CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 0

[CARI Info Kioks]ETCM dengan MyTeksi untuk menawarkan perjalanan percuma

[Copy link]
Post time 23-4-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode
















ETCM bekerjasama dengan MyTeksi untuk menawarkan perjalanan percuma di dalam kereta elektrik
sepenuhnya Nissan LEAF sempena Hari Bumi!


Kuala Lumpur, 22 April 2013 – Sempena sambutan Hari Bumi, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) akan bekerjasama dengan MyTeksi Sdn. Bhd. (MyTeksi) untuk membuktikan komitmen mereka terhadap alam sekitar dan pengangkutan mapan. Sejumlah Nissan LEAF akan dipandu sekitar Lembah Klang dan menawarkan perjalanan percuma kepada pelanggan yang menempah teksi mereka menerusi MyTeksi, rangkaian tempahan teksi terbesar di Malaysia.

Kolaborasi ini adalah sebahagian daripada usaha ETCM untuk membantu mempromosi serta meningkatkan kesedaran mengenai kenderaan elektrik sebagai satu pilihan bagi pengangkutan yang mapan. Nissan LEAF merupakan contoh terbaik tentang sebuah kereta yang mampu memberikan keseronokan pemanduan tanpa kompromi, pada masa sama sifar emisi.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato' David Chen berkata, “Kempen ini direka untuk memberikan peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menaiki kenderaan 100 peratus elektrik dengan cara merungkai apa jua kebimbangan mengenai kereta elektrik. Selain menyerlahkan pelbagai manfaat sebuah kereta elektrik.”   

“Dengan menawarkan perjalanan teksi percuma, kami mahu menunjukkan betapa praktikal, mampu milik dan selesanya Nissan LEAF kami dalam usaha menyumbang kepada alam sekitar yang sifar emisi,” tambahnya.  
Perjalanan percuma akan diberikan kepada para pelanggan menerusi dua saluran berbeza. Perkhidmatan ulang-alik di kawasan terpilih dan melalui Aplikasi MyTeksi pada Hari Bumi. Perkhidmatan ulang-alik akan merangkumi kawasan-kawasan popular di Subang Jaya dan Sunway. Para pelanggan perlu mencari Nissan LEAF di lokasi-lokasi ini untuk membolehkan mereka dihantar secara percuma ke destinasi pilihan dalam kawasan ulang-alik berkenaan.

Penumpang-penumpang bertuah yang terpilih melalui tempahan Aplikasi MyTeksi juga berpeluang menaiki Nissan LEAF secara percuma di sekitar Lembah Klang.

“Kami teruja untuk menawarkan perjalanan percuma dengan Nissan LEAF kepada para penumpang. Kami berharap dapat melihat lebih banyak Nissan LEAF dijadikan sebagai pilihan perkhidmatan teksi pada masa akan datang. Nissan LEAF menawarkan sifar emisi, sekali gus kos lebih rendah untuk pelanggan berbanding kereta yang menggunakan bahan api,” kata Ketua Produk dan Pemasaran MyTeksi, Aaron Gill.

ETCM juga akan melancarkan satu peraduan Twitter dikenali sebagai ‘Spot, Tweet and Win’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai perjalanan percuma MyTeksi dengan Nissan LEAF. Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 22 – 23 April 2013. Orang ramai boleh mengambil bahagian dengan cara mengikuti tiga langkah mudah untuk layak menyertai peraduan ini.

Pertama, para pelanggan perlu mengikuti @NissanMalaysia di Twitter, cari dan rakam foto Nissan LEAF, sebelum tweet gambar tersebut bersama tagline peraduan iaitu “Cari #LEAF dan menang daripada @NissanMalaysia @MyTeksi #EarthDay2013 kempen perjalanan percuma” (Spot a #LEAF and win from @NissanMalaysia @MyTeksi #EarthDay2013 free ride campaign) kepada @NissanMalaysia. Penyertaan-penyertaan akan dipilih secara rawak. 20 pemenang bakal menerima satu maniatur Nissan LEAF yang eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Nissan di www.nissan.com.my

Last edited by CariReporter on 23-4-2013 12:24 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.090053 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list