|
mashimaru83 posted on 14-8-2013 12:18 PM 
Kenapa Al-Quran ataupun ilmu-ilmu lain perlu diauthor semula?
Sekali lagi anda bertaklid buta ... Kenapa Al-Quran ataupun ilmu-ilmu lain perlu diauthor semula? Ini umpama anda menanyakan bahawa kenapa perlu ada internet library sedangkan ada library di Malaysia ni.
Jawapan saya mudah sahaja: progress
Sekali lagi anda bertaklid buta apabila mengatakan saya menolak konsep di mana Allah ciptakan manusia sempurna. Saya tidak pernah buat statement sedemikian. Dan anda juga salah faham mengenai permasalah incest yg cuba saya bentangkan. Saya sudah terangkan bahawasanya perkahwinan antara adik beradik dibenarkan pada zaman nabi Adam tetapi bukan pada zaman sekarang. Dan ini adalah konsisten dengan nilai-nilai moral pada zaman sekarang. Tetapi tidak sains. Kemajuan sains membenarkan incest walaupun ianya bertentangan dengan nilai-nilai moral pada zaman kini.
Anda juga tidak konsisten apabila menggunakan hukum Al-Quran yg tidak applicable untuk zaman kini. Apa yg saya bincangkan ialah kemajuan sains yg dicapai pada zaman kini membolehkan manusia mengamalkan incest walaupun ianya bertentangan dgn nilai-nilai moral pada zaman kini. Lalu kenapa anda membawakan kenyataan Allah cipta manusia yang cacat? cacat tidak la sempurna.
Jadi dari mana sebenarnya datang incest? Sains atau agama? Kenapa anda salahkan sains sedangkan agama la yang mempunyai sirah incest?
Kita harus kaji punca darimana, sebelum melabel sesuatu yang bukan punca sebagai salah satu kesalahan.
Sekarang incest memang tidak relevan, sesuai dengan zaman sekarang. Lalu anda kontradiksi kepada diri anda sendiri yang katakan tanya Kenapa Al Quran atau ilmu-ilmu lain perlu di author. 
Pendek kata, zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. begitu juga kesesuaian ilmu ilmu dan kitab kitab agama.
Moral tidak perlukan agama sebagai guideline. Moral hanya perlukan undang-undang yang juga ciptaan manusia.
Saya katakan hukum Al Quran rigid. ia bukan bermakna tidak applicable. Ia applicable untuk orang agama seperti anda, namun bukan bagi mereka yang berfikir waras dengan logik akal. Sebagai contoh; hukum berzina harus dibawakan saksi (hukum islam), tetapi dalam undang-undang sivil bukti DNA dan CCTV adalah mencukupi.
Seorang pemandu yang bermoral tidak perlu guideline daripada agama. undang-undang lalu lintas adalah ciptaan manusia.
Seorang dermawan seperti Bill Gates (seorang agnostik) tidak perlu guideline agama untuk menderma.
Saya rasa kenyataan anda salah. Ijmak ulama dan qias adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith.
Dan anda masih belum lagi menjawab apakah permasalahan bukti primer dan bukti sekunder.
"Bukti" primer dan sekunder adalah Al quran dan hadith. selainnya yakni ijmak ulamak dan qias adalah "bukti" sokongan.
Saya hanya memberi andaian di sini untuk anda faham bukti primer dan sekunder.
Contoh yang lain adalah kes kecurian. bukti primer dan sekunder sudah semestinya adalah DNA dan CCTV.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 14-8-2013 03:00 PM 
Ini umpama anda menanyakan bahawa kenapa perlu ada internet library sedangkan ada library di Malay ...
@Lejen
Ini umpama anda menanyakan bahawa kenapa perlu ada internet library sedangkan ada library di Malaysia ni.
Jawapan saya mudah sahaja: progress Anda mengatakan rigidity dalam Al-Quran yg tidak diauthor semula sebagai suatu permasalahan. Persoalannya mengapa anda berkata demikian? Bagi saya, ia hanya memberi gambaran bahawasanya apa-apa buku yg tidak di'author semula semestinya mempunyai masalah. Saya tidak nampak hujah tersebut sebagai sesuatu yg logikal dan rasional. Jawapan "progress" yg diberi oleh anda pula terlalu subjektif. Progress apakah yg dimaksudkan?
-------------------------------------------------------------
@Lejen
Lalu kenapa anda membawakan kenyataan Allah cipta manusia yang cacat? cacat tidak la sempurna. Kenyataan mana yg anda refer? Sila tunjukkan post tersebut.
-------------------------------------------------------------
@Lejen
Jadi dari mana sebenarnya datang incest? Sains atau agama? Kenapa anda salahkan sains sedangkan agama la yang mempunyai sirah incest?
Kita harus kaji punca darimana, sebelum melabel sesuatu yang bukan punca sebagai salah satu kesalahan. Anda salah faham, saya tidak mempersoalkan dari mana punca datangnya incest mahupun sejarah incest. Cuba lihat kembali post #53 anda:
@Lejen
seks sebelum kawen dari segi saintifiknya sekiranya anda mempunyai banyak hubungan kelamin dengan lelaki/wanita lain akan meningkatkan risiko AIDS oleh itu saya menentang seks sebelum kawen. ini bukan disebabkan agama, tetapi kerana terbukti secara saintifik. Anda menentang seks bebas sebelum kahwin kerana terdapat bukti saintifik di sebaliknya. Tetapi apabila saya membawa penghujahan incest melalui kaedah vasektomi dan penggunaan kondom, anda bersetuju bahawa kemajuan sains membolehkan incest dilakukan walaupun ianya bertentangan dengan nilai-nilai moral (post #307). Dengan kata lain, anda tidak dapat menentang incest secara 100% kerana terdapat bukti saintifik incest itu dibolehkan walaupun anda bersetuju incest itu adalah sesuatu yg tidak bermoral.
Kesimpulannya, pembuktian saintifik sahaja adalah tidak lengkap dlm menentukan baik-buruk sesuatu perkara. Anda 'terpaksa keluar' daripada pembuktian sains dan menggunakan nilai-nilai moral ataupun perundangan ciptaan manusia untuk menentukan baik-buruk sesuatu perkara. Mereka yg beragama pula tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana agama lebih konsisten dgn nilai-nilai moral manusia.
-------------------------------------------------------------
@Lejen
Sekarang incest memang tidak relevan, sesuai dengan zaman sekarang. Lalu anda kontradiksi kepada diri anda sendiri yang katakan tanya Kenapa Al Quran atau ilmu-ilmu lain perlu di author. Anda tersilap. Lihat kembali post #361 anda:
@Lejen
Rigidity dalam Al Quran dalam undang-undang hudud, qisas, dsbnya yang tidak diauthor semula setelah ribuan tahun, sedangkan ilmu-ilmu lain ada pelbagai penambaikkan. Anda mengatakan rigidity dalam Al-Quran yg tidak di'author semula sebagai satu permasalahan. Anda masih belum pun menjawab persoalan saya mahupun membentangkan permasalahan tersebut tetapi sudah pun membuat konklusi dan menghukum saya melakukan kontradiksi. Hujah anda sangat lemah. Kembali kepada persoalan saya, kenapa Al-Quran perlu di'author semula?
-------------------------------------------------------------
@Lejen
Saya katakan hukum Al Quran rigid. ia bukan bermakna tidak applicable. Ia applicable untuk orang agama seperti anda, namun bukan bagi mereka yang berfikir waras dengan logik akal. Sebagai contoh; hukum berzina harus dibawakan saksi (hukum islam), tetapi dalam undang-undang sivil bukti DNA dan CCTV adalah mencukupi. Sekali lagi anda tersilap. Islam tidak menolak penggunaan DNA dan CCTV.
-------------------------------------------------------------
@Lejen
"Bukti" primer dan sekunder adalah Al quran dan hadith. selainnya yakni ijmak ulamak dan qias adalah "bukti" sokongan.
Saya hanya memberi andaian di sini untuk anda faham bukti primer dan sekunder.
Contoh yang lain adalah kes kecurian. bukti primer dan sekunder sudah semestinya adalah DNA dan CCTV. Nampaknya anda keliru dan tersilap. Dalam kes kecurian yg anda bawa, contoh-contoh bukti adalah seperti darah (DNA), tape CCTV, pisau yg digunakan oleh pencuri, atau lain-lain. Manakala Al-Quran, hadith dan ijmak ulamak adalah sumber perundangan Islam dan bukanlah "bukti" seperti yg anda nyatakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
pada manusia yg cetek pemikiran
cacat tu berlaku oh nak tunjuk Creator ti cipta sesuatu yg tak sempurna'
DANGKAL DANGKAL benar akal itu
kerana ia bersalahan dengan sifat ALLAH yg MAHA SEMPURNA
tidakkan akal it faham yang apa bila kecacatan berlaku ...maka banyak benda boleh dipelajari darinya
kebanyakan patologi dan penyakit genetic dipelajari dengan manifestasi abnormal dalam pesakit itu supaya manusia mengkaji
dan ini selaras dengan dan bersesuaian dengan sifat manusia yg 'curious'
aiiii bukankah falsafah agama juga mengakui manusia itu curious sering bertanya dengan soalan kosmologi kan?
so laaa dangkal betul pemikiran yg kata : eh kecacatan tu lambing tidak sempurna pencipta - NAUZUBILLAH
tapi ALLAH nak kita kaji dan pelajari bahawa ALLAH ITU BERKUASA so beware
u ingat ye satu molekul cell dalam badan boleh dimanipulasikan with HIS WILL untuk turn it into good cell or cancerous cell
bayangkan betapa hebatnya ALLAH yg mencipa satu mekanisme yg
regulate semua proses proses fisiologi manusia ni dengan teratur sekali
itu ba1ru seorang manusia so berapa org manusia di muak bumi?
sama juga dengan perubahan musim - dauna tukar warna itu baru satu pokok , ada berapa jenis pokok ?
hmmm.....aduhai mudah minda yg cetek nak tunjukkan 'kejahilan' dengan betapa tak sempurna sedangkan diri sendiri tidak mampu berbuat demikian
nauzubillah jangan bongkak
|
|
|
|
|
|
|
|
mashimaru83 posted on 16-8-2013 02:56 PM 
Anda mengatakan rigidity dalam Al-Quran yg tidak diauthor semula sebagai suatu permasalahan. Per ... Anda mengatakan rigidity dalam Al-Quran yg tidak diauthor semula sebagai suatu permasalahan. Persoalannya mengapa anda berkata demikian? Bagi saya, ia hanya memberi gambaran bahawasanya apa-apa buku yg tidak di'author semula semestinya mempunyai masalah. Saya tidak nampak hujah tersebut sebagai sesuatu yg logikal dan rasional. Jawapan "progress" yg diberi oleh anda pula terlalu subjektif. Progress apakah yg dimaksudkan? Sebab sesuatu ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini. Sebagai contoh; jika manusia tidak bersifat inovatif, maka sekarang mungkin kita masih pakai kalendar Mayan.
Sama juga dengan teknologi, ia boleh menggunakan nokia walaupun sekarang adalah zaman smartphone dan tablet. anda tidak boleh salahkan orang lain yang mahu progress jika anda kekal dengan nokia anda.
Progress yang dimaksudkan adalah berlandaskan sains dan logikal serta rasional undang-undang yang sudah lama.
Kenyataan mana yg anda refer? Sila tunjukkan post tersebut.
rujuk post anda ke 360.
Anda salah faham, saya tidak mempersoalkan dari mana punca datangnya incest mahupun sejarah incest. Cuba lihat kembali post #53 anda:
Kenapa kita tidak boleh kaji sejarah incest, adakah kerana ia berpaut pada agama? Oleh itu, jika anda mahu menyalahkan sains, incest sebenarnya tidak relevan kerana sains tidak pernah melarang / membenarkan incest. Tiada satu jurnal sains pun yang mengatakan sedemikian.
Anda menentang seks bebas sebelum kahwin kerana terdapat bukti saintifik di sebaliknya. Tetapi apabila saya membawa penghujahan incest melalui kaedah vasektomi dan penggunaan kondom, anda bersetuju bahawa kemajuan sains membolehkan incest dilakukan walaupun ianya bertentangan dengan nilai-nilai moral (post #307). Dengan kata lain, anda tidak dapat menentang incest secara 100% kerana terdapat bukti saintifik incest itu dibolehkan walaupun anda bersetuju incest itu adalah sesuatu yg tidak bermoral.
Kesimpulannya, pembuktian saintifik sahaja adalah tidak lengkap dlm menentukan baik-buruk sesuatu perkara. Anda 'terpaksa keluar' daripada pembuktian sains dan menggunakan nilai-nilai moral ataupun perundangan ciptaan manusia untuk menentukan baik-buruk sesuatu perkara. Mereka yg beragama pula tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana agama lebih konsisten dgn nilai-nilai moral manusia.
Point anda tentang incest adalah:
1. Moral
2. Sains
Saya katakan morality tidak memerlukan agama. Sebagai contoh: seorang perasuah di China dihukum tembak. ini tidak terdapat dalam mana-mana ajaran di Negara China.
Dari sudut sains, hakikatnya adalah Sains tidak pernah membenarkan atau melarang perbuatan incest. Terdapat bukti saintifik yang melarang incest dari sudut generasi manusia. oleh itu, anda bawakan vaksetomi, namun begitu, vasektomi juga tidak mampu menghalang persenyawaan incest 100%. Masih ada risiko walaupun 1%.
Dalam sains, risiko 1% diambil kira walaupun sangat minimal. Jadi sains secara konsisten tidak mempromosi incest mahupun melarang incest kerana sains adalah alat mencari kebenaran.
Dan saya juga pernah bawakan bahawa majority negara di dunia (yang mana mereka tidak beragama) juga melarang incest dari sudut perundangan.
Agama tidak konsisten apabila pada mulanya dibenarkan incest dan kemudian haramkan. Begitu juga dengan pengharaman arak, kewajipan menunaikan solat.
Agama (yang diturunkan oleh Tuhan) sudah terbukti tidak konsisten sekian lama.
Saya mengerti jika sains tidak konsisten kerana sains adalah berdasarkan bukti-bukti terbaru.
Anda tersilap. Lihat kembali post #361 anda:
Ada 2 point saya ingin utarakan;
1. Konsisten
2. Lapuk / Lama
Torah, Zabur, Injil dan Al Quran tidak konsisten apabila terdapat pelbagai undang-undang lama diperbaharui dengan undang-undang baru. Di sini ia menunjukkan perubahan dan sesuatu perubahan tidak menunjukkan konsisten. Contoh konsisten dalam agama samawi adalah kesemuanya percaya dengan Adam adalah manusia pertama. Contoh tak konsisten adalah pengharaman babi, menunaikan solat etc.
Keduanya, lapuk adalah sesuatu yang sudah lama. Tamadun Rom, Babylon etc adalah tamadun lama / lapuk dan sudah lama berlalu. Apabila saya katakan bahawa Al Quran, Injil etc sesuatu yang lama bukan bermaksud untuk tidak memberi kredit tetapi hakikatnya memang begitu.
Sesuatu yang lama tidak bermaksud tidak baik atau tidak bermaksud ia tidak benar. Namun begitu, jika kita boleh author sesuatu ilmu yang lama, persoalannya adalah bagaimana dengan ijtihad / kefahaman semula Al Quran?
Anda mengatakan rigidity dalam Al-Quran yg tidak di'author semula sebagai satu permasalahan. Anda masih belum pun menjawab persoalan saya mahupun membentangkan permasalahan tersebut tetapi sudah pun membuat konklusi dan menghukum saya melakukan kontradiksi. Hujah anda sangat lemah. Kembali kepada persoalan saya, kenapa Al-Quran perlu di'author semula?
Sudah dijawab di atas.
Sekali lagi anda tersilap. Islam tidak menolak penggunaan DNA dan CCTV. Saya bawakan isu keutamaan (primer dan sekunder) bukan tentang penerimaan atau penolakan.
Nampaknya anda keliru dan tersilap. Dalam kes kecurian yg anda bawa, contoh-contoh bukti adalah seperti darah (DNA), tape CCTV, pisau yg digunakan oleh pencuri, atau lain-lain. Manakala Al-Quran, hadith dan ijmak ulamak adalah sumber perundangan Islam dan bukanlah "bukti" seperti yg anda nyatakan. Saya merasakan anda yang silap faham dan keliru. Semua perundangan islam berdasarkan kepada Al Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias untuk membentuk undang-undang hudud dan qisas. Ia harus merujuk kepada Al Quran (sumber primer) dan Hadith (sumber sekunder). Bukti dalam perundangan islam mengutamakan saksi, kenyataan sumpah pelaku dsbnya di mana menjadikan bukti seperti CCTV dan DNA bukti yang diterima selepas kenyataan saksi dan pelaku.
Oleh itu, saya nampak permasalahan di sini kerana kenyataan manusia dalam jenayah mampu dipertikaikan. Sedangkan anda tidak boleh mempertikai DNA. Anda mungkin mampu mempertikai CCTV namun ia masih mampu digunakan apabila terbukti si pelaku dalam CCTV.
Oleh itu, undang-undang sepatutnya utamakan penggunakan DNA dan CCTV berbanding kenyataan saksi dan pelaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
morality tidak memerlukan agama
ini aliran falsafah mana ni ?
kat sini i tengok flawed nyer falsafah apabila hikmah yg dicari dan ingin diraih tu terbengkalai sebab ia hanya memnekankan akal manusia yg terbatas apabila mengupas sesuatu yg bersifat nilai - aksiologi
sebab tu Imam al gjazali menempelak al farabi ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 19-8-2013 12:09 PM 
Sebab sesuatu ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini. Sebagai contoh; j ...
@Lejen
Sebab sesuatu ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini. Sebagai contoh; jika manusia tidak bersifat inovatif, maka sekarang mungkin kita masih pakai kalendar Mayan. "Ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini" adalah pendapat anda sahaja dan tidak disokong oleh mana-mana bukti-bukti saintifik. Contoh yg anda beri bukanlah pembuktian lengkap kerana terdapat kelemahan. Ambil saja contoh handphone anda, terdapat orang suka dan lebih selesa memakai handphone jenis lama tetapi tidak semestinya mereka menolak teknologi baru. Sila bawa bukti saintifik. Contoh yg tidak lengkap bukanlah bukti saintifik.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Lalu kenapa anda membawakan kenyataan Allah cipta manusia yang cacat? cacat tidak la sempurna. Apa yg cuba anda buktikan di sini?
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Kenapa kita tidak boleh kaji sejarah incest, adakah kerana ia berpaut pada agama? Oleh itu, jika anda mahu menyalahkan sains, incest sebenarnya tidak relevan kerana sains tidak pernah melarang / membenarkan incest. Tiada satu jurnal sains pun yang mengatakan sedemikian. Saya tidak pernah katakan kita tidak boleh mengkaji sejarah incest. Jadi hujah anda adalah tidak relevan.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Saya katakan morality tidak memerlukan agama. Sebagai contoh: seorang perasuah di China dihukum tembak. ini tidak terdapat dalam mana-mana ajaran di Negara China. Anda salah faham mengenai moraliti yg cuba disampaikan. Kita bukan bercakap mengenai hukuman dari sesuatu tindakan yg salah. Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mengetahui bahawa sesuatu tindakan (seks bebas, incest, rasuah) itu salah atau betul? Untuk incest, anda cuba membawa pembuktian sains sebagai alat untuk mencari kebenaran tetapi gagal setelah saya menunjukkan kelemahan hujah anda.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Dari sudut sains, hakikatnya adalah Sains tidak pernah membenarkan atau melarang perbuatan incest. Terdapat bukti saintifik yang melarang incest dari sudut generasi manusia. oleh itu, anda bawakan vaksetomi, namun begitu, vasektomi juga tidak mampu menghalang persenyawaan incest 100%. Masih ada risiko walaupun 1%.
Dalam sains, risiko 1% diambil kira walaupun sangat minimal. Jadi sains secara konsisten tidak mempromosi incest mahupun melarang incest kerana sains adalah alat mencari kebenaran. Anda salah. Hubungan perkahwinan yg normal jugak mempunyai risiko. Jadi kesimpulannya, sains tidak boleh digunakan 100% sebagai alat untuk menentukan kebenaran.
Anda juga melakukan kontradiksi. Dalam kes incest, bagaimana sains boleh digunakan sebagai alat mencari kebenaran sedangkan sains membolehkan incest? Kebenaran apakah itu?
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Agama tidak konsisten apabila pada mulanya dibenarkan incest dan kemudian haramkan. Begitu juga dengan pengharaman arak, kewajipan menunaikan solat.
Agama (yang diturunkan oleh Tuhan) sudah terbukti tidak konsisten sekian lama.
Saya mengerti jika sains tidak konsisten kerana sains adalah berdasarkan bukti-bukti terbaru. Perundangan agama adalah konsisten dengan nilai-nilai moral manusia pada zaman tersebut. Hujah anda lemah dan tidak disokong oleh mana-mana bukti saintifik mahupun sistem perundangan apabila anda mengatakan perundangan yg baru sebagai sesuatu yg tidak konsisten. Sila jadi konsisten dan bawakan bukti-bukti saintifik.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Torah, Zabur, Injil dan Al Quran tidak konsisten apabila terdapat pelbagai undang-undang lama diperbaharui dengan undang-undang baru. Di sini ia menunjukkan perubahan dan sesuatu perubahan tidak menunjukkan konsisten. Contoh konsisten dalam agama samawi adalah kesemuanya percaya dengan Adam adalah manusia pertama. Contoh tak konsisten adalah pengharaman babi, menunaikan solat etc. Anda mengatakan perubahan sebagai sesuatu yg tidak konsisten. Sila hadirkan bukti saintifik utk menyokong hujah anda. Ingat, contoh yg tidak merangkumi semua kes bukanlah bukti saintifik yg lengkap.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Keduanya, lapuk adalah sesuatu yang sudah lama. Tamadun Rom, Babylon etc adalah tamadun lama / lapuk dan sudah lama berlalu. Apabila saya katakan bahawa Al Quran, Injil etc sesuatu yang lama bukan bermaksud untuk tidak memberi kredit tetapi hakikatnya memang begitu.
Sesuatu yang lama tidak bermaksud tidak baik atau tidak bermaksud ia tidak benar. Namun begitu, jika kita boleh author sesuatu ilmu yang lama, persoalannya adalah bagaimana dengan ijtihad / kefahaman semula Al Quran? 'Lapuk' adalah penilaian subjektif dan tidak boleh digunakan sebagai kriteria kebenaran, jadi hujah anda adalah tidak relevan.
-------------------------------------------------------------------------------
@Lejen
Oleh itu, undang-undang sepatutnya utamakan penggunakan DNA dan CCTV berbanding kenyataan saksi dan pelaku. 'Sepatut' adalah sekadar pendapat anda dan ia merupakan penilaian subjektif, jadi hujah anda adalah tidak relevan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mashimaru83 posted on 20-8-2013 07:25 AM 
"Ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini" adalah pendapat anda sahaja ... "Ilmu harus berlandaskan kepada zaman dan teknologi pada masa kini" adalah pendapat anda sahaja dan tidak disokong oleh mana-mana bukti-bukti saintifik. Contoh yg anda beri bukanlah pembuktian lengkap kerana terdapat kelemahan. Ambil saja contoh handphone anda, terdapat orang suka dan lebih selesa memakai handphone jenis lama tetapi tidak semestinya mereka menolak teknologi baru. Sila bawa bukti saintifik. Contoh yg tidak lengkap bukanlah bukti saintifik. ilmu sejarah, falsafah, ekonomi, matematik tidak perlu berlandaskan kepada bukti saintifik. tetapi ilmu-ilmu ini semua berkembang setelah menemui pembaharuan. begitu juga dengan sains. setelah ada pembaharuan, ia perlu untuk dimasukkan sekali dalam silibus.
oleh sebab anda suka kepada handphone lama, dan orang lain suka kepada teknologi baru, anda tidak boleh kata mereka yang hendak berteknologi baru itu sebagai sesuatu yang melanggar batasan bukan?
adakah salah jika mereka yang mempunyai iPhone 4S mengatakan bahawa Nokia 3310 sesuatu yang lapuk, lama dan tidak relevan pada masa kini? 
Apa yg cuba anda buktikan di sini? Apa yang saya katakan adalah kecacatan manusia memang ada walaupun Allah kata manusia adalah makhluk yang paling sempurna. Saya tidak nampak bagaimana kesempurnaan dikaitkan dengan kecacatan.
Saya tidak pernah katakan kita tidak boleh mengkaji sejarah incest. Jadi hujah anda adalah tidak relevan.
Hujah anda untuk katakan sains membenarkan / melarang incest jauh lebih tidak relevan kerana incest diperkenalkan oleh agama walaupun sudah diharamkan. Oleh itu, bawa hujah yang lain selain incest jika anda ingin menyalahkan sains.
Anda salah faham mengenai moraliti yg cuba disampaikan. Kita bukan bercakap mengenai hukuman dari sesuatu tindakan yg salah. Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mengetahui bahawa sesuatu tindakan (seks bebas, incest, rasuah) itu salah atau betul? Untuk incest, anda cuba membawa pembuktian sains sebagai alat untuk mencari kebenaran tetapi gagal setelah saya menunjukkan kelemahan hujah anda.
Budaya dan undang-undang. Ia tidak memerlukan agama. Hukuman penjara 6 bulan atau RM 1000 kepada mereka yang makan di bulan puasa juga tidak terdapat dalam undang-undang Islam bukan?
hakikatnya manusia lebih takutkan undang-undang ciptaan manusia berbanding tuhan.
Anda memberikan contoh incest yang asalnya daripada agama. Hujah yang rapuh. Jika anda hendak salahkan sains, saya cadangkan anda memberi hujah sesuatu yang berasal dari sains yang membawa masalah.
Anda salah. Hubungan perkahwinan yg normal jugak mempunyai risiko. Jadi kesimpulannya, sains tidak boleh digunakan 100% sebagai alat untuk menentukan kebenaran.
Anda juga melakukan kontradiksi. Dalam kes incest, bagaimana sains boleh digunakan sebagai alat mencari kebenaran sedangkan sains membolehkan incest? Kebenaran apakah itu?
Sains mana yang melarang atau membenarkan incest? Jika ada, tunjukkan jurnal kepada saya. Larangan / Benar / Haram / Halal semua adalah landasan undang-undang dan agama. Sains adalah alat untuk mencari kebenaran. Lagi pula, Sains juga yang katakan hubungan incest membahayakan kesihatan anak-anak.
Sesuatu yang mencari kebenaran sudah semestinya mengambil semua kemungkinan dan kebarangkalian sebelum memutuskan untuk membuat kesimpulan.
Jika anda katakan sains tidak boleh digunakan 100% untuk tentukan kebenaran, hujah anda rapuh kerana dalam kitab-kitab samawi semuanya membuat comparison dengan modern sains. Jika sains tidak boleh digunakan 100%, mengapa ia ada dalam Al Quran? 
Perundangan agama adalah konsisten dengan nilai-nilai moral manusia pada zaman tersebut. Hujah anda lemah dan tidak disokong oleh mana-mana bukti saintifik mahupun sistem perundangan apabila anda mengatakan perundangan yg baru sebagai sesuatu yg tidak konsisten. Sila jadi konsisten dan bawakan bukti-bukti saintifik.
Anda katakan nilai moral manusia pada zaman tersebut sedangkan Allah kata Islam dijaga sampai kiamat dan sesuai sepanjang zaman. Hujah anda sendiri bertentangan dengan tuhan.
Saya tidak perlu membawa bukti perundangan ada perubahan kerana ini perkara umum di mana ISA diganti dengan Akta baru di negara kita. Ini menunjukkan progress dalam sistem perundangan. Begitu juga dengan AES, walaupun terdapat bantahan sesetengah pihak. Apa yang saya sampaikan adalah dalam perundangan, ia sentiasa ada pembaharuan dan ada kalanya tidak konsisten.
Saya ulang sekali lagi, undang-undang ciptaan manusia memang tidak konsisten disebabkan zaman dan mekanism yang berubah. Namun begitu, bagaimana undang-undang tuhan yang tidak konsisten sedangkan Allah kata Islam sesuai sepanjang zaman?
Lagi satu, jangan confusekan diri anda dengan terma "bukti saintifik" kerana santifik merujuk kepada sains. Undang-undang perbankan tidak memerlukan bukti saintifik.
Anda mengatakan perubahan sebagai sesuatu yg tidak konsisten. Sila hadirkan bukti saintifik utk menyokong hujah anda. Ingat, contoh yg tidak merangkumi semua kes bukanlah bukti saintifik yg lengkap.
Bagaimana saya hendak membawa "bukti saintifik" kepada sesuatu yang bukan aliran sains? di mana logiknya? tidak konsisten dalam agama harus dirujuk kepada kitab-kitab dan hadith serta ijmak ulamak.
Jika perubahan bukan sesuatu yang tidak konsisten, anda perlu hadirkan bukti bahawa perubahan adalah suatu bentuk konsisten. 
'Lapuk' adalah penilaian subjektif dan tidak boleh digunakan sebagai kriteria kebenaran, jadi hujah anda adalah tidak relevan.
Kenapa tidak? Tamadun-tamadun lapuk dan lama dikaji semula, Sejarah dikaji semula. Jika sejarah ini dikaji semula, kenapa tidak agama? 
'Sepatut' adalah sekadar pendapat anda dan ia merupakan penilaian subjektif, jadi hujah anda adalah tidak relevan.
Bermaksud anda menilai kepada utamakan saksi dan pelaku berbanding CCTV dan DNA. i rest my case.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 20-8-2013 11:22 AM 
ilmu sejarah, falsafah, ekonomi, matematik tidak perlu berlandaskan kepada bukti saintifik. tetapi ... @Lejen
oleh sebab anda suka kepada handphone lama, dan orang lain suka kepada teknologi baru, anda tidak boleh kata mereka yang hendak berteknologi baru itu sebagai sesuatu yang melanggar batasan bukan?
adakah salah jika mereka yang mempunyai iPhone 4S mengatakan bahawa Nokia 3310 sesuatu yang lapuk, lama dan tidak relevan pada masa kini? 
Saya tidak pernah mengatakan mereka yg mahu memiliki teknologi baru sebagai melanggar batasan. Anda turut menggunakan hujah subjektif apabila mengatakan Nokia 3310 itu tidak relevan. Ini kerana bagi pengguna Nokia 3310, telefon tersebut masih lagi relevan bagi kegunaan mereka. Jadi mengatakan sesuatu yg lama sebagai tidak relevan adalah salah dan tidak relevan. Itulah kelemahan hujah anda.
---
@Lejen
Apa yang saya katakan adalah kecacatan manusia memang ada walaupun Allah kata manusia adalah makhluk yang paling sempurna. Saya tidak nampak bagaimana kesempurnaan dikaitkan dengan kecacatan.
Kesempurnaan juga adalah sesuatu yg subjektif.
---
@Lejen
Hujah anda untuk katakan sains membenarkan / melarang incest jauh lebih tidak relevan kerana incest diperkenalkan oleh agama walaupun sudah diharamkan. Oleh itu, bawa hujah yang lain selain incest jika anda ingin menyalahkan sains.
Sekali lagi anda salah faham. Saya tidak menyalahkan sains, tetapi saya menyalahkan kaedah/kriteria yg anda cuba gunakan untuk menentukan kebenaran sesuatu perkara. Kembali kepada contoh incest; anda menggunakan kaedah/kriteria pembuktian sains sebagai intipati untuk menentukan bahawasanya incest itu bermasalah kerana boleh menyebabkan kecacatan. Tetapi kriteria anda lumpuh sebaik sahaja saya membawa kaedah kondom dan vasektomi.
---
@Lejen
Budaya dan undang-undang. Ia tidak memerlukan agama. Hukuman penjara 6 bulan atau RM 1000 kepada mereka yang makan di bulan puasa juga tidak terdapat dalam undang-undang Islam bukan?
hakikatnya manusia lebih takutkan undang-undang ciptaan manusia berbanding tuhan.
lebih takut? Sekali lagi, penilaian subjektif.
---
@Lejen
Sains mana yang melarang atau membenarkan incest? Jika ada, tunjukkan jurnal kepada saya. Larangan / Benar / Haram / Halal semua adalah landasan undang-undang dan agama. Sains adalah alat untuk mencari kebenaran. Lagi pula, Sains juga yang katakan hubungan incest membahayakan kesihatan anak-anak.
Sesuatu yang mencari kebenaran sudah semestinya mengambil semua kemungkinan dan kebarangkalian sebelum memutuskan untuk membuat kesimpulan.
Jika anda katakan sains tidak boleh digunakan 100% untuk tentukan kebenaran, hujah anda rapuh kerana dalam kitab-kitab samawi semuanya membuat comparison dengan modern sains. Jika sains tidak boleh digunakan 100%, mengapa ia ada dalam Al Quran? 
Rujuk balik post anda yang dahulu, anda turut bersetuju incest itu dibenarkan melalui kaedah vasektomi. Ini membuktikan sains bukanlah alat yg lengkap dalam menentu kebenaran. Anda juga membuat kesimpulan tidak tepat; hakikatnya Al-Quran (atau mungkin kitab-kitab lain) tidak menggunakan sains 100% dalam perundangan/peraturan yang ada di dalamnya.
---
@Lejen
Anda katakan nilai moral manusia pada zaman tersebut sedangkan Allah kata Islam dijaga sampai kiamat dan sesuai sepanjang zaman. Hujah anda sendiri bertentangan dengan tuhan.
Hujah anda tergantung, lemah dan tiada pembuktian yang jelas. Apa yang anda cuba sampaikan antara Islam dijaga sampai kiamat dengan kesesuaian nilai moral pada zaman tersebut? Huraikan.
---
@Lejen
Anda katakan nilai moral manusia pada zaman tersebut sedangkan Allah kata Islam dijaga sampai kiamat dan sesuai sepanjang zaman. Hujah anda sendiri bertentangan dengan tuhan.
Saya ulang sekali lagi, undang-undang ciptaan manusia memang tidak konsisten disebabkan zaman dan mekanism yang berubah. Namun begitu, bagaimana undang-undang tuhan yang tidak konsisten sedangkan Allah kata Islam sesuai sepanjang zaman?
Itu adalah interpolasi sahaja. Apa yang anda bicarakan ini adalah pada permukaan sahaja, tanpa pembuktian yang jelas. Apa yang saya lihat ialah:
1) Apabila terdapat undang-undang dalam Al-Quran yang tidak boleh diubah - Anda kata rigid.
2) Apabila terdapat undang-undang dalam Al-Quran yang berubah mengikut zaman - Anda kata tidak konsisten pula.
---
@Lejen
Bagaimana saya hendak membawa "bukti saintifik" kepada sesuatu yang bukan aliran sains? di mana logiknya? tidak konsisten dalam agama harus dirujuk kepada kitab-kitab dan hadith serta ijmak ulamak.
Jadi, anda setuju sains tidak konsisten kerana menurut anda ianya berubah.
Jika perubahan bukan sesuatu yang tidak konsisten, anda perlu hadirkan bukti bahawa perubahan adalah suatu bentuk konsisten. 
Mudah sahaja. Apabila suhu sangat rendah (~-10 deg C), air bertukar menjadi ais. Apabila suhu tinggi (~23 deg C), air bertukar menjadi cecair. Bentuk fizikal air berubah dan ia adalah konsisten dengan suhu persekitarannya. Itu adalah contoh perubahan yang konsisten.
---
@Lejen
Kenapa tidak? Tamadun-tamadun lapuk dan lama dikaji semula, Sejarah dikaji semula. Jika sejarah ini dikaji semula, kenapa tidak agama? 
Aspek kebenaran itu boleh ditentukan melalui kajian, tidak kisah sama ada lapuk, lama atau baru. Jadi, saya tidak pasti kenapa anda membawa isu lapuk. Lapuk atau tidak, saya hanya melihat pada evidence atau kajian yang dibuat mengenainya. Sebab itu saya katakan ianya tidak relevan apabila anda membawa isu tamadun lama sebagai lapuk. Anda berbicara secara permukaan sahaja, tetapi tiada isi. Buat pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, kajian mengenai agama atau tamadun lama masih dijalankan. Jadi, apakah point yang cuba anda sampaikan.
---
@Lejen
Bermaksud anda menilai kepada utamakan saksi dan pelaku berbanding CCTV dan DNA. i rest my case.
Nampaknya anda tidak faham. Anda kata sistem perundangan Islam mengutamakan saksi dan pelaku kemudian barulah CCTV dan DNA. Tetapi, menurut anda, civil law mengutamakan CCTV dan DNA, kemudian barulah saksi dan pelaku. Jika turutan menjadi permasalahannya, apakah masalah yang timbul? Adakah penjenayah akan terlepas jika menggunakan sistem perundangan Islam? Setakat ini anda hanya memberi jawapan subjektif yang tidak disokong (tiada pembuktian yang lengkap).
@Lejen
Oleh itu, undang-undang sepatutnya utamakan penggunakan DNA dan CCTV berbanding kenyataan saksi dan pelaku.
Anda juga tidak membawa bukti dari civil law yang mengatakan CCTV dan DNA adalah diutamakan, kemudian barulah saksi dan pelaku. Sila hadirkan buktinya.
Last edited by mashimaru83 on 26-8-2013 08:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mashimaru83 posted on 26-8-2013 07:53 AM 
Saya tidak pernah mengatakan mereka yg mahu memiliki teknologi baru sebagai melanggar batasan. A ... Saya tidak pernah mengatakan mereka yg mahu memiliki teknologi baru sebagai melanggar batasan. Anda turut menggunakan hujah subjektif apabila mengatakan Nokia 3310 itu tidak relevan. Ini kerana bagi pengguna Nokia 3310, telefon tersebut masih lagi relevan bagi kegunaan mereka. Jadi mengatakan sesuatu yg lama sebagai tidak relevan adalah salah dan tidak relevan. Itulah kelemahan hujah anda. Disebabkan anda katakan ia subjektif, jadi tidak ada salah utk manusia pilih agama atau tidak kerana ia adalah subjektif bukan? 
Kesempurnaan juga adalah sesuatu yg subjektif. Olh kerana anda katakan kesempurnaan adalah subjektif, maknanya kesempurnaan nabi, tuhan, kitab-kitab juga adalah subjektif. Jika ada org pilih yg lain, apa masalahnya kerana ia subjektif 
Sekali lagi anda salah faham. Saya tidak menyalahkan sains, tetapi saya menyalahkan kaedah/kriteria yg anda cuba gunakan untuk menentukan kebenaran sesuatu perkara. Kembali kepada contoh incest; anda menggunakan kaedah/kriteria pembuktian sains sebagai intipati untuk menentukan bahawasanya incest itu bermasalah kerana boleh menyebabkan kecacatan. Tetapi kriteria anda lumpuh sebaik sahaja saya membawa kaedah kondom dan vasektomi.
Oleh sbb kriteria yg saya gunakan sains dalam pembuktian kebenaran, anda harus membuktikan kenapa ia tidak boleh digunakan sebagaimana ramai manusia yang convert / keluar islam hanya kerana sains dalam al quran. anda sebenarnya cuba membawa sains dan agama secara berasingan.
Ia langsung x lumpuh kerana sains tidak pernah benarkan / melarang incest, zina, alkohol, semua itu ditentukan undang-undang dan agama.
Jika saya gunakan logik dan sains dalam menentukan kebenaran, anda mesti memberi saya hujah yang lebih kuat kenapa ia salah dan x releven.
lebih takut? Sekali lagi, penilaian subjektif. Bukan susah utk melihat statistik manusia yang berpuasa di ramadhan, org islam yang mabuk dan org islam yang bersekedudukan. Hanya perlu pergi kepada jabatan yg berkaitan. Jika anda katakan statistik adalah subjektif, tiada apa yg hendak saya katakan.
Rujuk balik post anda yang dahulu, anda turut bersetuju incest itu dibenarkan melalui kaedah vasektomi. Ini membuktikan sains bukanlah alat yg lengkap dalam menentu kebenaran. Anda juga membuat kesimpulan tidak tepat; hakikatnya Al-Quran (atau mungkin kitab-kitab lain) tidak menggunakan sains 100% dalam perundangan/peraturan yang ada di dalamnya.
Anda yang katakan bahawa sains membenarkan incest yg mana saya cuma memberi masalah incest terhadap kesihatan manusia (kandungan), saya juga menentang incest gunakan kaedah kondom / vasektomi kerana masih ada risiko 1%.
Jika sains bukan alat yg lengkap (saya tidak pernah katakan sains lengkap dan sempurna), jadi kaedah apa yg lengkap? anda harus meletakkan elemen agama dlm tentukan kebenaran? Tapi agama mana yg harus jadikan sandaran? 
Sama ada Al Quran gunakan sains 100% atau tidak itu bukan persoalannya, persoalannya adalah sains itu ada dalam al quran. Jika sains xda di dalam quran, maka kita x akan berbicara dengan sains dan islam.
Hujah anda tergantung, lemah dan tiada pembuktian yang jelas. Apa yang anda cuba sampaikan antara Islam dijaga sampai kiamat dengan kesesuaian nilai moral pada zaman tersebut? Huraikan. Katakan saya membeli sebuah rumah dan dijaga dengan teknologi tinggi, dekat dengan balai polis, mempunyai penggera alarm dsbnya, namun tiba-tiba rumah saya dipecah masuk walaupun mempunyai kesempurnaan teknologi yg tinggi, adakah ini bermakna teknologi, polis dan penggera alarm yg saya gunakan tidak reliable?
Jika jawapan anda tidak, kenapa saya perlu merujuk kpd sesuatu yg x reliable? bukankah dalam kes ini saya perlu "ubah"?
Itu adalah interpolasi sahaja. Apa yang anda bicarakan ini adalah pada permukaan sahaja, tanpa pembuktian yang jelas. Apa yang saya lihat ialah:
1) Apabila terdapat undang-undang dalam Al-Quran yang tidak boleh diubah - Anda kata rigid.
2) Apabila terdapat undang-undang dalam Al-Quran yang berubah mengikut zaman - Anda kata tidak konsisten pula. Kita harus bincang permukaan sahaja dahulu disebabkan undang-undang islam dan sivil mempunyai banyak sub sub dan section2.
Oleh itu;
Jika anda melihat kepada kenyataan saya yg pertama dan kedua terdapat kontradiksi bukan? Bukankah ini semua menunjukkan kontradiksi dalam Islam (Al Quran)?
Jadi, anda setuju sains tidak konsisten kerana menurut anda ianya berubah. Saya katakan dalam agama x konsisten dan tidak merujuk kpd sains. sejak dulu saya sertakan kontradiksi (x konsisten) dlm sains adalah sesuatu yg biasa.
yg pelik apabila agama itu yg x konsisten.
Mudah sahaja. Apabila suhu sangat rendah (~-10 deg C), air bertukar menjadi ais. Apabila suhu tinggi (~23 deg C), air bertukar menjadi cecair. Bentuk fizikal air berubah dan ia adalah konsisten dengan suhu persekitarannya. Itu adalah contoh perubahan yang konsisten. Jadi anda membawa contoh sains di mana wujud perubahan yg konsisten dan x konsisten. Ini adalah benda normal. Yang pelik apabila terdapat perubahan yg x konsisten dlm agama yg sepatutnya konsisten.
Aspek kebenaran itu boleh ditentukan melalui kajian, tidak kisah sama ada lapuk, lama atau baru. Jadi, saya tidak pasti kenapa anda membawa isu lapuk. Lapuk atau tidak, saya hanya melihat pada evidence atau kajian yang dibuat mengenainya. Sebab itu saya katakan ianya tidak relevan apabila anda membawa isu tamadun lama sebagai lapuk. Anda berbicara secara permukaan sahaja, tetapi tiada isi. Buat pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, kajian mengenai agama atau tamadun lama masih dijalankan. Jadi, apakah point yang cuba anda sampaikan. Jadi saya tidak nampak apa masalah jika ada org mengkaji dan mempersoalkan agama.
Saya nampak seolah-olah anda menentang org yg kaji dan persoal agama.
Nampaknya anda tidak faham. Anda kata sistem perundangan Islam mengutamakan saksi dan pelaku kemudian barulah CCTV dan DNA. Tetapi, menurut anda, civil law mengutamakan CCTV dan DNA, kemudian barulah saksi dan pelaku. Jika turutan menjadi permasalahannya, apakah masalah yang timbul? Adakah penjenayah akan terlepas jika menggunakan sistem perundangan Islam? Setakat ini anda hanya memberi jawapan subjektif yang tidak disokong (tiada pembuktian yang lengkap). Jika saksi dan pelaku melakukan sumpahan x melakukannya (walaupun zina berlaku), maka ia akan terlepas (jika tidak merujuk kpd CCTV dan DNA).
Anda juga tidak membawa bukti dari civil law yang mengatakan CCTV dan DNA adalah diutamakan, kemudian barulah saksi dan pelaku. Sila hadirkan buktinya. Saya cadangkan anda mengkaji kes-kes berprofil tinggi seperti Anwar Ibrahim, Teoh Beng Hock, Altantuya dsbnya dan mengkaji apakah kriteria yg mereka gunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lejen posted on 27-8-2013 02:58 PM 
Disebabkan anda katakan ia subjektif, jadi tidak ada salah utk manusia pilih agama atau tidak kera ...
@Lejen
Disebabkan anda katakan ia subjektif, jadi tidak ada salah utk manusia pilih agama atau tidak kerana ia adalah subjektif bukan?  Saya kata: "anda menggunakan hujah subjektif apabila mengatakan Nokia 3310 itu tidak relevan". Soalannya, bagaimanakah hujah mengenai Nokia 3310 itu boleh menjadi kriteria untuk manusia memilih agama. Apakah hubung kait Nokia 3310 dengan agama?
---
@Lejen
Olh kerana anda katakan kesempurnaan adalah subjektif, maknanya kesempurnaan nabi, tuhan, kitab-kitab juga adalah subjektif. Jika ada org pilih yg lain, apa masalahnya kerana ia subjektif  Kenapa anda menggunakan kriteria 'kesempurnaan adalah subjektif' sebagai sebab untuk memilih yang lain? Apakah hubung kaitnya?
---
@Lejen
Oleh sbb kriteria yg saya gunakan sains dalam pembuktian kebenaran, anda harus membuktikan kenapa ia tidak boleh digunakan sebagaimana ramai manusia yang convert / keluar islam hanya kerana sains dalam al quran. anda sebenarnya cuba membawa sains dan agama secara berasingan.
Ia langsung x lumpuh kerana sains tidak pernah benarkan / melarang incest, zina, alkohol, semua itu ditentukan undang-undang dan agama.
Jika saya gunakan logik dan sains dalam menentukan kebenaran, anda mesti memberi saya hujah yang lebih kuat kenapa ia salah dan x releven. Itu adalah pendapat anda. Anda kata sains tidak pernah benarkan/larang incest, jadi, apakah aspek kebenaran yang ditonjolkan oleh sains dalam kes incest? Anda tentu ingat tuduhan bertaklid buta anda ke atas orang beragama; hakikatnya di sini, undang-undang manusia yang anda guna juga tidak disokong oleh sains, kerana seperti yang anda kata sains tidak pernah benarkan/larang incest. Kenapa anda menggunakan undang-undang manusia tanpa disokong bukti sains yang kukuh? Berdasarkan kriteria anda sendiri, anda bertaklid buta bukan?
---
@Lejen
Bukan susah utk melihat statistik manusia yang berpuasa di ramadhan, org islam yang mabuk dan org islam yang bersekedudukan. Hanya perlu pergi kepada jabatan yg berkaitan. Jika anda katakan statistik adalah subjektif, tiada apa yg hendak saya katakan. Hujah anda lemah. Lihat claim asal anda:
@Lejen
hakikatnya manusia lebih takutkan undang-undang ciptaan manusia berbanding tuhan. 1) Anda tidak membawa statistik tersebut. Pergi kepada jabatan yang berkaitan bukanlah bukti. Adakah anda bertaklid buta?
2) Anda juga tidak membuktikan mabuk & bersekedudukan adalah disebabkan manusia lebih takutkan undang-undang ciptaan manusia berbanding tuhan. Tiada hubung kait yang jelas.
Sila bawa hujah/bukti yang lengkap. Bukan contoh ya.
---
@Lejen
Anda yang katakan bahawa sains membenarkan incest yg mana saya cuma memberi masalah incest terhadap kesihatan manusia (kandungan), saya juga menentang incest gunakan kaedah kondom / vasektomi kerana masih ada risiko 1%. Lihat post anda
@Lejen
dalam sains, incest (tidak melahirkan anak) adalah dibenarkan namun anda juga harus faham psikologi manusia secara general berbuat sex untuk mendapatkan zuriat.
---
@Lejen
Jika sains bukan alat yg lengkap (saya tidak pernah katakan sains lengkap dan sempurna), jadi kaedah apa yg lengkap? anda harus meletakkan elemen agama dlm tentukan kebenaran? Tapi agama mana yg harus jadikan sandaran?  Memandangkan Tuhan yang mencipta alam ini, jadi adalah logikal kita patut gunakan guidance dari Tuhan. Disebabkan itu, adalah amat penting untuk manusia mengetahui siapakah Tuhan itu untuk mengetahui jalan mana yang benar.
---
@Lejen
Katakan saya membeli sebuah rumah dan dijaga dengan teknologi tinggi, dekat dengan balai polis, mempunyai penggera alarm dsbnya, namun tiba-tiba rumah saya dipecah masuk walaupun mempunyai kesempurnaan teknologi yg tinggi, adakah ini bermakna teknologi, polis dan penggera alarm yg saya gunakan tidak reliable?
Jika jawapan anda tidak, kenapa saya perlu merujuk kpd sesuatu yg x reliable? bukankah dalam kes ini saya perlu "ubah"? Anda cuba membawa contoh ini untuk membuktikan point anda tetapi contoh yang anda bawa ini tiada hala tuju yang jelas, tergantung dan menimbulkan banyak persoalan. Anda menggunakan kriteria 'dipecah masuk' sebagai sesuatu yang tidak reliable. Saya tidak nampak apa kaitan 'dipecah masuk' dalam konteks diskusi kita. Disebabkan itu saya katakan hujah anda lemah dan tergantung.
---
@Lejen
Jika anda melihat kepada kenyataan saya yg pertama dan kedua terdapat kontradiksi bukan? Bukankah ini semua menunjukkan kontradiksi dalam Islam (Al Quran)? Saya akan katakan itu adalah kontradiksi anda. Anda menggunakan kedua-duanya secara serentak untuk mewujudkan kontradiksi, bagi saya itu adalah tindakan yang tidak logikal atau 'blaming game'.
---
@Lejen
Jadi anda membawa contoh sains di mana wujud perubahan yg konsisten dan x konsisten. Ini adalah benda normal. Yang pelik apabila terdapat perubahan yg x konsisten dlm agama yg sepatutnya konsisten. Sekali lagi, subjektif.
---
@Lejen
Saya nampak seolah-olah anda menentang org yg kaji dan persoal agama. Itu adalah pendapat anda. Saya hanya berhujah berdasarkan evidence yang ada.
---
@Lejen
Jika saksi dan pelaku melakukan sumpahan x melakukannya (walaupun zina berlaku), maka ia akan terlepas (jika tidak merujuk kpd CCTV dan DNA). Hujah anda tidak lengkap. Siapakah saksi dan siapakah pelaku? Di mahkamah, hakim bukannya menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah sebaris dua. Sila bawa penghujahan lengkap. Hujah anda inilah yang dikatakan penghujahan di permukaan sahaja dan isinya kosong.
---
@Lejen
Saya cadangkan anda mengkaji kes-kes berprofil tinggi seperti Anwar Ibrahim, Teoh Beng Hock, Altantuya dsbnya dan mengkaji apakah kriteria yg mereka gunakan. Sekali lagi anda gagal memahami soalan saya. Saya bukan bertanyakan kriteria apa yang mereka gunakan, tetapi soalan saya ialah: apakah bukti dari sistem perundangan yang mengatakan CCTV dan DNA adalah diutamakan, kemudian barulah saksi dan pelaku. Sila bawa bukti dari sistem perundangan dan bukannya contoh kes-kes berprofil tinggi. Bukti dan contoh adalah dua perkara berbeza.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|