CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 1

Islam menyantuni faktor perubahan

[Copy link]
Post time 30-5-2013 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Di samping risalah al- Quran yang amat sejagat sifatnya, tindakan Rasulullah SAW terhadap orangorang Kristian dan Yahudi memberi kesan yang baik untuk beberapa abad selepas itu.
Bila orang-orang Rom menguasai Jerusalem, orang-orang Yahudi dihalau, menyebabkan mereka menjadi pelarian di seluruh pelosok dunia dan membentuk suatu ‘Diaspora Yahudi’.
Orang-orang Kristian Roman mengenakan sekatan mutlak terhadap orang-orang Yahudi. Tetapi bila Umar al Khattab menguasai Jerusalem pada 638 A.D, orang Kristian dan Yahudi dibenarkan untuk tinggal.
Tetapi keadaan yang harmoni itu berakhir apabila penguasaan umat Islam berakhir pada tahun 1099 A.D apabila orang–orang Kristian menguasai semula Jerusalem.
Pada tahun 1187 A.D bila Jerusalem dikuasai semula oleh Khalifah Salahuddin al- Ayyubi keharmonian antara agama muncul semula.
Kerajaan Islam memelihara kebebasan beragama di samping tempat ‘suci’ orang Yahudi dan Kristian.
Toleransi yang menakjubkan itu adalah pancaran ajaran al- Quran yang ditunjukkan oleh para Rasul dan juga sahabatsahabatnya.
Khalifah Umar pada zamannya menyediakan dana dari sumber Perbendaharaan terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian yang tua dan uzur.
Khalifah Umar menyebut, “Kita tidak hanya mengambil jizyah bila mereka kuat dan sihat tetapi membiarkan mereka terbiar semasa tua dan uzur."
Khalifah Umar amat prihatin dengan kebajikan orang-orang bukan Islam yang menjadi warga bagi negara Islam.
Beliau sering menasihatkan kalangan para sahabat supaya menghormati dan memelihara kebajikan orang-orang bukan Islam.
Sewaktu beliau dalam keadaan terbaring kerana terlalu uzur, beliau menasihatkan orang-orang Islam supaya menunjukkan sifat baik hati kepada jiran bukan Islam.
Malah beliau melantik seorang Kristian menjadi Ketua Pengarah Audit.
Asas toleransi yang wujud menunjukkan agama Islam dan di kalangan kepimpinannya sentiasa dianjurkan supaya mempunyai sikap saling menghormati dan memiliki pekerti yang tinggi terhadap orang bukan Islam.
Bukti sejarah menunjukkan ramai orang bukan Islam tertarik untuk kembali kepada agama yang fitrah kerana contoh-contoh yang terbaik ini.
Globalisasi atau proses pembaratan adalah gelombang baru yang membawa dimensi penjajahan bentuk baru.
Penguasaan teknologi tinggi seperti komunikasi dan telekomunikasi khususnya dalam media cetak dan elektronik, faham konsumerisme yang melampau, aliran henonistik yang bercanggah dengan budaya Islam adalah cetusan baru yang boleh mencairkan jati diri umat, mengubah gaya hidup manusia dan menyebabkan faham ekonomi liberal Barat berkembang dengan melakukan hegemoni dan eksploitasi dan menyebabkan kebergantungan umat Islam terhadap mereka menjadi semakin erat.
Kita tidak menolak bahawa dinamisme Islam perlu berlaku dan perubahan adalah sesuatu yang fitrah.
Tetapi faktor pluralisme dalam realiti masyarakat hari ini tidak harus menjadi alasan menjustifikasikan  bahawa semua agama itu adalah benar atau sama, lalu muncul tafsir dan interpretasi baru yang pelik dan mengelirukan.
Dinamisme Islam mengakui kehadiran faktor ruang dan waktu dalam memahami realiti dan kontekstualiti.
Memadai kita  mengakui bahawa perbezaan tetap ada pada setiap agama dan sikap berbeza itu harus dipelihara  dengan bijaksana.
Faham sekular dan liberal juga beri kesan terhadap kepentingan agama dalam kehidupan.

Dialog  tamadun tentunya mencari titiktemu tentang nilai-nilai baik atau interaktif yang boleh dikongsi sebagai asas kemasyarakatan dan perjalanan sistem.
Globalisasi yang sedang menghimpit perlu didepani dengan pendekatan integratif  dalam proses pengilmuan dan pendidikan.
Upaya pemikiran reflektif Qurani sewajarnya menjadi sumber terpenting membangunkan jiwa tadabbur supaya proses integrasi dan Islamisasi ilmu dan pendidikan dapat berjalan dengan bijaksana.
Asas ini kalau dapat dikembangkan dengan terancang bakal menunjuk jalan ke arah pembinaan tamadun yang ummatik dan bermanfaat untuk umat manusia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 10:18 AM | Show all posts
Islam agama yang menggalakkan toleransi... even dalam perperangan pun Islam mendahului 1400 tahun Geneva Convention dalam hak2 kemanusiaan masa perang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.112411 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list