Secarabahasanya boleh diertikansebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripadamakan atau minum untuk suatu jangka masa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segalaperbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalahterbenam matahari.Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu,mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Inikerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran sertabertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akanmenyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. PUASASUNAT (HARI-HARI PUTIH) Islam menganjurkan setiappemeluknya untuk memperbanyak ibadah sunnah, salah satunya adalah puasa putih.Ibadah ini merupakan puasa sunnah yang dilakukan setiap tanggal 13, 14 dan 15setiap bulan. Namun, khusus untuk bulan Dzulhijjah puasa ini hanya bolehdilakukan pada tanggal 14 dan 15. Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih? Diriwayatkanjuga dari Qatadah bin Milhan (ملحان)r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w.memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14dan 15 di mana baginda bersabda; “Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpamaberpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada AbuZarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tigahari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (RiwayatImam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)
Sabda Nabi s.a.w.; “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpamaberpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin‘Amru r.a.). Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; “Temanku (yakni Rasulullah SAW) telahmewasiatkanku dengan tiga perkara; 1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.3. Menunaikansolat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kenapa dinamakan HariPutih? Hari-haritersebut dinamakan sebagai “أيام البيض”(hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah. Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hariyang pertengahan, tidak mengapa. Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kitaberpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yangdimaksudkan puasa pada pertengahan bulan itu adalah hari yang afdhal keranaNabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan lelaki lagi senang berpuasa padahari-hari pertengahan ni. Maka beruntunglah wahai kaum Adam. Rebutlah peluang selagi kita masih bernafas dimuka bumi Allah ini |