View: 2075|Reply: 2
|
Carilah Pahala Yang Mudah
[Copy link]
|
|
Di samping ibadah yang berat lagi khusus, carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah
Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya
Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah
Apabila keluar rumah, niat hendak membuat berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat
Tidak sampai maksud pun tidak mengapa, ia tetap diberi pahala
Hadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya
Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan berilah laluan kepada orang lebih dahulu
Ia diberi pahala kerana mengutamakan orang daripada diri sendiri
Kesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak diminta
Amat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pula
Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera
Ia memberi mudah orang ramai lalu-lalang dengan tidak merbahaya
Ia diberi pahala sama dengan orang yang bersedekah
Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah
Pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana terlajak tidur
Ia tetap diberi pahala kerana niatnya suci
Berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantik
Di sini pahalanya tetap ada
Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya
Tanpa memerlukan korban masa atau harta
Tapi kita telah mensia-siakannya
CLICK HERE FOR MORE Last edited by servantforever on 28-8-2013 06:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Umpama menuju syurga itu sangat mudah berbanding untuk menuju neraka
Pada insan segalanya sudah tersedia pada jasad untuk ibadah dan segalanya mudah ....
Berkelakuan baik, mambantu sesama insan, menyayangi insan lain dan juga makhluk, tidak memusnahkan
pendek kata segalanya sangat mudah dilakukan, di sebalik itu hendaklah beriman kepada Allah
Untuk menuju neraka ini susah, kena jadi pemarah, pembenci , pendengki dan npemusnah, pendek
kata segala yang payah harus dilakukan hanya untuk menuju neraka ...
|
|
|
|
|
|
|
|
KLIK DI SINI Last edited by servantforever on 28-8-2013 06:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|