CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 0

[CARI Info Kioks]Nissan Urvan dan Serena Menggerakkan Juara Dunia tiga kali

[Copy link]
Post time 26-3-2013 10:36 AM | Show all posts |Read mode













Nissan Urvan dan Nissan Serena Menggerakkan Juara Dunia tiga kali,
Infiniti Red Bull Racing pada Formula One Grand Prix Malaysia

  • Memanfaatkan kerjasama global dengan Nissan selaku pembekal LCV rasmi untuk pasukan Infiniti Red Bull Racing
  • Sebanyak enam buah Nissan Urvan dan dua buah Nissan Serena akan digunakan oleh pasukan Infiniti Red Bull Racing   untuk mengangkut peralatan dan krew mereka di Litar Antarabangsa Sepang.

KUALA LUMPUR, Sepang, 23 Mac 2013 – Sebanyak enam buah Nissan Urvan dan dua buah Nissan Serena yang dilengkapi logo Infiniti Red Bull Racing akan menyediakan sokongan dari aspek pengangkutan selama lapan hari berturut-turut (18 hingga 25 Mac 2013) dengan membawa peralatan dan kakitangan mereka sempena acara Formula One Grand Prix.

Nissan Urvan dan Serena dipilih untuk tujuan ini kerana pratikalitinya dari segi ruang, fleksibiliti, selain enjin penuh kuasa yang menawarkan prestasi serta versatiliti mengagumkan.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan Nissan Urvan dan Serena kepada pasukan Infiniti Red Bull Racing bagi melancarkan operasi logistik mereka pada acara Grand Prix di Sepang. Ia juga bagi menyokong usaha mereka untuk bersaing dalam perlumbaan Formula One Malaysia.

“Kami percaya bahawa versatiliti serta kemudahan Nissan Urvan dan Serena mampu memberikan sokongan sebaiknya kepada pasukan Infiniti Red Bull Racing. Kami gembira kerana boleh mengaitkan diri dengan standard tinggi mereka serta prestasi yang dimahukan oleh Formula One,” tambahnya.

Ketua Pasukan Infiniti Red Bull Racing, Christian Horner mengulas, “Tahun pertama kerjasama kami dengan Nissan LCV telah memberikan manfaat yang signifikan kepada pasukan. Ini jelas menunjukkan tentang nilai kerjasama dengan rakan kenderaan komersial yang tepat. Salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi adalah menguruskan operasi ligostik yang kompleks melibatkan aspek pengangkutan krew dan peralatan. Bagi tahun 2013, kami gembira kerana boleh terus bekerjasama dengan Nissan LCV.”

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049049 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list