CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3783|Reply: 30

Puasa tapi Tinggal Solat

[Copy link]
Post time 4-7-2013 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Ibadahjadi adat, ikutan hanya dapat lapar dan dahaga
Amalan puasa orang yang tidak solat,rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allahselepas ibadah solat. Bagaimanapun, jangan terkejut kerana ramai hari ini yangberpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat.
Pakar motivasi, Halim Din, berkata80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat keranaberasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan. Sedangkankatanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaansolat mereka.
Untuk melihat ibadah lain, Allahakan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat.Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanyadapat lapar dan dahaga saja.
Katanya, soalan berkaitan berpuasa,tetapi tidak solat sering ditanyakan selain beberapa perkara yang dilihatsebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti adakah kentut atau mengorektelinga membatalkan puasa.
OrangIslam kian jahil
Beliau berkata, keadaan itumenunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama dan puncanya ialah sikap ambilmudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang akanmengeluarkan diri daripada kegelapan.
Halim berkata, sepatutnya sebelumkedatangan Ramadan, umat Islam sudah bersedia menelaah bab puasa termasukperkara membatalkan puasa dan lebih penting, perkara membatalkan pahala puasaseperti digariskan Al-Ghazali dalam kitab tasaufnya.
Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atauamalan ikut-ikutan bukan ibadah sebenarnya yang mempunyai hikmah serta matlamatmenunaikannya iaitu mendapatkan keredaan Allah.
Beliau memberi contoh jemaah solattarawih yang jumlahnya ramai pada 10 malam pertama, tetapi kian berkuranganminggu berikutnya dan keadaan bertambah menyedihkan malam-malam terakhirRamadan.
Satu minggu pertama masjid meriahdengan jemaah, tetapi masuk minggu kedua, kita jadi hairan ke mana perginyayang ramai itu. Cuba kita renungkan kerana inilah yang dilihat apabila amalanhanya ikut-ikutan.
Lebih menyedihkan ketika akhirRamadan bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat hingga sudah tidak mempedulikantarawih atau tazkirah. Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu inilahyang berlaku, katanya.
Ilmu pacuumat ke depan
Beliau berkata, jika umat Islammempelajari asas difardukan ibadat, mereka akan melakukan ibadat puasa dalamkeadaan mengetahui dan tidak kira apa yang datang, ia sedikit pun tidak akanmenggugat puasa mereka.
Katanya, ilmu akan memacu umat Islamke depan dan dalam aspek ibadat mereka boleh melihat peningkatan dari sudutkualiti puasa serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu diterima Allah.
Halim turut berkongsi pengalamanketika di Pusat Zakat Selangor, berdepan isu bayaran kafarah oleh suami yangbersetubuh dengan isteri pada siang hari Ramadan kerana tidak menyangka masihberlaku perkara seperti itu.
Syor umattimba ilmu agama
Saya ingat sudah tiada kesbersetubuh pada siang Ramadan, tetapi masih berlaku. Jika orang ada ilmu merekaakan faham tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu dan tidak mahu belajar, ituyang hancur, katanya.
Kafarah bagi suami yang bersetubuhdengan isteri pada siang Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak mampupuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60orang miskin.
Justeru, beliau menasihatkan umatIslam supaya menggunakan akal, iman dan hati untuk menimba ilmu supaya merekatahu tujuan amal ibadat yang dilakukan, bukan beramal kerana terikut-ikut atausekadar meneruskan budaya.
– BHarianOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 03:06 PM | Show all posts
PERKARA pertama yang dipersoalkan atas setiap anak Adam di 'sana' nanti adalah SOLAT kita...kalau dah bab nih kita fail...nak progress to others cam na?

Ibarat ambik driving test....belum keluar onto the main road...kalau dah naik kerb...consider IMMEDIATE FAILURE........period..... Tak payah nak buang masa buat test parking segala as part of the whole test....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 03:41 PM | Show all posts
crankshaft posted on 4-7-2013 03:06 PM
PERKARA pertama yang dipersoalkan atas setiap anak Adam di 'sana' nanti adalah SOLAT kita...kalau da ...

alhamdulillah ...bagus posting ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 03:43 PM | Show all posts
yup, TT satu senario yang dianggap 'norms' atau kebiasaan , kalau tak percaya , tengoklah bazar ramadhan ...dan kedai makan ...yg sedar akan solat maghrib akan pergi ke masjid ...

tapi masih ada juga  yg dok kat meja makan sampai isyak berkumandang...yg ladies tu uzur syari'e okaylah i bersangka baik ..yg guys ...selain dari mereka yg safar dan yg boleh rukhsah solat ...i mean takkan semua safar kot ?

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 03:45 PM | Show all posts
how about yg  tahu ganti puasa ...pi gym dan waktu solat azan dia biaqqq je...tapi dia puasa ...

hmm? scenario biasa jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:59 PM | Show all posts
sbb dulu kita dididik sejak akil baligh mesti puasa, malas mcmana pun kena bangun sahur. puasa dipaksa walau separuh hari atas sbb mendidik/melatih anak berpuasa. bab solat x amik hal sgt.... sbb tu skg ramai yg posa tp x solat dr org solat yg x berpuasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 01:16 PM | Show all posts
salah kalau kita kata, sapa tak sembahyang tak boleh posa, atau sapa tak sembahyang, posa tak sah, pasal dlm syarat sah posa, tak diletakkan syarat kena sembahyang cukup, atau kena sembahyang baru boleh posa... soal posa dia diterima ka tak diterima, itu bukan kerja kita... jadi eloklah kita jaga sikit mulut kita ni!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 06:09 PM | Show all posts
tokwan_jantan posted on 8-7-2013 01:16 PM
salah kalau kita kata, sapa tak sembahyang tak boleh posa, atau sapa tak sembahyang, posa tak sah, p ...

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdullillah..

Ini bukan soal 'jaga mulut sikit"...hehee...Tapi persoalan hukum juga...

memang dlm nota sekolah..tak dikatakan "batal puasa" dgn tidak solat....

TAPI...

Ulama byk mendebatkan pesolan ini...



antaranya....ada ulama yg kata.....Tidak solat adalah dihukum KAFIR...jadi..mana ada puasa bagi org kafir!
(Syarat wajib puasa -   ISLAM  )

antara Ulama yg berkata demikian (berserta dalil ) ...Syekh Al Utsaimin..

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”
Beliau rahimahullah menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 06:14 PM | Show all posts
Bagi Uncle pulak.....kita lihat begini...

Imam Syafie atau Mazhab kita Syafie, Mazhab Maliki.. juga pendapat majoriti ulama mazhab....HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT ADALAH HUKUM BUNUH!


Jadi....

Bagaimana 'Org mati" nak berpuasa?...


WAllahu a'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 06:26 PM | Show all posts
solat kan tiang agama...tak solat runtuhlah ...kalau dah runtuh, camner yang lain nak berpaut...back to basic
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 07:29 PM | Show all posts
Bagus..teringat cakap hasan din.anak ni didik betol2 dgn solat.sbb solat tu tiang agama.bila tiang agamanya sempurna,insyaallah yg lain bagus.sbb org yg jaga solat,akan jaga puasa, jaga akhlak.tp org yg cuma puasa shj, belum tentu jaga solat dan akhlak.cuma dpt tahan lapar je.

Cthnya yg pose bsungguh,tp solat pun x,pakai skirt pendek.jdnya pose kejar raya shj.ni apa yg aku dgr kat ceramahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:52 PM | Show all posts
salam

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘‘Allah berfirman:
Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa.
Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu.’’
Sahih Bukhari

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 01:20 AM | Show all posts
NorAddin posted on 8-7-2013 10:52 PM
salam

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,

Mungkinkah itu di antara dua mata yg dilihat Adam a.s.
ketika diberikan 40 tahun hayatnya kpd Daud a.s.?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 01:30 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-7-2013 01:20 AM
Mungkinkah itu di antara dua mata yg dilihat Adam a.s.
ketika diberikan 40 tahun hayatnya kpd Dau ...

salam

boleh ..
daripada khalfah .. dengan khalifatUllah .. kerana Lillahi Taala ..

7 lapis langit terbukak ..
wa'du inkuntum sadiqqiin ..

sharul Ramadhan sharul Ulaa ..

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih untuk semua yang memberi komen dan berkongsi ilmu..yang baik itu milikNya kalau ada yg kurang baik itu sama2 kita perbaiki..salam ramadhan..semoga amalan kita diterima dan diredhai olehnya..amin
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 02:09 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-7-2013 03:41 PM
alhamdulillah ...bagus posting ni.


Setakat copypaste aja tuh...segala yang bagus dan yang baik itu milik DIA.....sajork.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 02:11 PM | Show all posts
mamarayyan2010 posted on 9-7-2013 11:48 AM
Terima kasih untuk semua yang memberi komen dan berkongsi ilmu..yang baik itu milikNya kalau ada yg  ...

Hutang posa tahun lepas nye dah settle?

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 02:14 PM | Show all posts
crankshaft posted on 9-7-2013 02:09 PM
Setakat copypaste aja tuh...segala yang bagus dan yang baik itu milik DIA.....sajork.....

baguihlaa dari dok merapu je ...isk  isk ....u buat lah satu thread dicussion  yang serious dan bermanfaat, okay what .
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 02:19 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 9-7-2013 02:14 PM
baguihlaa dari dok merapu je ...isk  isk ....u buat lah satu thread dicussion  yang serious dan be ...

Nanti tak berterawih  jawabnya orang orang dalam board ini...asik dok sibuk berbincang tang mauduk  aku........



Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:55 PM | Show all posts
salam

Anas r.a. berkata,
Nabi s.a.w bersabda;

‘‘Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk:
  • dusta,
  • mengumpat dan
  • bermuka-muka dan
  • melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan
  • sumpah palsu.’’

Riwayat Al-Azdi & Addailami

wassalam


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 1.319689 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list