CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: wipers81

Novel : Saat Daku Kehilanganmu (U)

[Copy link]
Post time 17-6-2013 04:39 PM | Show all posts
takper otai kt sini ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 12:40 PM | Show all posts
bila nak sambong lagi ni yer TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 12:44 PM | Show all posts

Sambungan BAB 2...


“Mak, Min ada program kat sekolah, tiga hari dua malam. Jumaat petang kena lapor diri. Ada Qiamullail dengan bacaan Yassin. Tak lama lagikan nak SPM. Mak bagi Min pergi tak?” soal Jasmin kepada Halimah yang sedang khusyuk melipat kain di ruang tamu. Rumah sewa mereka tidaklah seluas mana. Terdapat sebuah bilik di dalamnya, bilik yang dikongsi dengan emak. Pada Jasmin, itu sudah memadai untuk mereka berdua menumpang teduh dari panas dan hujan.

“Pergilah Min tapi jangan nak melencong ke lain pula. Budak-budak zaman sekarang ni bukan boleh diharap sangat. Dah bagi peluang, pandai pula ambil kesempatan. Mak bukan apa Min, risaulah dengan macam-macam perkara sekarang. Hari-hari mak baca suratkhabar, tengok berita, ada je masalah sosial anak muda sekarang. Mak harap sangat kau pandai jaga diri Min.” Luah Halimah. Setiap hari dia memanjatkan doa kepada Illahi moga memberi perlindungan pada keluarganya agar dijauhi dari segala musibah.

“Hesy mak ni, ke situ pula. Itu budak-budak lain, bukan Min. Kalau mak bagi Min pergi, nah minta mak tandatangan borang ni.Kalau rasa tak puas hati nanti mak boleh pergi buat pemeriksaan mengejut kat sekolah tu. Pergilah tengok betul ke tak program tu.” Balas Jasmin. Terselit sedikit nada seakan merajuk di situ. Dia tahu, emaknya tidak bermaksud begitu. Mana ada emak yang tak sayangkan anak. Dia pun turut rimas kebelakangan ini dengan berita yang keluar di televisyen dan terpampang di dada akhbar.

Masalah sosial dikalangan remaja. Tidak tahulah di mana silapnya? Didikan di sekolah atau di rumah? Pengaruh dari rakan atau sebaliknya? Tidak adakah kempen kepada para remaja sekalian? Kempen yang perlu ditanam dalam diri remaja sejak kecil. Berpegang pada jati diri bangsa dan agama. Dahulukan agama, keluarga dan pelajaran. Cita-cita dahulu, cinta kemudian. Jika itu terlaksana maka banyak yang dapat dihindari.

“Hai, semacam je kau perli mak. Yalah, mak minta maaf. Anak mak nikan anak yang baik, comel, bersopan-santun, rajin. Takkanlah anak mak ni sanggup buat mak dia susah hati, kan?” puji Halimah sebaik melihat kesenyapan anak daranya itu. Entah apa agaknya yang difikirkan oleh gadis itu. Bimbang jika terentak hati gadis muda itu dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Op..op. Dahlah tu mak. Karang, koyak pula baju Min ni. Insya Allah mak, selagi Min hidup, Min akan membahagiakan emak. Maklah satu-satunya yang ada dalam hidup Min sekarang. Walaupun hidup kita ni taklah sesenang mana, Min bahagia mak. Kalaulah arwah abah ada lagi,” tiba-tiba sahaja rasa sebak mula menguasai hati Jasmin. Dia memeluk emak dan menangis dalam pelukannya.


Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 12:48 PM | Show all posts
mat_krai posted on 26-6-2013 12:40 PM
bila nak sambong lagi ni yer TT

dah sambung sikit bab 3.....cerita ni tengah cari ilham nak buat. saya nak habiskan yang satu lagi....gigih nak hantar kat karyaseni...doakan saya

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:51 PM | Show all posts
wipers81 posted on 26-6-2013 12:48 PM
dah sambung sikit bab 3.....cerita ni tengah cari ilham nak buat. saya nak habiskan yang satu lagi ...

takpa teruskan satu persatu
yg ni kasi rehat dulu sekejap pon ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 03:49 PM | Show all posts

Sambungan BAB 2...

“Dahlah Jasmin,. Janganlah dikenang perkara yang sudah. Min jangan lupa doakan untuk arwah abah kat sana. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Hidup perlu diteruskan Min. Cuma satu yang mak harapkan, belajarlah bersungguh-sungguh. Kita tak ada harta benda yang banyak tapi ilmu pengetahuanlah harta yang tak ternilai harganya. Ingat tu sayang.” Pesan Halimah. Dia mengusap perlahankepala anaknya.

Halimah juga turut merasa sebak. Tidak tergambar bagaimana rindunya dia terhadap arwah suaminya. Hingga saat ini, kenangan hidup bersama arwah Rahimi masih segar dalam ingatannya. Dia sama sekali tidak menyangka, begitu cepat arwah pergi meninggalkannya. Hingga kini, pemergian Rahimi masih ditangisi seolah-olah baru sahaja berlaku. Air matanya menitis. Selama ini dia kuatkan semangat, cekalkan hati semata-mata kerana puteri kesayangannya itu. Dia tidak mahu Jasmin melihat kesedihannya.

Halimah masih ingat lagi tanggal 5 September dua tahun yang lalu selepas solat Asar, suaminya Rahimi keluar dari rumah dengan menaiki motosikal, pergi entah ke mana. Selalunya, Rahimi memberitahu Halimah jika hendak ke mana-mana tetapi pada hari itu, Rahimi pergi begitu sahaja. Sehinggalah kedatangan dua orang anggota polis ke rumahnya ketika waktu menginjak senja membawa khabar yang amat memeranjatkan Halimah.

Halimah hampir pitam tatkala menerima berita yang disampaikan oleh pegawai polis itu. Mereka mengatakan bahawa Rahimi terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan serius di kepala. Saat itu, dirasakan langit seolah-olah runtuh dan menghempapnya. Terasa dia sudah tidak berpijak di tanah lagi, terawang-awang dirinya saat itu. Lama juga dia menjadi begitu.

Alhamdulillah, iman di dadanya masih kuat, teguh pada Yang Satu. Halimah sedar, kehidupannya perlu diteruskan demi anak tunggal mereka Khayla Jasmin. Khayla yang membawa maksud cantik manakala Jasmin pula adalah bunga melur. Dahulu, anaknya seorang yang aktif dalam sukan. Selalu mewakili sekolah dalam acara olahraga. Anaknya juga pandai bersilat. Namun setelah kematian suaminya, Jasmin menghadapi kemurunganyang agak teruk. Jasmin sangat rapat dengan arwah suaminya.

Sejak dari kejadian itu juga, tabiat pemakanan anaknya mula berubah dan keadaan itu berlarutan agak lama hingga mengakibatkan berat badan anaknya naik mendadak. Doktor mengatakan bahawa Jasmin mengahadapi tekanan. Jasmin telah sematkan di minda hanya dengan makanan mampu meredakan tekanannya. Jika orang lain menurun seleranya, tidak pula bagi Jasmin. Kini, Halimah bersyukur kerana anaknya mulai sedar akan perubahan fizikalnya dan dia sebagai seorang ibu menyokong usaha anak itu untuk mengembalikan berat badan seperti dahulu. Mujurlah anaknya itu tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dia bersyukur kerana keputusan peperiksaan anaknya tetap memberangsangkan.

Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlalu. Halimah nekad untuk berpindah ke tempat baru. Dia bersyukur kerana Khayla Jasmin mula berubah dan sedang belajar untuk memulakan kehidupan baru. Mujurlah anak Tuan Ibrahim, Siti Nurul Nadia sudi menjadi sahabat kepada anaknya selepas Halimah menceritakan semua kisah pahit kehidupan mereka kepada Nadia atas permintaan gadis itu ketika dia mula bekerja dengan majikan barunya itu.



Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2014 08:03 AM | Show all posts
Tahniah TT... Jalan cerita yg sangat menarik... sambung lg ya... TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 04:53 PM | Show all posts

BAB 3

Ingatkan kau betul-betul tak nak datang?” soal Nadia. Lega rasa hatinya sebaik melihat susuk tubuh sahabatnya itu memasuki perkarangan sekolah mereka. Risau juga dia kalau Jasmin tidak datang. Sudah tentu tidak seronok harinya jika perkara itu betul-betul terjadi.

“Ini Khayla Jasminlah. Aku kalau dah berjanji, akan ditunaikan tau. Hah, tunggu apa lagi, jomlah masuk. Nad, tolonglah aku angkat beg ni, berat tau tak,” pinta Jasmin. Hampir lenguh bahu kanannya menggalas beg baju yang berat itu. Terasa seperti dia sedang memikul seketul batu yang besar. Boleh pula Nadia selamba sahaja berdiri di pintu pagar sekolah sambil melihat kesusahannya itu.

‘Tak patut betul kawan aku ni. Aku pun satu. Kalau boleh dengan bilik sekali aku nak bawa. Nasib baik tak larat aku nak pikul bilik aku tu. Hehehe. boleh ke kalau macam tu?’ Jasmin berkata dalam hati. Panjang hembusan nafasnya setelah berhenti seketika.
            
Ekeleh. Beg kau kan, angkatlah sendiri. Beg aku pun, sendiri yang angkat tau. Cantik muka kau Min,” balas Nadia. Dia jelirkanlidahnya ke arah Jasmin.
            
“Kau ni, memang nak kenalah dengan aku Nad. Nanti sekejap, mari sini kau. Dah lama sangat kau tak rasa pelangkung aku kan? Mana kau nak lari. Nah, rasakan ni. Kelengkung!”

“Alamak!” hanya ayat itu sahaja yang terkeluar dari mulut Jasmin. Entah bagaimana botol air mineral yang masih berbaki separuh itu tepat mengenai kepala musuh ketatnya yang kebetulan lalu di hadapan Nadia. Masa seolah terhenti seketika.

Last edited by wipers81 on 5-5-2014 04:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2014 04:55 PM | Show all posts

Sambungan BAB 3...

‘Kenapalah dia lalu ka tsini juga? Macam dah tak ada jalan lain dia nak lalu. Masa ni juga dia nak muncul? Hesy, sengaja betullah dia nak cari gaduh dengan aku,’ gerutu Jasmin. Di dalam hatinya pula sedang berdebar menantikan respon garang dari Fahmi. Muka Fahmi sekarang ini kelihatan seperti singa yang sedang lapar. Bila-bila masa sahaja dia akan menerkam mangsanya. Jasmin menelan air liurnya.
         
“Kau ni, memang sengaja ke nak cari pasal dengan aku? Apa masalah kau? Minggu ni aje, dah dua kali kau buat hal dengan aku. Dah lama sangat hidup ke!” tengking Fahmi. Panas hatinya. Kalaulah batang pisang, sudah lama dicincang-cincang olehnya. Nasib baiklah itu manusia. Kecil sahaja dia melihat gadis yang berisi tubuhnya itu.

“Eleh, kena sikit aje, itu pun nak kecoh. Bukannya aku baling batu kat kau. Lagipun, aku tak sengajalah. Sasaran aku, Nadia. Manalah aku kau nak lalu depan dia tadi. Botol tu kalau bernyawa sekalipun, tak hinginlah ‘dia’ nak sentuh kepala kau. Apa-apa pun, aku minta maaf,” balas Jasmin agak kasar. Bagi Jasmin kalau Fahmi tidak reti nak berbudi bahasa dengannya, dia pun begitu juga.  
            
“Senangnya kau cakap. Apa pasal kecil-kecil kau tak nak mati, dah besar menyusahkan aku aje. Mak bapak kau tak ajar cara nak bersopan-santun ke? Kau tahu tak, lagi lama kau kat sini lagi bertambah menyampah aku dengan kau.” Fahmi menghamburkan amarahnya lagi. Sudah semakin kasar bahasanya pada Jasmin. Fahmi pun tidak tahu mengapa dia rasa hatinya panas sahaja setiap kali .
            
“Hei Fahmi! Kau dengar sini. Ini antara aku dengan kau. Jangan nak libatkan keluarga aku dalam hal ni. Hidup mati aku, bukan aku atau kau yang tentukan. Kau jangan ingat diri tu dah hebat sangat. Setakat ketua pengawas sekolah, ingat aku takut dengan kau. Jangan sampai kerana mulut, badan binasa. Ni kali kedua aku kata macam tu kat kau. Awas!” balas Jasmin dengan kasar. Semakin keras dia menuturkannya.

Jasmin masih cuba menahan kemarahannya. Bahasa pemuda berlagak itu semakin lama semakin kasar terhadapnya. Jasmin enggan menunggu lebih lama di situ. Dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Bimbang jika lagi lama berada di situ, akan makan penyepaknya pemuda berlagak itu nanti. Jasmin mahu bertenang. Jika Fahmi berkelakuan kasar terhadapya, mengapa pula dia perlu mengikuti perangai pemuda itu. Jasmin mengeluh panjang apabila menyedari kekhilafannya sebentar tadi. Malu pula dia pada Akif yang turut ada sama tadi.

Last edited by wipers81 on 5-5-2014 04:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 04:59 PM | Show all posts

Sambungan BAB 3...

Pergh, boleh tahan kasar juga Jasmin tu, kan Fahmi. Tak sangka pula aku, dalam kelas bukan main diam lagi dia tu. Tapikan Fahmi, bila  marah nampak comel pula muka dia aku tengok.” Dia hanya menjadi pemerhati dari tadi. Terpegun seketika dengan respon Jasmin.

Dia tidak menyalahkan Jasmin sepenuhnya. Fahmi juga keterlaluan. Lagipun, Jasmin telah meminta maaf kepada Fahmi tadi. Kadangkala Akif pun tidak faham dengan perangai Fahmi. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan gadis itu. Berbuih sudah mulut Akif menasihati Fahmi tetapi sia-sia semuanya, ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja. Dahulu, perangai Fahmi bukan seperti itu. Bolehlah jika nak dikategorikan sebagai seorang pemuda yang baik. Sejak Khayla Jasmin mula bersekolah di sini, segala-galanya berubah. Hingga kini, Akif masih mencari sebab akan perubahan diri Fahmi. Perubahan mendadak Fahmi benar-benar menghairankannya dan Fahmi juga sering dengan sengaja mencari pasal dengan Khayla Jasmin.

“Kau okey ke tak Fahmi?”soal Akif apabila menyedari kebisuan sahabat akrabnya itu.
            
“Kaujangan nak naikkan darah aku Akif. Aku memang tak suka minah tu sejak dia masuk sekolah ni. Aku tak kira, aku akan balas dendam kat dia. Jangan ingat aku nak lepaskan dia macam tu aje.” Katanya dengan geram. Dendamnya perlu dilunasi. Gadis bertubuh gempal itu perlu diajar.
            
“Eh, kau nak buat apa dengan Jasmin tu Fahmi?” tanya Akif. Hatinya mula dipenuhi dengan rasa bimbang.
            
“Yang tu, kau tak payah tanya. Kalau kau nak ikut sama, aku okey aje.” Balas Fahmi.
            
“Yalah,” jawab Akif. Dia kasihankan Jasmin. Setujunya adalah untuk mengawasi Fahmi. Manalah tahu jika rakannya itu bertindak di luar batasan pula nanti. Orang tengah marah, macam-macam dia boleh lakukan. Risau juga Akif dengan sahabatnya yang terlalu obses dengan sifat sakit hati dan cemburu yang melampau terhadap Khayla Jasmin. Mereka kemudiannya beredar dari situ dengan berjalan beriringan sambil Fahmi menerangkan rancangannya kepada Akif.


Last edited by wipers81 on 5-5-2014 05:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:00 PM | Show all posts
sgt kurang ajar si fahmi ni... dia belum kenal siapa jasmin sebenarnya... TT sambung lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 05:02 PM | Show all posts

Sambung BAB 3...

Aku tak pernah tidur ramai-ramai macam ni Min.” Ujar Nadia. Canggung dia apabila melihat hamparan panorama yang terbentang luas di depan matanya. Tidak pernah lagi dia melihat pemandangan seperti itu seumur hidupnya.
           
“Macamlah aku pernah.” Balas Jasmin. Wajah bersahaja ditayangnya.
            
“Aku cakap elok-elok, kau main-main pula.” disikunya rusuk kiri Jasmin.
            
“Sakitlah makcik oi. Dahlah siku kau tu tajam.” Digosok rusuknya yang mejadi sasaran Nadia itu.
            
“Padan muka.” Nadia menjelirkan lidahnya.
            
“Betul ke kat sini kita kena tidur?” Jasmin menggaru kepala yang berlapikkan tudung. Matanya hanya memerhatikan sekeliling dewan.

‘Bukan bilik, dewan tidur ni.’ desisnya.

Nadia mula mengambil tempat nun jauh di belakang sekali. Jasmin menurut dari belakang. Mereka mula meletakkan barang masing-masing. Selama berlangsungnya program ini, di situlah tempat tidur mereka.

“Nad, jom beratur. Tu, Julia dah terpekik kat sana.” Ajak Jasmin.

“Aku kata beratur dalam satu barisan, tak kata pun dua.” Tegur Julia. Matanya dijegilkan ke arah Jasmin.

“Hmm,” balas Jasmin. Dia menajeling tajam ke arah Julia, pengarang jantung Fahmi Kononnyalah.

“Dah sedia ke. Okey jom jalan semua.” Arah Julia pula. Bagaikan gerabak keretapi, mereka berjalan menyusuri kaki lima setiap bangunan yang menjadi laluan mereka ke kantin sekolah untuk menikmati hidangan makan malam yang disediakan.

Last edited by wipers81 on 5-5-2014 05:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 05:06 PM | Show all posts

Sambung BAB 3...

“Kau dululah Nad.” Kata Jasmin. Kini mereka sedang beratur untuk mengambil makanan pula. Nadia tanpa banyak soal menyeduk nasi dan sedikit lauk pauk yang dihidang ke dalam pinggannya. Jasmin pula mengambil giliran.

“Prangg!” gamat bunyi itu. Bergema kantin sekolah tika ini. Serentak semua mata tertumpu ke arahnya. Pengap suasana ketika ini.
            
“Hai Jasmin. Lapar sangat ke sampai jalan pun tak reti nak tengok kiri kanan? Yalah, tengok tuan punya badan pun dah tahu, kan. Tengah kebulurlah tu. Tengok, sampai jatuh pinggan nasi dia tu. Hahaha,” kata suara itu mengejek Jasmin sambil ketawa terbahak-bahak. Kedengaran riuh satu kantin dengan gelak tawa dari yang lain.

Jasmin mengetap bibirnya. Cuba menahan marah yang sedang menggelegak dalam hati.

‘Kurang asam jawa punya poyo ni. Tak guna betul. Sengaja nak malukan aku.” Jasmin menyumpah di dalam hati. Hendak dihamburkan tidak boleh kerana mereka kini sedang menjadi tumpuan. Dadanya berombak. Api kemarahan sudah mula marak. Kalau boleh dimerahkan matanya, sudah lama dia buat.

“Jasmin, tak apalah mungkin bukan rezeki awak yang ini. Pergi ambil nasi lain.” suruh Cikgu Zaiton sebaik dia berdiri di hadapan gadis malang itu. Kasihan pula dia melihat pelajar kesayangannya, sedang berdiri kaku. Dia pun terkejut, tertanya-tanya di dalam hati bagaimana pinggan Jasmin boleh jatuh? Berkerut keningnya.

“Tak apalah cikgu. Saya tak ada selera. Saya minta diri.” balas Jasmin dengan nada yang sebak.

Terus sahaja Jasmin berlari meninggalkan kantin itu. Sedaya upaya Jasmin cuba menahan air matanya dari tumpah namun tetap juga mahu mengalir. Murah sekali air matanya saat ini. Seumur hidup, belum pernah lagi dia dimalukan sebegitu. Walaupun nampak seperti dia seorang yang kuat ketabahan diri, namun Jasmin tetap seorang perempuan. Tetap sahaja perasaan yang mudah terasa wujud dalam dirinya.

“Apa salah aku pada kau Fahmi? Sampai hati kau buat aku macam ni. Selama ni, aku cukup sabar dengan apa yang kau buat kat aku. Kata-kata kau yang kasar tiap kali cakap dengan aku tak pernah aku ambil peduli. Tapi hari ni, hati aku betul-betul remuk. Hinanya diri aku ni kat mata kau Fahmi. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk terus bertahan. Tak apa, dua bulan aje lagi aku kena mengadap muka kau. Dua tahun aku boleh sabar, takkanlah dua bulan lagi aku tak boleh.” Jasmin merintih sendirian. Cuba juga memujuk dirinya sendiri. Berjuraian air matanya turun membasahi pipi.

Last edited by wipers81 on 5-5-2014 05:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 05:17 PM | Show all posts

Sambungan BAB 3...

Sementara itu di kantin sekolah,

“Kau memang dah melampaulah Fahmi! Kau ingat, aku tak nampak apa yang kau buat kat Jasmin tadi. Cukup-cukuplah tu Fahmi. Aku bukannya baru kenal kau, kita kawan dari kecil. Aku harap sangat, tolonglah berhenti ganggu Jasmin.” Benar, dia nampak apa yang telah Fahmi lakukan. Nadia tidak menyangka sama sekali Fahmi boleh bertindak sekejam itu. Dia memang sengaja mahu malukan Jasmin di hadapan rakan-rakan yang lain.

“Yang kau nak sebelahkan sangat dia tu kenapa? Kau kata kita dah kawan lama, dia tu baru aje kat sini. Kau dah banyak berubah Nadia. Sebelum dia datang, elok aje kita. Aku tak boleh terima dia. Kerana dia, hubungan kita renggang.” Luah Fahmi.

“Jangan jadikan Jasmin alasan. Kau pun tahu kenapa aku jarakkan diri dari kau.” Balas Nadia. Dia sememangnya tahu, mengapa Fahmi begitu bencikan Jasmin.

“Kau memang betul-betul dah lain sekarang Nadia.” Kata Fahmi lagi. Dia cemburukan hubungan akrab Nadia dan Jasmin. Dahulu, dia dengan Nadia sangat rapat. Dia suka berkawan dengan Nadia kerana gadis itu baik dan cantik. Yang paling penting sekali, Nadia tidak pernah kedekut dengannya. Yalah, kerana Nadia anak orang berada. Walaupun Fahmi anak penghulu di kampung mereka, motifnya hanyalah untuk mengambil kesempatandi atas kebaikan Nadia. Itu sahaja. Namun, semuanya berubah sejak Jasmin datang. Sudahlah dia merampas Nadia darinya, kedudukan di dalam kelas juga turut dirampas oleh gadis bertubuh gempal itu. Lagilah bertambah sakit hati Fahmi terhadap gadis yang bernama Khayla Jasmin. Gadis itu ibarat sebuah mimpi buruk buat Fahmi. Dia pun tidak tahu mengapa selalu sahaja rasa menyampahnya berada ditahap maksimum apabila melihat gadis itu.

“Semua tu cerita lama Fahmi. Bukan salah Jasmin bila hubungan kita renggang.  Sebenarnya, aku tahu niat tak elok kau berkawan dengan aku. Sebab tulah aku jauhkan diri dari kau. Lagipun, antara lelaki dan perempuan mana ada istilah kawan rapat. Tak elok sebenarnya. Aku senang berkawan dengan Jasmin sebab selama ni dia tak pernah ambil kesempatan kat aku. Walaupun dia orang susah, dia tahu batas. Bukan macam kau,” Nadia menyambung lagi…

“Sebab tulah aku sayangkan Jasmin. Ingat Fahmi, ni amaran aku yang terakhir. Jangan ganggu Jasmin. Kalau tak, aku adukan kat pengetua pasal perangai pelesit kau. Jangan ingat, aku tak tahu apa kau buat kat luar sekolah selama ni. Aku ada bukti. Kalau kau nak kekalkan imej kau sebagai ketua pengawas yang kononnya baik tu, tolong jauhkan diri dari Jasmin.” tegas Nadia. Kata dua perlu diberi kepada Fahmi.

“Sejak bila pula kau dah jadi ustazah ni. Kau jangan nak ugut aku Nadia. Pesan pada kawan gemuk kau tu, jaga diri dia elok-elok. Jangan cuba nak cari pasal dengan aku. Buruk padahnya nanti.” Ugut Fahmi pula. Dia berpaling dan melangkah pergi. Malas mahu bertekak dengan Nadia lagi. Nampaknya, Nadia sudah pandai mengugut sekarang. Semakin dalam dendam dan kebenciannya pada Khayla Jasmin. Kerana gadis  itu, Nadia sudah banyak berubah dan semakin jauh darinya.

“Aku tak kira Akif! Malam ni juga aku nak laksanakan rancangan aku tu. Aku nak dia kenang malam tu, malam jahanam seumur hidup dia. Aku benci kau Khayla Jasmin!”  bentak Fahmi.

Akif tersentak, dia sedikit mengeluh.

“Aku tak kisah Fahmi. Tapi nasihat aku, janganlah diapa-apakan Jasmin tu. Kalau kau nak bergurau sekalipun, sikit-sikit dahlah.” pesan Akif. Risau juga dia jika Fahmi bertindak melampaui batas. Rasa sangsi mula menguasai dirinya. Perlukah dia turut sama menjayakan rancangan gila Fahmi? Perlukah dia menyakiti gadis yang tidak pernah membuat salah padanya dan yang tidak pernah mengambil tahu hal orang lain? Akif semakin bingung.

“Itu, kau tak payah risau. Tahulah aku nak ajar perempuan yang tak sedar diri tu.” Balas Fahmi dengan penuh rasa dendam. Dia berharap sangat semoga rancangannya malam ini berjaya. Dia mahukan Khayla Jasmin sentiasa dibayangi ketakutan. Dia mahukan gadis itu tunduk kepadanya. Dia akan pastikan semua itu dan perhitungannya dengan gadis itu akan bermula tidak lama lagi.


Last edited by wipers81 on 5-5-2014 05:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:43 PM | Show all posts
kurang ajar betul si fahmi ni... berhati-hati ya jasmin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 08:27 AM | Show all posts
TT... sila sambung lagi... tak sabar nak tau ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 07:16 AM | Show all posts
TT... sihat ke?... takde entry lsgi pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2014 08:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-5-2014 07:16 AM
TT... sihat ke?... takde entry lsgi pun...

Alhamdulillah. Nanti, saya sambung

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 09:49 AM | Show all posts
alrite... jgn lupa sambungannya ya...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.613423 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list