CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 7

Dosa Tersebar Dari FB atau BLOG

[Copy link]
Post time 22-5-2013 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Tujuan tulisanini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yangtidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.wtidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh,dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama adamelalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem, iklan, hattaberita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itumelalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangankerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filemadalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jikakeburukan, dosa tentunya.Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluargamempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV,internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenisfilem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan parailmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segalajenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antaraagenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagianpendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yangbiasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat danYahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagiankita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini.Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa (berpelukan, bercium dansebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosakecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu,solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosakecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidaklagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada oranglain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya,mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagaifilem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumidan sebagainya.

Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadapmovie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar ataudokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel,Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelasbercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives',‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' danjutaan lagi filem sepertinya.Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namunsedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itutanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadapfilem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secarapercuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat.Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku,novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook). Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalamfacebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaranBAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' ituMELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuhpengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakiniunsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikitjustifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Denganniat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas,ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
•   ketika sedang minum arak,
•   hadiri parti penuh maksiat,
•   hadiri majlis dosa,
•   sedang berpelukan lelaki wanita
•   atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorangdoktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
dan sebagainya.

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook danblog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosadan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali merekayang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukansuatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu,namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam akulakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah iamembuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (RiwayatAl-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiatsecara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecilatau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabitdengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberihidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atautelah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernahmendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnyajuga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hatiseperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yangtelahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit!tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokritadalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosahanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengaburi mataorang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah diamenyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘AzzawaJalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 danbeliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari danMuslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui olehal-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosaini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujukkepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan. Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kitauntuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterimaadalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohihdisebutkan :-

Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akanmenghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata :Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelakiitu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akanbinasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( daripengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( RiwayatAl-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidakdidedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni.Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan,promosi dan sebegainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layakmendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadapapa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apayang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapunminat, sejauhmana pun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untukmenipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbanggadengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepadaorang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembanganharian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sumber : Ustaz Zaharuddin ( www.zaharuddin.net)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 03:17 PM | Show all posts
Salam....TT...

thanx a lot 4 sharing....
info menarik....mmg bleh relate...
mmg terasa...uhuhuuh

ade bbrape2 soklan nak tanye...
jap lagi...yea..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 07:58 PM | Show all posts
Alhamdullillah. TQ for remining.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 05:29 AM | Show all posts
Abangcute posted on 24-5-2013 07:58 PM
Alhamdullillah. TQ for remining.

aiikkk
pemegang title wali 1st dajjal ni pun leh jawab kaaa

kasi syarahan kat aku dalam youtube je kaaaa
apasal tak disini ajaaa
sembang kot belakang - ni ghibah namanya
dosa jugak tuuu
dah tak tau dosa pahala keee????

pondan lah hang niiiii
camna nak naik jadi DAJJAL


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 01:26 PM | Show all posts
forum cari pun byk dosa hari2 fitnah dan mencaci maki dan memakai gelaran itu ini, utusan metrosek tv3 pun byk dosa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 02:11 PM | Show all posts
ninja boy posted on 25-5-2013 01:26 PM
forum cari pun byk dosa hari2 fitnah dan mencaci maki dan memakai gelaran itu ini, utusan metrosek t ...

pd pdpt manja la kan...
1st of all..kalau nak start ape2...yg baik..
kite kena mula dgn diri sndiri dulu...

we are the ones holding the mouse!!...
we are in control of what we read,what we see and what we do....
tp biase la..manusia..lemah..kadang2 iman kuat..kadang2 iman suam2 kadang2 iman gi holiday....


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2013 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi posted on 25-5-2013 05:29 AM
aiikkk
pemegang title wali 1st dajjal ni pun leh jawab kaaa


Ni refer kat sapa ni..kasi pencerahan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 06:03 PM | Show all posts
mamarayyan2010 posted on 25-5-2013 03:53 PM
Ni refer kat sapa ni..kasi pencerahan..

laaa hang ni
kan aku kata berdepan
atau berbicara dgn orang yg aku sedang bicara

kalau sembang belakang - ghibah/ngumpat (dosa kan)

jadi aku jawab leee....kpd org yg aku nak soal/jawab tuu
takpe kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.326980 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list