|
pernah terdengar Hadis nabi dekat ch Oasis bahawa kita kena baca Al-Quran sehingga boleh didengari di luar rumah..try2 gooogle x jumpa lak...
Baru2 ni ada terbaca dalam majalah Solusi tentang tarannum nanti saya share kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
tarranum(membaca dengan berlagu) adalah untuk mendapatkan tadbbur
Tarranum bukan matlamat dalam membaca Al-Quran sebaliknya Taddabur...
Mempelajari Tajwid bukan untuk belajar tarannum peringkat tinggi...sebaliknya selepas pandai Tajwid perlulah bercita2 ingin belajar bahasa Al-Quran untuk memahami isi Al-Quran sekaligus dapat mencapai Taddabur
Tarranum yang dimaksudkan oleh nabi Muhammad bukan spt Soba, Hijaz dan lain2 kerana ilmu Tarranum seperti tu berkembang beberapa ratus tahun selepas kemangkatan baginda... Last edited by nobito on 23-6-2013 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind posted on 9-6-2013 06:00 PM 
Nobito
tq so much///memang best,,,
Salam...
Sekadar mencelah di sini
Adik Nobito ni kadangkala bagus jawapannya... memang betul.. Yang mana yang betul kita boleh terima.
Tapi kadangkala jawapannya dalam bab-bab tertentu, sangat mengelirukan... sebab dia mengimani kitab Torah dan Psalms yang ada harini, yang dikatakannya Taurat dan Zabur yang asli, dan ada hukum dari situ diambil dan disesuaikan dengan Islam (Al-Quran dan Hadith)....Walhal kita tak perlu untuk merujuk kitab sebelum-sebelum ni, hanya kewajipan kita beriman kepada kitab-kitab asal yang diturunkan oleh Allah sebelum Al-Quran diturunkan, tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab yang telah mengalami perubahan itu pada masa kini.
Ok, kembali kepada topik perbincangan...
yg mana lebih afdal baca dlm hati ke
atau baca keluarkan suara.
bila baca dalam hati ianya lancar dan baca terus tampa henti.
tapi bila baca bersuara, rasa tercungap dan tidak lancar.
adakahke dua dua diterima atau bagaimana.
Ringkasnya boleh baca dengan mana-mana cara, dari dalam hati atau dengan suara.
Ada beberapa situasi yang boleh dihuraikan.
-Bila baca (melihat mushaf dan baca) dalam hati itu terasa lancar, tapi bila bersuara jadi tidak lancar, ini antara tanda ada kelemahan dalam membaca. Bila baca dalam hati, kelemahan itu telah 'dilenyapkan' oleh suara yang tidak timbul. Maka, untuk memperbaiki bacaan, seeloknya baca dengan suara (tetapi tidak secara kuat). Kalau ada teman/guru/ustaz yang lebih arif, elok baca dengan suara supaya mana-mana kelemahan dapat diperbetulkan.
-Nabi pun buat semakan bacaan dengan Jibril AS, maka dapat disimpulkan cara 'dictation' ini merupakan cara yang terbaik
-Bila sendirian, bagi ayat-ayat yang telah difahal, boleh dipilih untuk baca dalam hati atau dengan bersuara. Ayat yang tidak dihafal, elok dibaca dengan bersuara untuk kita baiki kelemahan bacaan, sehinggalah dihafal atau bacaan bersuara itu sama lancar dengan bacaan dalam hati.
-Bila ada orang lain, jika orang lain bersedia untuk dengar (atau tegur), elok dibaca bersuara. Jika di tempat yang orang tak bersedia untuk dengar (contoh di pasar), lebih afdhal dibaca sekadar diri sendiri dengar.
-Jika kita mempunyai bacaan yang baik, di tempat terbuka seperti di masjid, elakkan baca dengan kuat melainkan suara bacaan bercampur suara bacaan orang lain. Jika hanya bersendirian, tiada masalah
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 24-6-2013 11:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 11-6-2013 12:25 AM 
bukankah
PENGHAYATAN tu
bermaksud
haha
2 minggu baru aku reply
penghayatan .. dengan pejam mata atau tidak, feeling the aura or whatever ...
dan segala macam atau style penghayatan...
Supaya Allah mengesan yang kita benar-benar memahami ayat2Nya?
Supaya dapat pahala dan hidayahNya?
Errrr ok gak kot ... aku tak sangkal
tp kefahaman pada ayat sangat penting kerana itulah
yang membentuk kefahaman kita kepada kepercayaan kepada Allah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 24-6-2013 06:32 PM 
haha
2 minggu baru aku reply
benar
ok tuuuuu
kerna dalam Hadith Nabi:
SETINGGI-TINGI NIKMAT ADALAH KEFAHAMANAN TENTANG AL QURAN
moga dirahmati hendaknya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|