CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayushuhada04

[SBS] Empire Of Gold ~ Go Soo, Lee Yo Won, Son Hyun Joo

[Copy link]
Post time 16-10-2013 11:40 PM | Show all posts
camne keras hati Tae joo tp bila org ugut dia dgn family & yun sulhee, terus hati dia lemah.

wlu ending nya mcm taejoo bunuh diri.. tp korang perasan kan, ada satu kapal layar kat situ..
harap2 TJ hidup bersama-sama sulhee kat filipin.. wlu dlm imaginasi aku aje..

skrip yg bagus kan.. tu sebab team production ni menang besar tahun lps kat sbs award.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:24 PM | Show all posts
tak sangka masih ada yang mahu tengok drama ni sampai habis. sebab kat korea kan dah tamat episode di tambah lagi ending yang agak mengecewakan, tentu byk yang tak mahu layan lagi. apa pun rasa sedih   xdapat tengok lagi drama ni minggu depan.
bila tengok ending citer ni memang dah jadi kebiasaan rakyat korea sana, cara mereka untuk bertanggungjawab terhadap semua kesalahan itu bunuh diri. kalau tak pun mereka letak jawatan walaupun kesalahan itu bukan dia  yang buat kerana sikap bertanggung jawab itu lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 12:45 PM | Show all posts
EMPIRE OF GOLD

Rating (6.5+7.5+7+2+2/40*10) - 6.25

CERITA: 6.5

Isu citer ni psl perebutan kuasa & dendam 4 penjuru untuk mengambil alih Sungjin Group...Jang Taejoo, Han Junghee, Choi Minjae & Choi Seoyoon...citer mcm mana sorang lelaki miskin yg berazam untuk dapatkan kekayaan dan kuasa selepas kematian bapanya kerana merasakan nasib orang miskin sepertinya ditindas...juga seorang wanita yg berdendam kerana kematian suaminya tidak terbela...ada pula lelaki yg merasakan bapa dan keluarganya ditindas selepas bersusah payah berkorban untuk pengerusi dan Sungjin Group...dan akhir sekali seorang wanita yg terikat dgn janji bapanya untuk melindungi Sungjin Group walau apa pun yg terjadi...

citer 24 episod ni terlalu panjang...walaupun plot menarik tapi nampak sangat berulang-ulang...sekejap dorang akan bekerjasama dan kejap lagi dorang akan betray each other...bertukar-tukar komplot ikut mana yg lebih banyak benefit kpd diri masing2...so taknak cakap psl story tp nak ckp psl perkembangan watak...

jang taejoo - dia dah achieve banyak dlm hidup dia...dia bangunkan eden, ada kawan2 mcm piljoo dan choon ho, ada kekasih hati sulhee...dan dia dah boleh lupakan dendam dan tinggalkan segalanya bila dia buat keputusan untuk hidup di filipina dgn sulhee...bodohnya sulhee pegi tido dgn congressman kim dgn niat nak selamatkan taejoo...dari situlah segala benda terjadi...taejoo terbunuh jantan miang tuh...sakit hati dan dendam dgn minjae...dan kena kahwin pulak dgn seoyoon...bila sulhee bebas dari penjara taejoo buat perjanjian gila pulak depan sulhee nakkan kerusi chairman tuh...itu yg buatkan dia tak boleh stop...aku suka bila taejoo tetap setia dan protect sulhee sampai akhirnya...taejoo mmg berhutang dgn sulhee yg kena penjara bg pihak dia...rasanya dia memang ingat benda tuh sbb tu dia tak boleh betray sulhee dan sayang sulhee sangat2..scene terakhir sulhee dgn taejoo mmg buatkan aku menitiskan air mata...sulhee ajak taejoo lari, kawin, ada anak bersama tp taejoo tetap degil menjerit-jerit bagai tetap nak menang dlm fight tuh...dua2 dorang nangis...tp akhirnya dia sedar dia takkan boleh menang fight dgn choi dong sung...aku suka quote dari taejoo ni "the evil ones will win and the most brazen will get everything"...sesungguhnya taejoo tak cukup evil sbb dia tak sanggup nak khianati sulhee dan orang2 yg dia sayang...cuma tindakan bunuh diri atas alasan nak bertanggungjawab tu tak boleh diterima...

choi seo yoon - pompuan yg keras hati...walaupun asalnya dia ni baik hati dan sayangkan family tp amanat bapanya membuatkan dia jadi kejam mcm tu...sanggup biarkan adik dan abang dipenjara...orang kanan sendiri pun dibiarkan bertanggungjawab masuk penjara sama macam bapa dia choi dong sung pernah buat pada adik dia...taejoo ada cakap seoyoon takkan dpt dua-dua sekali family dan sungjin...dan memang betul akhirnya tinggal la seoyoon sendiri dlm rumah besar tu...

choi minjae - selalunya pakcik ni kesian jer...dia la paling banyak berpaling tadah...pernah partner dgn taejoo, pernah dgn seoyoon dan pernah dgn han junghee...tp dia mcm kuda tunggangan jer...itu la perkara yg paling dia benci sbb dia merasakan bapanya cuma kuda tunganggan choi dong sung..dia taknak jd mcm bapa dia tp tanpa disedari itu yg terjadi pada dia...ada satu part yg dia cakap dia ialah choi family dan sungjin takkan jatuh ke tangan orang luar...tp taejoo buka mata dia yg mana dia tak dianggap oleh family oleh adik beradik choi...

pengajaran paling bermakna dlm citer ni...apa la nak dikejarkan kalau akhirnya takde siapa yg bahagia...hmmmm

LAKONAN: 7.5

Lee Yo Won (pencalonan Best Actress)
Memang dia bawa watak choi seo yoon ni dgn baik...bermula time dia muda2 innocent dan penyayang sampai la dia jadi tegas dan heartless...ada satu ketika aku sakit hati tengok dia mengugut eunjung, wonjae dgn jungyoon...kerek dan cas giler...betul2 dia ikut dan jadi seperti yg bapa dia suruh...jgn jd nice person tp jadilah orang ditakuti orang lain...mmg patutlah dibenci adik beradik sendiri...

Go Soo (pencalonan Best Actor)
aku paling suka watak taejoo..paling banyak kisah...paling banyak cabaran, lku dan onak duri...ada banyak sisi taejoo ni...tak mcm watak2 lain...suka tengok dia happy2 bila di eden dgn jo piljoo, choonho, sulhee...tp di sungjin dan rumah family choi dia lebih serius....hidup dia walaupun nak mengejar kuasa, walaupun ada berdendam tp ada jugak kasih sayang...dia ada family, kawan2, buah hati...dia off course dia berjaya bawa watak dgn cemerlang...i can feel you taejoo

TEKNIKAL: 7/10
Okay je pengarahan citer ni...disebabkan banyak scene tempat sama je halaman rumah, dinning table, ofis, study room so takde apa sangat nak ulas psl sinematografi...plot pulak teratur dan kemas...

SKOR MUZIK: 2/5
Mcm tak banyak background muzik jah cite nih...tp lagu ada satu yg menangkan telinga...

KEBARANGKALIAN TONTONTAN SEMULA: 2/5
Mungkin akan tonton certain scene...sbb ada falsafah dan quote yg aku suka dlm citer ni...mungkin boleh buat rujukan di masa depan

Comments

TOTAL =6.5+7.5+7+2+2 = 25/40 *10 =6.25 Terima Kasih atas review Nomination: Goo Soo & Lee Yo Won   Post time 24-11-2013 01:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 12:49 PM | Show all posts
lupa nak quote @dauswq

tacang tacang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 02:50 PM | Show all posts
zehra2 posted on 16-10-2013 11:40 PM
camne keras hati Tae joo tp bila org ugut dia dgn family & yun sulhee, terus hati dia lemah.

wlu  ...

mcm nak imagine camtu jugak la...berharap jugak taejoo dgn sulhee lari ke filipina dan hidup bahagia...huhu
tp taejoo tu ego...takkan punya dia mcm buat tu...rela mati lagi dari hidup sembunyi2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 05:30 PM | Show all posts
parasitology posted on 24-11-2013 02:50 PM
mcm nak imagine camtu jugak la...berharap jugak taejoo dgn sulhee lari ke filipina dan hidup bahag ...

tapi kan Paras..
laa ni Filipin dah dilanda taufan Haiyan..
hidup kat tepi pantai mcm impian TJ & sulhee.. mmg hanyut lah jawab nya..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2013 07:57 PM | Show all posts
zehra2 posted on 24-11-2013 05:30 PM
tapi kan Paras..
laa ni Filipin dah dilanda taufan Haiyan..
hidup kat tepi pantai mcm impian  ...

haha...kesiannya..mmg takdir pengakhiran taejoo menyedihkan kot...kalau tak bunuh diri, lari ke filipin kena bencana pulak..

tp paling nak tau apa jd dgn seoyoon...harapnya dia tiap hari masuk ofis menangis la mengadap potret bapak dia selepas apa yg dia buat pd org2 sekeliling dia...biar bapak dia tengok dari 'sana' apa jd pada anak2 dan family dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.855658 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list