View: 2269|Reply: 13
|
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum Lelaki
[Copy link]
|
|
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. Last edited by Abangcute on 19-3-2013 12:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Dunia ialah kesenangan,
sebaik-baik kesenangan dunia ialah
perempuan yang solehah.’’
Sahih Muslim
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah, terima kasih kerana mengingatkan diri yang lemah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya;
‘‘Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara,
- kerana hartanya,
- kerana keturunannya,
- kerana kecantikannya dan
- kerana agamanya
maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia.’’
Sahih Muslim
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya Allah Maha Adil. Dalilnya :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26) |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi macamana kebanyakkan wanita akhirul zaman semua ada ke enam - enam karekter macam tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak cari wanita yang betul2 solehah |
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae posted on 19-3-2013 03:44 PM 
Salam tottot....
Ala...janganlah sedih-sedih tottot.....teruskan lah mencari sambi ...
Insya Allah............. i will try my best..... thanks 4 ur advice
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan : Tapi macamana kebanyakkan wanita akhirul zaman semua ada ke enam - enam karekter macam tu ?
Jawapan : Semuanya terpulang kepada kemampuan lelaki yang mahu mengahwini perempuan berkenaan. Jadilah lelaki yang beriman dan bertaqwa. Insya'allah ujian demi ujian akan menyelesaikan permasaalah yang dimaksudkan sehingga zahirnya wanita yang solehah. Diri manusia boleh berubah dan mengubah jika ada manusia mahu berubah dan mengubahkan mengikut apa yang Allah tetapkan.
Wallah Hualam |
|
|
|
|
|
|
|
tidak semua wanita akhir zaman ini sudah rosak akhlaknya..selagi tidak berhenti mencari ..pasti akan berjumpa satu hari nti dgn wanita solehah..
|
|
|
|
|
|
|
|
berdampinglah dengan persekitaran yang baik.. insyaallah akan dapat jumpa pasangan yang baik
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 19-3-2013 04:34 PM 
Soalan : Tapi macamana kebanyakkan wanita akhirul zaman semua ada ke enam - enam karekter macam tu ? ...
Soalan : Tapi macamana kebanyakkan wanita akhirul zaman semua ada ke enam - enam karekter macam tu ?
apa pasal hang nak perlekehkan org pompuan????
hang tu dah baik sangat kaaa????
cam tu hang kata beriman nuuu????
cam buku lali iblis je nampak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|