View: 9199|Reply: 4
|
He's My 19( novel bersiri melayu)
[Copy link]
|
|
(Prolog)
* * *
Alahai! Hujan lebat pulak!
“Macam mana ni?” getus hatiku. Aku buat keputusan menunggu sekejap..manalah tau hujan reda sikit.
Dah 15 minit aku tunggu. Masih lebat jugak!
Nak tak nak, aku terpaksa berlari anak menuju ke kereta. Sebaik membuka alarm, aku masuk terus ke perut kereta. Kertas-kertas yang tadinya aku tutup pakai handbeg, aku letak terus ke kerusi penumpang belakang.
Enjin kereta aku hidupkan.
“Tunggu 5 minit lah” kataku kecil. Sebenarnya 5 minit tak cukup pun nak panaskan enjin kereta ni. Paling sikit pun patutnya 10 minit ker..tapi, Ah! lantaklah..lagipun aku nak cepat nih! Sejuk dan lapar!
Tengah hari tadi lagi perut ni dah bergendang~
Tiba-tiba...
“Arggghh! Aaa..awak buat apa ni?! Hampir sahaja aku bersilat sekejap!
Apa taknya, budak upper six yang ada dalam kelas tadi tiba-tiba masuk ke dalam kereta aku!
“Awak buat apa dekat sini?” aku ulang lagi pertanyaanku.
“Saya tumpang cikgu boleh? Driver saya tak jadi ambil hari ini..ada hal” Katanya mengukir senyuman terus berpaling kepadaku.
“Boleh tak? Katanya lagi. Tangannya kini membuka cermin mata nerd dia tu.
“Glup! Memang sah dia! Senyumannya, matanya..rambutnya..huhu! Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Ntah kenapa aku boleh jadi gelabah bila berhadapan dengan budak ni.
“Awak baru 19 tahun rupanya” desis hati ku..
“Boleh...”kataku mendatar..
Nak tak nak, aku terpaksa cakap boleh..atas dasar cikgu tolong anak murid kot. Kereta aku gerakkan meninggalkan kawasan sekolah.
“Tak sangka kita jumpa dekat sekolah” tiba-tiba dia memecahkan keheningan antara kami..
Aku cuma senyum mengiyakan..puas aku cuba padamkan ingatan aku tentang hal kelmarin. Tapi dia bangkitkan balik...aduh!
“Mungkin kita kena lupakan hal kelmarin kot” jelasku. Aku lemparkan senyuman tawar. Aku sempat perasan wajahnya tiba-tiba berubah.
“Lepas ni kita buat cara seperti guru dan pelajar” sambungku lagi sambil mataku masih fokus dengan pemanduan.
Lama dia senyap seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Nama awak siapa?” tanya ku tiba-tiba menukar topik perbicaraan.
“Shah” jawabnya mendatar. Ada nada yang sukar aku tafsirkan dari riak mukanya.
“Awak tinggal mana?” tanya ku lagi. Aku cuba kekalkan diri aku sebagai cikgunya.
“Jauh” jawabnya ringkas.
“Dekat mana?”
“Awak jalan jer” Jawabnya lagi. Hilang panggilan cikgunya kepada ku. Aku pelik sangat!
“Aik, awak biar betul?” aku sudah terkebil-kebil memandangnya. Kereta ku perlahankan..aku turunkan gear 4 ke gear 2. Perlahan-lahan aku berhenti ke bahu jalan.
AKU memandang wajah itu. Selamba badak jer..seolah-olah aku tiada di sebelahnya. Aku diam tanpa kata memerhatikan dia. Sebenarnya aku tunggu dia jawab, soal dia tinggal dekat mana!
“Saya lebih suka keadaan kita seperti kelmarin” Katanya on the spot! Wajahnya diangkat lalu memandang aku. Glup! Riak wajahnya sekarang ini nampak sedih. Tapi apa maksud kata-katanya tadi?! Kepala aku ligat bekerja mencerna kata-kata dia..tapi aku keliru.
“Maksud awak?” tanyaku.
“Panggil saya Shah..” arahnya.
“Ok..ok, maksud Shah?” ulangku lagi.
“Saya tak nak lupakan hal kelmarin..first impression saya terhadap awak adalah you're someone special for me!”
“Glup!” Aku seolah-olah dah dapat tangkap apa yang dimaksudkannya..
“Kawal perasaan awak tu! Pintaku. Aku dah tidak tahan menerima kata-katanya. Bukan aku tidak suka, tapi jantung aku rasa nak terkeluar sekarang ni! Aku sendiri sedang berjuang dengan gelojak perasaan. Huhuh
“Please stop it!” tanganku seraya menutup kedua-dua telingaku. Aku pejamkan mata.
“Jom kita gerak” ujarku. Aku masukkan gear 1 lalu bergerak. Aku putuskan untuk berdiam diri.
Dia seperti tidak berpuas hati dengan kata-kata aku. Sebab aku dapat agak dari riak mukanya..
“Awak..awak pelajar saya..awak tak boleh suka saya” Kataku bila aku sudah mula cool down...
tapi rasa nak gugur jantung ini bila bercakap mengenai hal itu.
“Kenapa? Adakah haram saya suka awak? Kalau haram, macam mana nak halalkan?” Tanyanya lagi.
'Daring sangat budak ni bercakap pasal halal haram'..getus hatiku. Tapi sungguh! Aku betul-betul terkejut dengan kata-kata dia. Seolah-olah sudah berumur 30an tiap kali bersuara.
“Err...” Aku kehabisan kata. Dia pula sudah tersenyum nakal..
“Nikah kan?” ujarnya menguntum senyuman lebar.
Aku menjegilkan mata sekilas memandang dia disebelahku. Dia perasan tak, dia ni tengah bercakap dengan siapa sekarang?!
“Shah, saya minta sangat. Kita stop pasal ni..dah jauh kita jalan ni..tolong beritahu cikgu mana rumah awak.
“Ika..” tuturnya.
“Aduh! Tak apa, sabar..agaknya iman dia demam hari ini” bisikku.
“Syafikah” cantik nama tu tuturnya lagi..
Nampak senyuman lebar pelajar sekolah yang ada disebelahku sekarang ni..
Sepanjang perjalanan kami, aku pekakkan telinga. Malas nak layan! Sebab lagi banyak aku cakap lagi banyak yang keluar dari mulut tiada insurannya tu.
Akhirnya dia menunjukkan arah rumahnya. Sampai saja depan pintu get, aku berhenti. Dia turun..kata-kata terakhirnya yang aku sempat tangkap “Ingat aku dalam doamu!” Glup!
____________________________________
thank you! sebenarnya ini percubaan pertama kot. Masih merangka-rangka lagi dalam bidang penulisan ^_^..minta maaf lah kalau ada sesetengah penggunaan bahasa yang tidak sesuai. Last edited by syauqah on 30-4-2013 03:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-8-2021 11:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
misssakura replied at 1-5-2013 12:20 AM
best! sila smbung manyak2 ckit..
cikgu ni umur brape syauqah? senang nk bayang jap g.
Hehe lama tak jenguk sini. 23.
Boleh baca next chapter dekat blog sy ya http://syauqah143.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Aku betul-betul terkejut dengan kata-kata dia |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang berlaku kelmarin? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|