korja rajin2 ..dengan harapan bos naikkan pangkat dan gaji ..pong haram ...kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
X SILAP SAYA, TUKAQ NIAT, BUKAN SIMPANAN TAPI PELABURAN..
JADI PELABURAN MEMANGLA BERTAMBAH KAN..JADI X BOLEH DIKATAKAN RIBA'
WALLAHHUALAM |
|
|
|
|
|
|
|
ASB tak syariah compliance..sebab ada pelaburan ASB tu dilaburkan ke tempat2 yg tak dapat syariah compliance la..bank yg mengamalkan riba etc..
selain ASB banyak je lagi pilihan untuk kita simpan duit kita yg dapat syariah compliance.. contohnya Public Mutual punya fund yg syariah compliance.. untuk long term pun lebih menguntungkan dari ASB..
|
|
|
|
|
|
|
|
KoSe posted on 8-7-2013 12:46 PM 
ASB tak syariah compliance..sebab ada pelaburan ASB tu dilaburkan ke tempat2 yg tak dapat syariah co ...
Ade laa org bank dtng opis..
Promote aku dngn staff2 lain, buat ptongn gaji sekian2.
Seboleh boleh suruh aku sign pelik aku..
Aku konpius bab2 berkaitan dngn bank nie, xtau nk terima ke x.
Aku ckp laa saya xberminat saya ade komitment lain, saya ade cara saya sendiri nk buat saving.
Waah pastu kemain sekolah kan aku balik, interest tnggi tiap2 taun bnyk benefit, awak simpn sendiri duit awak macm tu jer laa.
Konon2 pncing untuk masa boleh wat downpayent rumah belnja kwen dan sebagainya.
Kalau boleh rezeki dan duit kita dapat nie biarla berkat.
Ikut aku baik melabur jadi bisness patner ker ade gak membe ajak wat bisness kecik2
Nak tambahkan duit simpanan tu wat side income ker
|
|
|
|
|
|
|
|
life_love posted on 6-7-2013 09:29 PM 
X SILAP SAYA, TUKAQ NIAT, BUKAN SIMPANAN TAPI PELABURAN..
JADI PELABURAN MEMANGLA BERTAMBAH KAN..JA ...
Boleh pulak main tukar2 niat.
Bukan benda tu tetap was2 ker hasil benefit kita tu, dari mana datang nya.
Sebb bank2 skung nie susah nk caya, kadang melabur kat benda2 haram wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
PanjangCool posted on 8-7-2013 04:27 PM 
Boleh pulak main tukar2 niat.
Bukan benda tu tetap was2 ker hasil benefit kita tu, dari mana data ...
ntah apa2 kan ASB tak boleh nak laburkan fund diorg ke compaby2 yg syariah compliance sahaja..sah2 banyak jer company yg syariah compliance nie...
majoriti kan org2 kita yg melabur dalam ASB tu..
lainla macam KWSP tu, pencarum dia juga dari org bukan Islam gak.. tapi still boleh kerajaan yg kawal yg kawal semua nie.. untuk jadikan pelaburan KWSP ni hanya kpd company2 yg syariah compliance...
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Sila rujuk keputusan Fatwa Kebangsaan:
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas.
3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
Pautan Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku laa..
ad khilaf disini..lgpon isu nie dh byk kli di war2 kan..
fatwa ngeri selangor dh ttapkn asb nie haram..
sbb nye adaa maybank yg malbur disitu..n sumber2 dr maybank byk yg bcmpur..
klu nk pdekatan yg halus baik kita elakkan..sbb ad unsur2 syubhah..
dh trdpt byk sgt fatwa yg berselisihan..so ambk jln yg mudah iaitu elakkkan..
lbh baik kita mmbuat pelaburan yg tiada unsur2 syubhah n x difatwakan haram oleh mn2 pihak
cthnya tabung haji..xpenah kita dgr difatwakan haram atau berselisihan pndpt kan?
so boleh la kita mlabur disitu..tnpa was2..zakat pon ditolak..ckup doit dh bole bt haji..
niat nk wat haji pon dh ditetapkan dlm ati kan..
klu dah ada niat wlu mati skali pon insyaallah allah trima..dh kita dftar dh nama utk bt haji
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Byk lagi pilihan lain mengapa yg ada syubhah pulak yg dicari |
|
|
|
|
|
|
|
tripple_M posted on 8-7-2013 10:53 PM 
bagi aku laa..
ad khilaf disini..lgpon isu nie dh byk kli di war2 kan..
fatwa ngeri selangor dh tt ...
Walaupun Fatwa Negeri Selangor menyatakan ASB / ASN sebagai tidak halal pada 2011, tapi status fatwa ini tidak diwartakan.
Manakala Fatwa Kebangsaan telah menyatakan pelaburan ASB / ASN sebagai harus & status fatwa pula telah diwartakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pewartaan fatwa tu meragukan sebab sajer dibuat dekat PRU 12. Lagipun byk fakta yg tak didedahkan sebagaimana penjelasan dt ust Zaharuddin dlm website dia |
|
|
|
|
|
|
|
erm...klu xnak simpan dalam ASB, apakata simpan jer dalam Insurans PruBSN al-isra 3 dlm 1(ada pelindungan, boleh simpan duit dan dapat medical card).Untuk maklumat lanjut hubungi 012-6566569(zul) untuk temujanji.
sekian, terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
apa bagus simpan wang dlm asb atau pelaburan emas? mohon penjelasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|