|
Aneh sekali sejarah paparkan kepada kita
Banyak tokoh-tokoh Islam dari kalangan yang menderita
Banyak di kalangan fakir miskin menjadi tokoh
Tidak kurang dari golongan yatim piatu pula
Rasulullah namanya terkenal anak yatim piatu
Miskin pula, musuhnya banyak merata-rata
Berpindah-randah mencari perlindungan
Tapi kejayaan membawa kebenaran tiada taranya
Sayidina Ali orangnya miskin sejak kecilnya
Wajahnya pula tidaklah cantik
Tapi ilmunya banyak, waraknya luar biasa
Jihadnya tiada tandingan
Jasanya kepada Islam sangat banyaknya
Imam Syafie yang terkenal namanya
Imam mujtahid yang tiada bandingannya
Ilmu banyak jadi warisan kita
Waraknya ketara di masa hidupnya
Tapi dia siapa?
Dia kan anak yatim, ibunya miskin pula
Hidupnya berpindah-randah merata-rata
Di situlah kejayaannya membawa ilmu dan taqwa
Lihatlah Imam Ghazali mujaddid kelima
Ahli sufi, feqah dan falsafah
Ilmunya dimanfaatkan hingga kini
Dia seorang yang miskin
Ayahnya mati sebelum dewasanya
Ilmu Melahirkan Tamadun
Ilmu pengetahuan perlu dicari
Jangan diabaikan dan dicuaikan
Setelah dapat, perlu diamalkan
Ia akan melahirkan kemajuan
Ilmu tauhid, ilmu pembangunan
Dua ilmu ini kenalah gabungkan
Agar pembangunan bertunjangkan iman
Itulah yang disuruh oleh Tuhan
Ilmu adalah harta
Lebih baik daripada wang
Dengan ilmu mendapatkan harta
Tapi harta tidak mendapatkan ilmu
Tiada ilmu tiada kemajuan
Bagaimana hendak membangunkan bangsa
Ada ilmu ada kemajuan
Dengan ilmu boleh jadi bangsa maju
Kemajuan perlu dibangunkan
Pembangunan perlu ada ilmu
Satu bangsa tiada kemajuan, selamanya jadi bangsa terhina
|
|
|
|
|
|
|
|
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(At-Taubah 9:112)
صدق الله العظيم |
|
|
|
|
|
|
|
Maju yg kata lawannya mundur
wlpn lbh setapak tu lbh maju
nk menapak ke mana?  |
|
|
|
|
|
|
|
Para cendikiawan islam zaman silam dicatatkan mempunyai pelbagai kepakaran: hafiz hadis & alquran, pengkaji, mujtahid dsb dgn jarak pencarian ilmu yg jauh. Zaman ICT ni, cerita2 tu mcm bohong jer, dgn kemudahan mendpt ilmu, kita semakin pakar copy/paste. |
|
|
|
|
|
|
|
ohnolia x paham thread ni. thread ni cerita pasal apa ye? sejarah apa yg aneh? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah di tulis oleh si pemenang |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia posted on 30-6-2013 11:28 AM
ohnolia x paham thread ni. thread ni cerita pasal apa ye? sejarah apa yg aneh?
TT bermonolog pada diri sendiri kenapa sejarah itu aneh. ohno tak paham sebab monolog tak semua tersurat. konsep miskin zaman itu tak terpakai sekarang. pernah dgr keluhan: 'takpe bro, di akhirat siapler org kaya pemabuk tu', 2 kawan OTW ke kedai judi. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 30-6-2013 02:18 PM 
TT bermonolog pada diri sendiri kenapa sejarah itu aneh. ohno tak paham sebab monolog tak semua te ...
hehehe. mcm2 ye kt bod ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|