|
Sebenarnya, fitrah kejadian mendidik itu pada PENGLIHATAN (apa yang diperhatikan). Ketetapan Allah dalam berhukum itu apa yang perlu diri kita DENGAR untuk DITAATI sahaja. Berhukum adalah tindakan SESUDAH membuat keputusan. Akan tetapi majoriti manusia LALAI dari peringatan yang datang dariNya sambil menjadi orang-orang yang hilang akal/dirasuk disebabkan oleh keadaan yang sedang berlaku TANPA disedari kerana hukum tanpa ilmuNya itu melewati akal fikiran manusia itu sendiri.
Mendidik dan menghukum perlu dinyatakan contoh. Antara contohnya adalah membaca apa yang saya tulis itulah yang diertikan mendidik. Bila kita membaca buku undang-undang sebagai contoh, itu sekadar mendidik diri kita untuk mengetahui apa yang kita tidak ketahui berdasarkan kepada akal dan pemahamannya melalui hati. Praktikalnya, bila kita menghadapi sesuatu keadaan (mendengar kes undang-undang sebagai contoh), maka akal dan hati akan bersama-sama menyatakan sesuatu berdasarkan kepada apa yang kita fahami.
Majoriti umat Islam hari ini melihat dan berhukum tanpa mendengar dengan baik (tidak memikirkan kesan dari tindakan yang dilakukan sekiranya menyalahi Al-Quran dan Sunnah). Inilah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh hati yang kerap bersangka-sangka sehingga dicampakkan penyakit WAHAN olehNya.
Lihatlah diri kita, kenapa agaknya Allah SWT mencipta 2 telinga, 2 mata, 2 tangan, 2 kali dan boleh dikatakan majoriti berpasang-pasangan melainkan terdapat perkara yang bukan berpasang-pasangan? Tidakkah ini membuktikan Allah mendidik manusia untuk mendidik dan berhukum dengan apa yang diberikan olehNya?
Lisan adalah penentu kepada tindakan hukum yang kita nyataan samaada menyatakan perkara baik ataupun sebaliknya. Tatkala saya menaip di dalam forum, TIDAK LAYAK mana-mana manusia menyatakan hukum kerana apa yang saya nyatakan itu sekadar menggunakan anggota yang berpasang-pasangan (mata, tangan, jari, otak). Cukuplah diri sendiri bersangka baik dengan menyatakan ITULAH YANG DIMAKSUDKAN DIDIKAN dan bukan HUKUMAN.
Orang yang mengenali Allah merupakan orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNya. Inilah yang dimaksudkan kefahaman diri seseorang yang beriman dan bertaqwa dalam menyatakan didikan dan hukum. Sesungguhnya diri saya TIADA KEKHUATIRAN menyatakan mana-mana ilmu ketika berforum kerana saya memahami apa yang dimaksudkan didikan dan hukum dalam erti kata KESEMPURNAAN yang berkait rapat pada akal dan hati. Semoga Allah berserta mereka-mereka yang beriman dan bertaqwa.
Wallah Hualam.
Last edited by Abangcute on 20-4-2013 10:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|