Berjaya tarik ramai pemilik dengan pelbagai genre motosikal unik
Cuaca panas terik tidak menjadi halangan kepada ribuan pemilik motosikal retro dari pelbagai jenis dan jenama untuk berkonvoi bersama-sama ke Dataran Morib hujung minggu lalu untuk acara Karnival Retromania 2013.
Ia adalah perjumpaan serta perhimpunan tahunan pemilik motosikal retro dari seluruh Malaysia, memasuki tahun keenam penganjurannya. Menurut penganjur acara yang juga Pengerusi Retro Malaysian Riders (Kelab Penunggang Motosikal Retro Malaysia), Noor Hasri Kassim acara ini mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama daripada Polis Di Raja Malaysia.
Pihak penganjur juga telah membuat persiapan awal untuk menghadapi dan menangani jangkaan masalah kebanjiran motosikal yang banyak sama seperti apa yang berlaku dalam acara sama tahun lalu di Port Dickson.
Sekali lagi, penyertaan adalah jauh diluar jangkaan apabila sekitar 6,000 hingga 7,000 buah motosikal datang membanjiri. Peserta ada yang datang dari seluruh pelusuk negara termasuk wakil dari Singapura dan juga Kelab Motosikal Suzuki Katana Australia yang telah hadir bersama untuk memeriahkan perhimpunan ini.
Kehadiran sebuah “trike” dan sebuah lagi jentera kustom dari Banting selain daripada beberapa buah café racers juga telah menarik minat ramai pengunjung serta pemilik motosikal dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama motosikal pilihan mereka.
Acara ini disifatkan sebagai antara perhimpunan terbesar yang pernah disaksikan di Malaysia yang mampu menghampiri jumlah motosikal yang menyertai perhimpunan antarabangsa seperti di Daytona dan Sturgis.
Bagi mereka yang benar-benar berjiwa ‘bikers’, Pesta Retromania ini adalah suatu acara motosikal tempatan yang tidak boleh dilepaskan. Saksikan dan rasakan kehebatan semangat perpaduan penunggang (bikers brotherhood) yang sehati sejiwa dan anda pasti akan faham kegirangan mereka untuk berhimpun bersama.
Kepada mereka yang belum memiliki motosikal retro, jangan ketinggalan. Miliki sebuah jentera retro dengan segera dan bersiap sedia untuk menghadiri Temasya Retromania tahun hadapan. -Norty Foo
Slav posted on 5-6-2013 03:10 PM
ye la tu.. ntah2 ade moto lain skali die angkut nye.. dgr citer dia bli motor mcm beli buku skolah ...
dia dgn abg dia mmg layan motor2 retro.... depa selalu lepak bengkel kat bukit changgang kalo tak silap... ada byk motor retro yg dah tak mampu dijaga, depa beli dan restore semula.... aku pernah ride dgn abg dia..dah lama la... masa tu abg dia pakai ZZR1100....