CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: True-X

BUKTI QURAN ITU BENAR AYAT DARI ALLAH

[Copy link]
 Author| Post time 19-4-2013 12:40 AM | Show all posts
... dan alquran itu lengkap kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 12:59 AM | Show all posts
True-X posted on 19-4-2013 12:40 AM
... dan alquran itu lengkap kan?

Iya benar ... Al Quran itu lengkap... bole di gunakan hingga ke satu masa yang di tetapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam..thank for all notes..

Disini ade satu artikel.. pros and cos komen r welkome... tq
Al-Qur'an - soalan, keraguan
& benci kerana tidak kenal


Allah berfirman, "Orang-orang tidak percaya berkata, 'Jangan dengarkan Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan,'" (41:26).

Orang-orang tidak percaya (kafir) di situ adalah mereka yang tidak percaya kepada al-Qur'an, atau ayat-ayat-Nya, setelah ditemukan dengannya. Contoh ayat atau ayat-ayat yang kerap tidak dipercayai ialah yang menyatakan al-Qur'an itu lengkap (6:38, 12:111 dan 16:89).

Kemudian mereka menghasut orang lain supaya tidak mendengarkan al-Qur'an dan untuk kalahkan hujah-hujah mengenainya, yang dikemukakan oleh orang-orang yang percaya, mereka menganjurkan percakapan yang sia-sia pula. Seperti soalan-soalan yang mereka fikir mampu untuk meyakinkan orang lain bahawa al-Qur'an itu tidak lengkap untuk menjadi petunjuk dalam agama.

Dalam usaha tersebut, kadang-kadang orang yang menyoal akan mendedahkan keraguan atau kejahilannya terhadap al-Qur'an dengan tanpa disedar. Serupa yang didapati dalam kandungan soalan-soalan berikut yang telah dikirim oleh salah seorang daripada mereka yang dimaksudkan, berbunyi:

...... how do you Quran is the word of Allah ? Who told you ? Why do you believe the person who told you ? How do you know if he did not lie to you ?
How do you know it was revealed to Rasullah SAW ? How does Quran descended from Rasulallah SAW until you recieved it ? How do you know it is authentic ? You may refer to verse that mentioned Allah SWT will protect Quran from such disturbance. But how do you know the verse from Allah, who tell you. May be another lier isn't it ?
What is the first surah revealed ? How do you it is the first surah ? How told you ? Why do you believe him ?
How was it revealed, Jibril (Malaikat) ? Who told you it is not written in Quran ?

Gaya dan bahasa yang diguna oleh penyoal kelihatan lintang-pukang dan kasar. Justeru, terjemahannya pun ditulis semacamnya:

...... bagaimana kamu Quran adalah kata Allah ? Siapa beri tahu kamu ? Kenapa kamu percaya orang yang beritahu kamu ? Bagaimana kamu tahu dia tidak berdusta kepada kamu ?
Bagaimana kamu tahu ia diwahyu kepada Rasullah SAW ? Bagaimana Quran diturunkan daripada Rasulallah SAW hingga kamu menerimanya ? Bagaimana kamu tahu ia sahih ? Kamu boleh rujuk ayat yang menyatakan Allah SWT akan melindungi Quran daripada gangguan seumpamanya. Tapi bagaimana kamu tahu ayat itu daripada Allah, siapa beri tahu kamu. Mungkin seorang lagi pendusta bukan ?
Apakah surah yang pertama diwahyukan ? Bagaimana kamu tahu ia adalah surah yang pertama ? Bagaimana beri tahu kamu ? Kenapa kamu percaya kepadanya ?
Bagaimana ia diwahyukan, Jibril (Malaikat) ? Siapa beri tahu kamu ia tidak ditulis di dalam Quran ?

Soalan-soalan di atas boleh dianggap sia-sia belaka kerana penyoalnya orang Islam dan sasarannya juga orang Islam, melainkan dia menganggap sasarannya orang Islam yang jahil. Apapun motifnya, ia tidak dibincangkan di sini, kerana ingin terus menjawab soalan-soalannya yang agak menarik juga walaupun mampu untuk mengelirukan orang lain yang tidak tahu al-Qur'an itu sempurna.

Soalan dan jawapan disenaraikan di bawah ini:


bagaimana kamu Quran adalah kata Allah ?

Pertama, percayakah adanya Tuhan? Sekiranya tidak percaya, maka tidak perlu bertanya tentang al-Qur'an kerana ia sebuah Kitab petunjuk yang wajib diikuti oleh manusia yang percaya adanya Tuhan.

Kemudian, manusia yang belum yakin tentu akan minta bukti atas kepercayaan al-Qur'an itu kata-kata-Nya.

Bukti yang diminta terdapat di dalam Kitab itu sendiri. Umpamanya, pada ilmu yang terkandung di dalamnya yang tidak mampu ditampil dan dijelaskan oleh manusia tatkala al-Qur'an mula jadi buah mulut mereka lebih 1,400 tahun dahulu. Lantas, yang menampilkannya adalah tidak lain hanya Allah sahaja, sekali gus buktikan al-Qur'an itu adalah kata-kata-Nya. Contoh ilmu yang dimaksudkan terdapat di ruangan Penemuan laman web ini.

Firman Allah:

"Katakanlah, 'Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain.'" (17:88)

(Sila rujuk artikel The New Scientific Case for God dan Scientific Revelation di mana bukti-bukti kewujudan Tuhan dan al-Qur'an itu daripada-Nya dibentang dengan banyak. Terima kasih.)

Siapa beri tahu kamu ?

Sejak dari kecil lagi, ramai orang termasuk guru agama, telah beritahu penulis bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Allah. Dan juga melalui bacaan pelbagai bahan. Begitulah Allah beritahu atau ajar hamba-hamba-Nya, yakni melalui manusia juga. Kerana Dia tidak turun ke bumi untuk mengajar manusia.

Setelah membaca al-Qur'an, dan yakin ia datang dari sisi Tuhan, Dia pula yang beritahu melalui beberapa ayat-Nya. Satu daripadanya berbunyi:

"Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam." (10:37)

Dengan pemberitahuan daripada Allah, al-Qur'an jadi lebih digerun dan diyakini lagi untuk ditaati, tanpa sebarang keraguan.

Kenapa kamu percaya orang yang beritahu kamu ?

Baru dijelaskan iaitu bukan orang yang beritahu akhirnya, tetapi Tuhan sendiri, melalui Kitab-Nya. Mengapa pula harus tidak percayai-Nya? Bukankah kepada-Nya kita dikembalikan?

Atau, kalau manusialah yang beritahu, dan dia tunjukkan bukti-bukti sama yang telah dijelaskan, mengapa pula enggan percayainya?

Bagaimana kamu tahu kalau dia tidak berdusta kepada kamu ?

Tuhan berdusta?

Tidak, orang yang datang dengan bukti yang jelas dan kukuh bukan seorang pendusta. Jangan pula melihat pada rupa orang itu untuk mengatakan dia pendusta. Kerana ada, kalau tidak ramai, daripada mereka yang "berwajah Islam" didapati berdusta mengenai Allah dan agama-Nya.

Bagaimana kamu tahu ia diwahyu kepada Rasullah SAW ?

Tuhan yang beritahu. Antara firman-Nya yang banyak mengenainya adalah yang berikut:

"Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka." (47:2)

Kalau apa yang tersembunyi selama 1,400 tahun di dalam al-Qur'an itu didapati benar, mengapa pula tidak mahu membenarkan ayat di atas mengenai Nabi Muhammad sebagai orang yang telah diwahyukan Tuhan.

Sebenarnya, baginda telah "dikenali" sebelum al-Qur'an diturunkan, sejak penurunan kitab Taurat dan Injil lagi, yang di dalamnya menyebut mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab. Sila lihat ayat ini:

"Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil," (7:157).

(Untuk penjelasan lanjut mengenai kalimat ummiy yang turut bermaksud orang Arab, sila rujuk bahagian pertama artikel Nabi pandai membaca, menulis. Terima kasih.)

Dan, setelah al-Qur'an mula diturunkan hingga ke hari ini, tiada nama lain yang disebut oleh manusia, baik yang Islam mahupun yang bukan Islam, melainkan Muhammad sahaja sebagai orang yang bertanggungjawab atas al-Qur'an dan Islam.


Bagaimana Quran diturunkan daripada Rasulallah SAW hingga kamu menerimanya ?

Menerusi proses percetakan, yang merupakan satu rahmat daripada Tuhan!

Seperti yang dimaklumkan di dalam artikel Nabi pandai menulis, membaca, atau ayat 29:48, baginda telah menulis al-Qur'an. Selepas itu ia ditulis oleh para jurutulis (80:15). Kemudian, setelah kegiatan mencetak buku meluas di dunia, ia dicetak pula lalu bilangan naskahnya bertambah banyak untuk disampaikan ke seluruh dunia (atas kehendak-Nya).

Selain menerima cetakan al-Qur'an dari luar negeri, penduduk Malaysia, termasuk penulis, bernasib baik kerana dapat membaca al-Qur'an yang dicetak di dalam negeri. Itu juga satu rahmat daripada Tuhan.


Bagaimana kamu tahu ia sahih ? Kamu boleh rujuk ayat yang menyatakan Allah SWT akan melindungi Quran daripada gangguan sepertinya. Tapi bagaimana kamu tahu ayat itu daripada Allah, siapa beri tahu kamu. Mungkin seorang lagi pendusta bukan ?

Sejak dari dulu, penulis telah mendengar orang berkata atau membaca akhbar mengenai sesebuah terbitan baru al-Qur'an yang mengandungi kesilapan. Contoh, beberapa ayatnya didapati "hilang". Lalu umat Islam membetulkan kesilapan yang dikesan. Itu satu cara Tuhan memelihara mesejnya, dengan media massa, yang merupakan satu lagi rahmat daripada-Nya.

Juga, kerana al-Qur'an telah ditulis sejak zaman Nabi Muhammad lagi maka naskah-naskah lama telah disimpan dan jadi rujukan apabila timbul keraguan mengenai kandungannya. Proses itu berterusan hingga ke hari ini.

Ingin dinyatakan di sini iaitu penjelasan bagi naskah al-Qur'an yang pertama tidak dapat dibuat dengan lebih lanjut. Apa yang terjadi padanya tidak diketahui dengan pasti, melainkan melalui cerita orang sahaja, yang mengkhabarkan ia telah dimusnah dalam peperangan Hasan-Husin (cucu Nabi).

Malah, Allah tidak berjanji untuk memelihara buku (kertas dan dakwat), yang membentuk al-Qur'an, akan tetapi Dia berjanji untuk memelihara Peringatan atau Mesej-Nya sahaja menurut ayat di bawah. Mungkin ada hikmah-Nya mengapa Dia tidak memelihara buku tersebut.

Firman Allah:

"Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya." (15:9)

Sehubungan itu, amalan menghafal al-Qur'an ada disebut di dalam al-Qur'an. Amalan yang dilakukan sejak dari zaman dahulu lagi turut dapat memelihara kesahihan kandungan al-Qur'an. Amalan menghafal al-Qur'an tersurat di dalam ayat ini:

"Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim." (29:49)

Dengan cara-cara itulah Allah memelihara Mesej-Nya.

Sekali lagi, penyoal menyebut mengenai pendusta. Mungkinkah ayat 15:9 tadi telah ditulis oleh pendusta? Maksudnya, "Kami" di situ pendusta!


Apakah surah yang pertama diwahyukan ? Bagaimana kamu tahu ia adalah surah yang pertama ? Bagaimana beri tahu kamu ? Kenapa kamu percaya kepadanya ?

Firman Allah,

"Atas Kamilah untuk mengumpulkannya," (75:17).

Ayat tersebut menjelaskan bahawa al-Qur'an yang dibaca pada hari ini - bermula dari surah Al-Fatihah hingga ke surah terakhir, An-Nas - adalah dikumpul atau disusun oleh Tuhan sendiri.

Tambahan pula, Dia juga yang telah membahagi-bahagi kandungan al-Qur'an (kepada surah) untuk senang disampaikan kepada manusia dengan berjarak-jarak. Firman-Nya:

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak" (17:106)

Oleh yang demikian, penulis percaya surah Al-Fatihah (Pembukaan) adalah yang pertama diwahyukan kepada Nabi Muhammad.

Mengenai surah Iqra' (Bacalah), yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai surah yang pertama diwahyukan, penulis berpendapat mungkin itulah surah yang pertama disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada orang ramai, untuk menyuruh mereka membaca al-Qur'an yang baru diterimanya. Hari ini pun sama. Untuk menyuruh orang ramai ikut ajaran Tuhan maka yang pertama disuruh ialah membaca Kitab-Nya.

Walau bagaimanapun, soalan itu tidak akan ditanya di akhirat kerana tidak penting. Apa yang penting dan akan ditanya adalah sama ada umat sudah mentaati kandungan al-Qur'an, atau tidak. Firman-Nya:

"Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya" (43:44).

Lagi penyoal bertanya mengenai kesahihan orang yang beritahu! Nampaknya, kehidupannya penuh dengan keraguan dan kegelisahan.


Bagaimana ia diwahyukan, Jibril (Malaikat) ? Siapa beri tahu kamu ia tidak dicatat di dalam Quran ?

Soalan terakhir mengesahkan yang menyoal benar-benar tidak membaca al-Qur'an. Tidak mungkin sesuatu yang penting seperti itu telah dilupakan Tuhan. Sila lihat ayat-ayat berikut:

"Katakanlah, 'Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.'" (2:97)

"Katakanlah, 'Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim.'" (16:102)

Sekiranya dia sudah membaca al-Qur'an dengan memahaminya tentu dia tidak datangkan soalan tersebut.

Mungkin tidak salah untuk sangka soalan-soalan di atas telah diaju kerana benci kepada orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an, dan seruan kepada ayat-ayat-Nya. Kedua-dua kebencian itu disebut di dalam ayat 40:10. Dan, mungkin tidak salah juga untuk menyimpulkan bahawa penyoal benci mereka kerana tidak kenal al-Qur'an, serta enggan menerima kebenaran dengan fikiran terbuka, dan menganggap orang lain semuanya berdusta melainkan orang-orang yang dipuja atau disembahnya sahaja.

***************************
Pros and cons komen r welkome. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
True-X posted on 10-11-2013 06:43 PM
Salam..thank for all notes..

Disini ade satu artikel.. pros and cos komen r welkome... tq

wow, panjangnyer... syukur kpdNya kerana menghantar anda utk menjelaskan sesuatu yg paling kompleks. saya share sedikit mutiara nasihat utk dijadikan pedoman utk menghadapi manusia jenis ini.
cuba ringkaskan penerangan sambil bertanya mengenai umur manusia. pastinya golongan ini terkedu dgn soalan yg sengaja ditanya.
cuba menahan diri dari marah sambil senyum mendengar soalan yg diberikan. rujuk terus Alquran kerana semua jawapan ada di dlmnya. method mengkaji soalan yg ditanya oleh mereka2 ini sambil mendapatkan jawpan dari Alquran antara kaedah terbaik utk menghadapi soalan2 ini.
utk hikmah pelajaran, jgn hukumkan sesuatu yg menyebabkan mrk menjauhi anda, sebaliknya berikan perumpamaan yg terdpt di dlm Alquran atau pengalaman dari apa yg dimaksudkan di dlm Alquran.
ini sekadar saranan utk penambahbaikkan kaedah menghadapi golongan ini dimasa hadapan. yg penting, jgn marah ketika menjawab sambil bertanya soalan.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tugas kita menjelaskan dan bertanya dgn penuh hikmah kerana Allah utk zaman ini. mempertahankan agama shj tidak mencukupi jika tidak mengcounter apa yg mereka dlfahami utk mendptkan penjelasan. soalan2 itu semuanya ada di dlm Alquran jika mahu membimbing org2 kembali kejalan yg Dia redhai Last edited by RaptorMan on 10-11-2013 08:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2013 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
RaptorMan posted on 10-11-2013 08:41 PM
wow, panjangnyer... syukur kpdNya kerana menghantar anda utk menjelaskan sesuatu yg paling komplek ...

Salam raptor..

artikel tersebut bukan dari saya...saya just share disini for further komen

Thank u for additional notes..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 08:43 AM | Show all posts
Bagi orang-orang bukan Islam dan orang-orang yang Islam tapi belum beriman maka mereka akan menolak al-Quran sebagai ayat-ayat dari Allah kerana mereka tiada hidayah Allah. Kita hanya boleh beri penerangan tentang ilmu Islam melalui al-Quran sebaik mungkin, kalau mereka nak tahu. Jika mereka bertanya merujuk pada bidang Sains, maka kita jawab gunakan sains, jika mereka tanya dalam bidang sejarah maka kita jawab dari bidang sejarah... begitulah lain-lain bidang yang lain. Sebab itu teras utama dalam Islam adalah BELAJAR. Sesudah belajar maka adalah perlu melaksanakan apa-apa yang patut.... Jika Allah berkehendak dan mengizinkan maka diberikan Nya hidayah kepada mereka itu dan jika tidak diberikan hidayah maka itu adalah urusan Allah.. kita reda dan syukur kepada Allah kerana diberikan Nya kita menjadi hamba Nya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
org yg berusaha mencari kebenaranNya pasti memperolehi hidayahnya jika Dia izinkanNya. tidaklah pula Allah swt mensia2kan amalan si pencari kebenaran selagi mana terdapat maksud memandang diri hanyalah hamba Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 08:58 PM | Show all posts
RaptorMan posted on 10-11-2013 08:47 PM
tugas kita menjelaskan dan bertanya dgn penuh hikmah kerana Allah utk zaman ini. mempertahankan agam ...

semua tu ada leee
cuma
yg tenaga diri tuu
yg hang dok war war kan tu
tak de kannnnn
hang reka2 je kan


TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN DARI ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:20 PM | Show all posts
RaptorMan posted on 11-11-2013 11:55 AM
org yg berusaha mencari kebenaranNya pasti memperolehi hidayahnya jika Dia izinkanNya. tidaklah pula ...

benar, yakinlah yang ini......

orang yang mencari dgn rendah diri dan berharap.....

Allah akan bagi...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:55 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 17-4-2013 02:26 PM
diingatkan juga bahawa

Al Quran itu benar dan ia Kalamullah dan boleh berdiri sendiri segala fak ...
Al Quran itu benar dan ia Kalamullah dan boleh berdiri sendiri segala fakta dan tidak memerlukan pembuktian SAINS untuk menentukan kebenarannya

Betul³...

Tiada yg bole refute.



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 11:30 AM | Show all posts
salam.. aku terbaca pasal ayat Al haqqa , Sumone bgtau aku ayat ni menunjukkan Allah telah bersumpah bahawa quran itu adalah dari Allah sendiri kepada Rasul... bukan rekaan.. puisi dan sebagainyer

soo BAGAIMANA NAK BUKTIKAN BAHAWA QURAN ITU BENAR?

any other eksplenesen other than " aku seorg muslim.. aku kene percaya quran itu benar... kalau tak percaya maknenyer aku ni susah hilang akidah"

thank you in advance for sharing ur view/opinion



Wassalam,

Terima kasih kerana bertanya.  

Diri aku sendiri, sejak dari dulu lagi dah diajarkan untuk mempercayai Quran itu dari Allah.  Tapi aku sendiri pun susah nak buktikan itu.  Tapi aku yakin dengan apa yang telah diajarkan.  Walaupun macam tu, itu bukan alasan untuk tak mencari jawapan.

Kalau dibaca tafsiran, sebenarnya, nilai syair dan puisi dalam surah al-haqqah tu telah luput.  Ia jadi sat perkataan perkataan manusia yang digunakan untuk memberitahu kita apa yang Allah wahyukan.  Itu lah sebabnya, Al-Quran itu Allah pelihara kekal dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Quran yang diwahyukan.

Kita boleh mulakan dengan semak balik sejarah semamsa Umar Al-Khattab pergi ke Kaabah dan duduk belakang Nabi s.a.w. yang masa tu membaca surah Al-Haqqah.  

Dari mula surah tu setiap ayat berakhir dengan sukukata "ah".  Kemudian bertukar selepas ayat 30-32 ke sukukata "uh".  Selpas tu berselang seli sukukata "im" dan "un".  Ini baru bab sukukata.  Yang lain-lain tu mungkin pakar syair arab boleh jelaskan.

Selepas ayat 39, Umar Al-Khattab berkata dalam hatinya, "demi Allah bahawa Muhammad ini merupakan seorang penyair sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai."

Sambungan surah Al-Haqqah pada ayat 4o-41 seolah-olah membidas kata hati Umar Al-Khattab:
"Bahawa sesungguhnya al-Quran ialah wahyu daripada Kami yang disampaikan oleh seorang Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-Quran itu perkataan seorang penyair tetapi sayang amatlah sedikit kamu beriman".

Bila dengar Ayak ke 40 tu Umar terkejut lalu dia menganggap  Nabi s.a.w. seorang pawang.  Kemudian Nabi s.a.w. sambung ayat 42-43
"Dan juga bukanlah al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan). Tetapi sayang amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.  (Al-Quran itu) diturunkan Allah, tuhan sekalian alam."

Umar terkejut lagi sebab hairan macamana Nabi s.a.w. boleh dengar Umar bercakap dalam hati....  tentu lah dari Allah.

Itulah antara riwayat-riwayat kisah macamana Umar Al-Khattab mula mendapat hidayah walaupun masuk Islamnya bukan lepas dengar surah berkenaan.  Riwayat penuhnya dari Ibnu Masud dan Anas.  Juga dari Ibnu Umar.

Dari kisah Umar Al-Khattab ni lah, selalu akan dikatakan bahwa Al-Haqqah itu membuktikan bahawa Al-Quran itu dari Allah.  Bagi kita yang beradatkan Nusantara tentu susah nak berhujahnya sebab boleh kata kita semua ni jahil bahasa dan sastera arab.  Tapi bukan itu jadi alasannya.  Kalau seseorang tu benar benar nak, tak ada alasan yang nak kata tak boleh atau susah nak belajar.


Last edited by ibnur on 15-11-2013 11:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 08:56 PM | Show all posts
Bismillahirahmannirahim.

Al-Quran itu adalah suatu mukjizat. Kalamullah.

Pertama-tama Al-Quran itu adalah Bismillahirahmannirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih). Terkandung didalam setiap surah kecuali surah At-taubah.

Pertama-tama wahyu itu adalah Iqraqbismirabikalazikholaq (Bacalah, dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan Sekalian Makhluk)(Al-Alaq-1). Dan ayat kedua bermaksud, ia menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku. Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah (AR-RAHMAN). (Al-Alaq:2~3)

Pertama-tama Surah Al-Quran itu adalah Al-Fatihah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Semesta Alam.
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.

Engkaulah SAHAJA (Ya Allah) yang aku SEMBAH dan kepada Engkau SAHAJA aku MEMOHON PERTOLONGAN.
Tunjukilah aku kejalan yang lurus.
Iaitu jalan-jalan orang telah engkau anugerah nikmat kepada mereka. Dan bukanlah jalan-jalan mereka yang telah engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Pesanan : Hidayah itu ditangan Allah, tiada manusia yang berhak menentukannya.
Pengajaran : Pakcik Nabi pun tak dapat hidayah.

Pesanan : Tiada apa yang perlu dibuktikan kepada makhluk. Cuma buktikan betapa cinta nya kamu kepada Tuhan dan KekasihNya.
Pengajaran : 1.Senjata Paling Mustajab bagi seorang mukmin = doa.
2. Doa yang paling mustajab adalah doa pada waktu 1/3  malam (3am~4am) ketika hujan.
3. Dan sentiasa berfikiran positif.
Last edited by shahizul on 16-11-2013 09:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 09:31 PM | Show all posts
ibnur posted on 15-11-2013 11:30 AM


Wassalam,

Suatu cerita yang menarik! Terima kasih kerana berkongsi

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
shahizul posted on 16-11-2013 08:56 PM
Bismillahirahmannirahim.

Al-Quran itu adalah suatu mukjizat. Kalamullah.

Oh itu bukti yang baik dan surah al alaq yg juga highlight quran itu dari Allah dan diturunksn kepada Nabi Muhammd saw.

Good point akhi Ibnur, good rebuttal. Haha brilliant.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shahizul posted on 16-11-2013 08:56 PM
Bismillahirahmannirahim.

Al-Quran itu adalah suatu mukjizat. Kalamullah.

Yup.saya duk kandungan posting anda. Tak ada apa yg perlu dibuktikan sebab al wuran itu mukjizat makhnawi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2013 08:31 AM | Show all posts
Bismillahirahmannirahim.

Bila berkata tentang Al-Quran, ia adalah berkaitan dengan iman. Bila berkata tentang iman, ia adalah perkara ghaib. Maka pertama-tama didalam rukun iman adalah beriman kepada Allah. Maka juga, jika ingin bertanya tentang soalan seperti, Bagaimana untuk membuktikan Al-Quran itu benar?; jawapannya Ajukan soalan kepada Yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Melihat dengan mendirikan solat sunat 2 rakaat. inshaAllah mendapat petunjuk dan hidayah daripada-Nya tentang bagaimana untuk membuktikan bahawa Al-Quran itu adalah benar.

Seorang makhluk tidak bisa membuktikan-Nya walaupun dengan keluasan ilmu didalam akal fikiran-Nya. Kerana dia tahu, bahawa yang Sesungguhnya adalah Wallahualam (Hanya Allah Yang Mengetahui HakikatNya)


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 08:32 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 16-11-2013 11:23 PM
Yup.saya duk kandungan posting anda. Tak ada apa yg perlu dibuktikan sebab al wuran itu mukjizat m ...

Semoga kita sama-sama dapat keberkatan rahmat ke jalan yang lurus dengan ia.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 08:47 AM | Show all posts
iman itu pemberian Allah. Allah berikan kpd sesiapa yg DIA kehendaki.  bapa saudara kesayangan Nabi pun tak dpt iman tu walaupun Nabi sgt sayangkan pak sedara baginda. sbb Allah tak bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 12:21 PM | Show all posts
terima kasih semua

kena tanamkan azam utk belajar bahasa arab utk lebih memahami alquran
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list