CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 0

[CARI Info Kioks]ETCM Beri Hadiah Kepada 10 Pelajar Universiti UCSI

[Copy link]
Post time 28-3-2013 12:44 PM | Show all posts |Read mode

















ETCM Beri Hadiah Kepada 10 Pelajar Universiti UCSI
Atas Pos Kreatif Nissan LEAF di Laman Facebook


Kuala Lumpur, 27 Mac 2013: Kesungguhan dan minat terhadap kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi Nissan LEAF nyata berbaloi buat sepuluh orang pelajar UCSI yang bertuah apabila mereka menerima hadiah menarik daripada Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pada majlis penyampaian hadiah yang telah berlangsung di bilik pameran Nissan Raja Laut.

Sebelum itu, ETCM mengadakan pameran Nissan LEAF di Universiti UCSI yang memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah untuk menikmati pengalaman menaiki Nissan LEAF. Peraduan dalam laman Facebook Universiti UCSI kemudian diadakan selama dua minggu sempena pameran tersebut.

Mengulas sewaktu majlis penyampaian hadiah itu, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bong Beng berkata, “Kami kagum dengan beberapa keping gambar yang diambil oleh pelajar dengan kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi Nissan LEAF dan dipaparkan di laman Facebook Universiti UCSI. Memang sangat mengujakan apabila dapat melihat pemikiran dan keghairahan terhadap Nissan LEAF menerusi perspektif para pelajar.”
“Kami menanti untuk menjalin kerjasama dengan Universiti UCSI pada masa depan dalam usaha untuk menjadikan alam sekitar yang lebih bersih. Kami percaya tentang faedah dan pentingnya mewujudkan kesedaran, terutama dalam kalangan generasi muda mengenai teknologi hijau serta inovasi,” tambahnya.

“Dalam era digital sekarang, penggunaan platform dalam talian seperti Facebook dan Twitter untuk mengadakan peraduan sudah menjadi perkara biasa. Acara seperti hari ini tidak terkecuali. Saya percaya bahawa gabungan pembelajaran seperti ini iaitu di dalam kelas dan dalam talian merupakan cara yang tepat untuk memperkayakan pengalaman belajar buat pelajar generasi- Y pada hari ini,” kata Timbalan Naib Canselor Universiti UCSI (Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan), Prof. Emeritus Dr. Lim Koon Ong.

“Saya juga yakin bahawa kolaborasi ini merupakan permulaan bagi satu hubungan yang panjang serta bermanfaat buat Universiti UCSI dan Edaran Tan Chong Motor,” tambahnya lagi.

Secara asasnya, para pelajar Universiti UCSI perlu menghantar sekeping foto kreatif mereka dengan Nissan LEAF, termasuklah penerangan gambar yang menerangkan Nissan LEAF dengan cara paling baik.

Derric Ong daripada Fakulti Kejuruteraan, Teknologi & Binaan Alam Sekitar muncul sebagai pemenang hadiah utama menerusi tulisannya, “Bagaimana jika anda boleh memandu kenderaan masa depan pada hari ini? Bagaimana jika anda boleh memeriksa kereta menggunakan telefon bimbit dan menghidupkan pendingin hawa dari jauh? Bagaimana jika anda boleh memandu kenderaan sifar emisi dan tidak perlu lagi pergi ke stesen minyak? Bagaimana jika kenderaan seharian anda ialah sebuah kereta elektrik? Nissan Leaf. Masa depan adalah milik anda”.

Last edited by CariReporter on 28-3-2013 12:48 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051682 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list