CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: uniq61

Gambar Sebenar Batu Terapung (Al-Aqsa)

[Copy link]
Post time 4-7-2013 06:24 PM | Show all posts
uniq61 posted on 4-7-2013 05:15 PM
NAMPAKNYA DAKYAH YAHUDI LAKANAT TU BERJAYA...

saudara , mohon ambil maklum le ...nasihat org yg saya pasti tahu apa yg depa cakapkan
buka thread 1 - 2 cukup, yang penting kualiti dan nilai discussion sebab ini actually forum ...seelok eloknya thread kan perlu ada macam artikel disusuli dengan rumusan dan hala tuju perbincangan

sebab kita up sikit ante ...ye sebab semakin terbiasa lagu tu  jugak minda kita dok lagu tu je lah ...cer upgrade materials, artikel ke issue  ke....u know yg manfaat ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 12:23 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 4-7-2013 02:20 PM
sedara, kalau flashback zaman dulu2 ketika mula2 terdedah pada maklumat2 baru di internet, khususn ...

kena tegur..kena tegur.....

cuma apabila rasa marah...fikirkan yang kita pernah ghairah sebegini dulu....padahal niat baik....


jadi org yang berniat baik....kita tegur dgn cara baik juga....

jika tidak tersentap dirinya nanti....

p.s= memang kita marah, bila tgk macam ni...tapi kena bersabar.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 07:49 AM | Show all posts
Salam...

Saya nak tanya, kalau ikut riwayat yang saudara bawa, batu tersebut berada di dalam Masjid Umar yang telah ditutup?

Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tersebut ikut, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tak ikut. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSA di Yerusalem.

Sampai sekarang masjid dome of rock ditutup untuk umum

Jadi gambar batu yang saudara tepek tu di mana pula?

-Ingin tahu-
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:49 PM | Show all posts
uniq61 posted on 4-7-2013 05:15 PM
NAMPAKNYA DAKYAH YAHUDI LAKANAT TU BERJAYA...

Assalamualaikum,

Takde kena mengena dakyah Yahudi laknat apabenda ... yang saya lihat ialah kejahilan saudara yang terlalu mudah percaya apa saja benda yang orang letak kat Internet & tak kaji sumbernya.

Tolong la jangan hanya reti 'cut & paste' sahaja. Semak dulu sumber tu sahih ke tak. Setakat tepek sumber blog picisan buat apa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 09:07 AM | Show all posts
Jika dapat mengelakkan SAKAI SAKAI yang tak boleh lihat benda benda yang tak tergapai dek akal...dari menjadikan tempat atau batu itu sebagai tempat PEMUJAAN...yes it make sense utk USAHAKAN agar batu besar itu tidak dilihat seperti terapung diudara.......

Nko nak aku sambung lagi?


AKU SETUJU..
FIKIR FIKIR KAN LAH..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 09:09 AM | Show all posts
Salam...

Saya nak tanya, kalau ikut riwayat yang saudara bawa, batu tersebut berada di dalam Masjid Umar yang telah ditutup?


ITU DARI MAJALLAH 3 KAN???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2013 09:12 AM | Show all posts
PERNAH KE SDR SEMUA GI KE TEMPAT BATU TERGANTUNG TU??? SEMUANYA DARI SUMBER MEDIA JUGA KAN??? SAMAADA DI DALAM MASJID ATAU DI LUAR MASJID..MANA SATU YANG BETUL MELAINKAN SDR PERNAH KE SANA DAN TENGOK SENDIRI...YAHUDI AMAT BIJAK MEMUTARBELITKAN KEBENARAN...SEPERTI MASJID YANG KITA SANGKAKAN MASJID AL AQSA...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:16 AM | Show all posts
uniq61 posted on 9-7-2013 09:09 AM
ITU DARI MAJALLAH 3 KAN???

Saya tanya berdasarkan maklumat yang saudara sampaikan. Jadi saudara sampaikan dari sumber majalah 3 + maklumat blog?


PERNAH KE SDR SEMUA GI KE TEMPAT BATU TERGANTUNG TU??? SEMUANYA DARI SUMBER MEDIA JUGA KAN??? SAMAADA DI DALAM MASJID ATAU DI LUAR MASJID..MANA SATU YANG BETUL MELAINKAN SDR PERNAH KE SANA DAN TENGOK SENDIRI...YAHUDI AMAT BIJAK MEMUTARBELITKAN KEBENARAN...SEPERTI MASJID YANG KITA SANGKAKAN MASJID AL AQSA...

Saya tanya yang mana satu yang betul, sebab ADA PERCANGGAHAN maklumat yang saudara bawa. Bila bercanggah, usahlah salahkan Yahudi semata-mata, kita kena perbetulkan, atau jelaskan lah.

Saudara dah pernah sampai ke tempat batu tergantung tu?

Last edited by mnm77 on 9-7-2013 09:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2013 09:22 AM | Show all posts
SAYA MUATKAN UNTUK CARI PERKARA SEBENAR...MUNGKIN ADA YANG PERNAH SAMPAI KE TEMPAT BATU TERAPUNG....SO DENGAN CARA INI KITA AKAN DAPAT KEBENARANNYA.....NAMPAKNYA TAK ADA SESIAPA KAT BLOG NI YANG PERNAH SAMPAI KAT TEMPAT BATU TERAPUNG KAN???? SEMUANYA DARI HASIL MEDIA ATAU PROPAGANDA YAHUDI....

SEDANGKAN SEPERTI SAYA NYATAKAN TENTANG MASJID AL AQSA....UMAT ISLAM TERTIPU DENGAN PEMBOHONGAN YAHUDI TENTANG MASJID AL AQSA SENDIRI....

FIKIR FIKIRKAN LAH...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:38 AM | Show all posts
uniq61 posted on 9-7-2013 09:22 AM
SAYA MUATKAN UNTUK CARI PERKARA SEBENAR...MUNGKIN ADA YANG PERNAH SAMPAI KE TEMPAT BATU TERAPUNG....SO DENGAN CARA INI KITA AKAN DAPAT KEBENARANNYA.....NAMPAKNYA TAK ADA SESIAPA KAT BLOG NI YANG PERNAH SAMPAI KAT TEMPAT BATU TERAPUNG KAN???? SEMUANYA DARI HASIL MEDIA ATAU PROPAGANDA YAHUDI....

Jika saudara tidak dapat menjelaskan percangahan tersebut, bermakna saudara juga mungkin dah tertipu dengan media yang nak salahkan Yahudi semata-mata dengan apa-apa alasan sekalipun....

Saya bukannya nak bela Yahudi, jelas sekali Yahudi yang kafir dilaknat... namun dalam menyampaikan berita, bila saudara bawa percanggahan, sepatutnya saudara kena jelaskan bila ditanya... atau kalau tak pasti eloklah diam dulu sebelum menjatuhkan kesalahan terhadap Yahudi (sekalipun memang mereka bersalah dalam banyak hal lain berkaitan agama)

Tajuk thread yang saudara buka tu nampak macam nak sampaikan perkara yang saudara kata 'gambar sebenar'
Gambar Sebenar Batu Terapung (Al-Aqsa)

Tak nampak macam cari perkara sebenar, nampak macam nak salahkan Yahudi tanpa menjelaskan PERCANGGAHAN yang saudara bawa!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 09:47 AM | Show all posts
SAYA DAH FAHAM...TQ
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 02:36 PM | Show all posts
Ok Momod..dah boleh katup thread....TT dah paham.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 06:02 PM | Show all posts
Benarkah Batu Terapung Di Masjidil Al Aqsa Wujud?

Inikah batu yang dikatakan terapung itu?!


Di Israel ternyata telah ditemukan salah satu keajaiban dunia, .Keajaiban itu boleh disebut The Rock (Dome of The Rock). Batu itu adalah Batu Pijakan Nabi Muhammad SAW yang merupakan Bukti kebesaran Allah SWT. Batu tersebut terletak Di tengah-tengah Masjid Qubbah Al-Shakhrah (Dome of the Rock), dan berukuran kurang lebih 13,8 x 17 meter, batu tersebut seolah-olah tergantung di udara. Ada kisah mengatakan bahawa batu ini mahu mengikut Rasullah Mikraj ke langit.



Kerap kita semua terbaca dan terlihat beberapa gambar batu terapung  seperti di atas ... maka di katakan kononnya inilah Batu Terapung di Al Aqsa. Walau pun jelas ada yang tidak kena dengan gambar tersebut .




Sebagai info untuk di kongsikan maka saya paparkan jawapan dari Tok Guru Dari Pasir Tumboh, Kelantan.Sebelum itu mari kita lihat gambaran sebenar tentang Batu Terapung itu ...


INI ADALAH GAMBAR BATU TERAPUNG yang ASLI !

Batu ini merupakan sebahagian daripada bukit di Al-Ahsa (Timur Arab Saudi) ..





GAMBARAN BATU YANG SAMA DENGAN SUDUT  YANG BERBEZA ...(Diambil oleh orang yang  disebelah belakang batu  ini)





SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.


Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra) atau Dome Of The Rock



Dan ini bentuk yang sebenar Masjidil Aqsa jika dilihat dari depan





Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.


Inilah Gambar  Batu Terapung yang Asli Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj









Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
















Last edited by uniq61 on 9-7-2013 06:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 06:12 PM | Show all posts
Universiti Kehidupan 61 - Wujudkan Batu Tergantung Di al-Aqsa?

Pada ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya. Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.
Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra' Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini. Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj. Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran)
Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 400 meter. Pada hari jumaat ia menjadi tempat solat bagi orang perempuan.
Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw.

Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3 dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang di dalam gua ini.
Di satu sudut terdapat lekukan semulajadi pada batu ini. Penjaga di sini memberi tahu, di sini ialah tempat Nabi sembahyang. Ketika Nabi mula masuk ke dalam gua ini, gua ini kecil dan batu ini melekuk untuk mengelakkan Nabi dari terhantuk pada batu di dalam gua ini. Walau bagaimana pun, lekukan batu ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadith Sahih.
Di tengah-tengah gua ini terdapat satu lubang semuat badan naik ke atas batu. Orang di sini ada yang memberi tahu, dari bawah gua inilah Nabi mulai naik Mikraj ke langit.
Saya tidak melihat batu ini tergantung. Jadi, kenapa orang banyak mengatakan batu ini tergantung? Untuk menjawab soalan ini, saya telah bertemu dengan imam masjid al-Aqsa. Syeikh Yusuf Abu Sunainah untuk berbincang mengenainya. Beliau ialah imam utama di al-Aqsa dan telah menjadi imam selama 29 tahun di sini. Beliau juga merupakan pensyarah di Jaamiah Ibrahimiah.
Pertemuan kami dengan Syeikh hingga ke Maghrib. Beliau menyatakan, mengenai batu tergantung tidak terdapat di mana-mana ayat al-Quran mahu pun hadith yang sahih, tetapi ramai para Ulama' yang menulis mengenainya.

Antaranya ialah,


Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya "Sirah 'an Fadail Bait al-Muqaddis.

Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya " al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah"

Catatan Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam

Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya "Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil."
Kenapa ulama ini menulis seperti ini. Mustahil mereka berbohong atau berkhayal. Jadi ada tiga pendapat mengenai batu tergantung yang ditulis oleh para Ulama ini.



1. Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith yang sahih.



Bagi orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung, alhamdulillah, itu rezki mereka.



Tetapi untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta. Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti katanya :-



"menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa......"

2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.



Ia sama seperti istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti ini contohnya "masjid terapung." Ia tidak benar-benar terapung, tetapi istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan istimewanya masjid ini.



3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.

Ketiga-tiga pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.


Selain dari itu, ketika saya berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari Beirut. Di sana kebanyakkannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.



Perbahasan mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang. Bagi kita yang menyaksikan, terpulanglah apa maknanya. Walaupun dari sudut zahirnya ia tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa Mikraj ini.



Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith. As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi. Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (al-Quran).



Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.



Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya.


"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat"

al-Fakir Ila Rabbhi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
4 Mei 09, jam 8.10 malam.






Last edited by uniq61 on 9-7-2013 06:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 06:15 PM | Show all posts
BATU TERAPUNG DI PALESTIN[size=0.75em]
Mengikut Al-kisah cerita disebalik batu itu, ianya adalah batu asal tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi’raj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mi’raj, batu tersebut telah terangkat mengekori rasullah, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut berhenti dari mengikuti bersama malaikat Jibrail naik ke langit bertemu Allah swt. Batu terapung tersebut kini berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem. Sampai sekarang masjid Dome of Rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas”  dan mendakwanya sebagai Al Aqsa, untuk mengkaburi pandangan ummat Islam dimana mesjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “mesjid kubah biru”
Dome of the Rock
Mengenai Batu di Palestin di Al Aqsa pada Kitab Durrotunnasikhin di jelaskan Nabi Muhammad SAW, pada waktu isro’ yaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Palestin) Beliau terbang dengan Menggunakan Bouraq bersama Malaikat Jibril, setelah Sampainya di Masjidil Aqsa , Bouraq ditinggalkan Lantas Nabi Muhammad beserta Malaikat Jibril menuju suatu tempat yang ada batu besarnya lantas dari batu tersebut terlihatlah tangga (ghaib) diperbuat dari mutiara berlian lantas naiklah Nabi beserta malaikat jibril hingga ke langit yang ke 7 di Sidrotul Muntaha Untuk menerima wahyu Sembahyang lima waktu dari Allah SWT


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 03:54 PM | Show all posts
Terima Kasih tt utk info2 updated.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2013 04:24 PM | Show all posts
SAMA SAMA..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 07:19 PM | Show all posts
Tolong laaa....  tak payah nak debat debat lagi dah....  dah terbukti yang bathil itu bathil, yang benar itu benar.....  kita pakat diam ajer.  tutup keaiban saudar saudara sekelian....  

wassalamualaikum......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2013 05:26 AM | Show all posts
sebenarnya batu tu terapung ke x ye
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070673 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list