CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4007|Reply: 9

Jodoh Itu Sepi

[Copy link]
Post time 19-3-2013 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Assalam & Selamat Sejahtera...

Kita selalu diceritakan pasal jodoh... jodoh lambat.. jodoh ada tapi kita tak perasan.. belum sampai seru... arini... aku nak share cerita member aku.. dan aku jadikan sebagai cerpen... untuk lebih menarik... kalau nak komen, dialu-alukan... enjoice... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2013 11:31 AM | Show all posts
Part 1,

Ada apa dengan 26 tahun? Kerjaya? Aku rasa aku cukup bersyukur kerana usia yang muda aku telah menyandang jawatan sebagai seorang pengurus ‘Supply Chain & Management’ di Syarikat Fresh Online, terletak di Kuala Lumpur juga sebuah syarikat yang menjalankan import dan eksport buah-buahan tempatan. Dari segi pelajaran, aku baru saja menghadirkan diri ke majlis konvokesyen peringkat Master minggu lepas di Universiti Putra Malaysia, UPM. Angin bayu menyapa lembut pipiku menemankan aku sedari tadi. Radio juga masih gagah menceriakan suasana yang sunyi.

“Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
Siapa yang baik hati,
Pasti kuterima….”

Lagu Putih-Putih Melati dendangan ST12 yang semakin hangat diperdengarkan di corong radio nyata memahami perasaan aku. Bukan aku tak berusaha, aku dah banyak kali berusaha untuk jatuh cinta, tapi tetap tak jumpa lelaki idaman atau pun Prince Charming. Perasaan mana boleh main paksa-paksa, kita nak hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa, mana boleh nak cari macam nak cari ikan kat pasar. “Kalau dah jodoh tak ke mana”, “Belum sampai seru” Itu saja jawapan lapuk aku kalau-kalau ada orang bertanya kenapa aku masih solo dan bujang terangtangtang.

“Ad, kenapa kau masih solo? Bukan tak ada laki nak kenal dengan kau. Amir, Hisyam, Syahmi… ramai lagilah, tak terkira dengan jari tangan campur jari kaki pun belum tentu cukup”, kata Fara, teman baikku.

Nama aku Ad atau dalam kad pengenalan tulen, telah termaktub namaku ialah Adawiyah bt Ismail. Aku lebih selesa dengan panggilan Ad. Malas nak panjang-panjang. Fara memang suka membebel pasal situasi aku yang lambat dapat jodoh. Dia dah nak kahwin bulan Mei nanti, mungkin sebab itu dia risaukan aku. Nanti siapa yang akan ambil berat pasal aku. Kalau difikirkan, macamlah kahwin itu boleh menyebabkan perhubungan kami putus. Kecoh lebih minah ni.

“Fara, aku rasa, aku belum bersedia…” entah kenapa asyik jawapan sama yang kuulang. Sebenarnya aku belum berjumpa sesiapa yang memiliki ciri-ciri yang buat jantungku bergetar. Ok, berbalik dengan ciri-ciri, aku rasa aku bukanlah memilih sangat. Tapi aku rasa, lelaki yang tak pandai nak layan aku. Aku ni nampak keras dan hati batu tetapi dalam hati ada taman, kadang-kadang ditimpa badai dan samudera pun boleh mengalir air mata macam tsunami.

Perbualan dengan Fara kuhentikan. Ingatanku terbang jauh ke selatan tanah air. Di sana ada seseorang yang membuatkan mataku tertancap jauh memandang bulan yang tinggal separa. Macam boleh tembus terus ke Planet Marikh! Pertemuan aku dengan Syafiq di KLIA membibitkan cinta yang luhur lahir dari hati. Itu pertama kali jantungku berdegup kencang melihatkan sesusuk tubuh seorang anak Adam. Nak kata handsome, smart bergaya tu memang tolak tepilah. Tapi dia seolah-olah ada sparks yang aku tunggu selama ini.
****************
Pagi itu aku ada mesyuarat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Datin Norazah, pemilik syarikat yang aku selesa memanggilnya ‘Datin’ telah memilih aku untuk membentangkan maklumat terkini produk dan stok syarikat kepada pemegang saham yang bertaraf datuk dan tan sri. Terasa kerdilnya aku. Kalau tidak kerana tugas, mungkin aku sekarang pun masih duduk menghadap laptop sambil buat report dan pekena air milo. Mana tak gemuknya. Eh, aku tak adalah gemuk sangat, cuma berisi. Sindrom orang perempuan. Pantang naik 1kg pun dah rasa gemuk, padahal berat bukan sampai 50kg pun. Jangan jadi aneroksia atau bulimia sudahlah. Aneroksia dan bulimia ini adalah penyakit di mana merasakan dirinya gemuk walaupun sebenarnya tak gemuk. Sudahnya, nanti tak nak makan dan kalau makan boleh muntahkan kembalil. Nauzubillah! Selesai mesyuarat, aku perlu bergegas ke kilang yang terletak di Parit Raja. Kenapalah Datin suruh aku audit dan mengawasi perjalanan syarikat di sini?  

Yang aku tahu, di sini adalah salah sebuah gudang utama di Semenanjung Malaysia. Sebuah lagi di Kota Kinabalu. Datin bukan tak percaya dengan staffnya di Batu Pahat, tapi dia lebih yakin kalau aku yang audit sendiri. Kalau aku orang yang tidak amanah, mungkin aku copy-paste report dia orang. Cepatlah aku pulang ke Kuala Lumpur, tak pun boleh jalan-jalan makan angin kat Batu Pahat. Teringin juga aku nak pergi menikmati keindahan Pantai Minyak Beku. Dengar kata boleh naik kapal, bersiar-siar di perairan Selat Melaka dengan hanya membayar RM15. Murah kot! Namun, amanah yang berat ini tidak akan aku persia.  Aku mesti selesaikan tugasan terlebih dahulu.

Sedang aku mengira jumlah stok, mata pula sibuk melilau-lilau ke kanan dan ke kiri sampai tidak perasan yang bahu aku dilanggar seseorang. Kertas dan fail bersepah di atas lantai. Nak marah pun tak guna, sekarang aku kena kira balik stok, sebab aku dah lupa bilangannya. Sakit kepala! Kena menghadap balik kotak buah epal yang bertimbun-timbun. Dah lah suhu sampai tahap sejuk beku. Siapalah mamat depan aku ni? Cakap sorry pun tak nak! Tengok saja-saja ke? Tak nak tolong aku kutip kertas?
“Maaf awak… saya tak sengaja. Saya nak cepat” kata lelaki itu. Lelaki tak berapa tinggi tapi quite handsome. Matanya yang bundar merenungku sambil tangannya rajin mengutip kertas yang berselerak tadi. Aku hanya terdiam dan mencangkung sambil mengutip kertas. Dalam 10 minit, suasana sepi tanpa bicara. Aku blur. Tak tahu nak cakap apa. Wey, please say something! Awkward kot! Lelaki itu menalakan kepalanya ke arahku. Aku terduduk sebab terkejut.

“Eh, Sorry…Nama saya Amir. Awak Adawiyah kan? Awak jangan salah faham, tadi saya sempat terbaca nama awak atas kertas yang kita pungut tadi”, jawapan simple dan cukup menangkap pertanyaan yang mata aku ajukan, bagaimana dia boleh tahu nama aku. Mungkin jawapan selamat untuk mengelakkan aku fikir yang dia ni psiko atau stalker. Tapi aku cuma menjawab,

“Panggil saya, Adawiyah”.
“Kalau saya panggil awak Ad, boleh?” Dia bertanya. Aku diam sebab malas hendak melayan.
“Ok. Orang tua-tua cakap, diam tanda setuju. Lepas ni saya panggil awak Ad, ok?”

Pertemuan selama sejam itu cukup merimaskan. Aku memang peramah tapi tak nak peramah dengan lelaki macam Amir. Sejak dari itu, bermulalah mesej-mesej flirt daripada Amir. Aku pelik, dari mana dia dapat nombor telefon aku. Nak kata aku bagi tu memang tak lah! Kalau sehari tak bagi mesej memang tak sah. Walaupun aku sudah di Kuala Lumpur, memang dia tidak pernah terlupa untuk memberi mesej berupa kata-kata berunsur semangat dan ucapan selamat pagi, selamat malam, selamat tengah hari, selamat petang, pendek kata semua ucap selamat dia nak ucap. Amir memang handsome tapi dia pendek, muda setahun daripada aku pulak. Muda tetap muda. Padahal kalau dah cinta, ada apa dengan nombor kan? Tapi aku yang tak nak. Jual mahal? Takut saham turun?

Hari itu aku perlu ke kilang kami di Batu Pahat lagi, Datin suruh audit HR department. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku perlu audit walhal bukan bidang kuasaku. Leceh betul. Tapi Datin dah suruh, I follow... Nanti tak ikut, kena tolak gaji kang. Mana aku nak cekau duit nak bayar kereta aku, rumah sewa aku lagi. Bala bala.

“Ok, Adawiyah you can deal with Wan for everything about HR, he is the one in charge”.
“Wan, this is Adawiyah. You jangan nakal-nakal ye”.

Kata setiausaha yang memiliki wajah ala-ala Nora Danish menjeling manja lalu mengenyit mata ke arah lelaki tersebut. Apabila dengan aku, masam mencuka. Seksi! Baju jenama Zaraa tapi tiruan punya, muka pulak ketat semacam, tak untunglah jadi orang cantik tapi perangai tak semenggah. Mungkin kalau aku laki, dia layan aku kot. Setiausaha itu pergi meninggalkan kami berdua. Aku dan lelaki itu berpandangan. Aku macam kenal siapa mamat ni. Tapi kenapa aku rasa aku ada short term memory, ke aku ada amnesia sampai aku tak boleh ingat siapa Wan? Pelanduk dua serupa? Kan orang cakap, kita ada 7 lagi kembar yang muka sebiji cam kita. Mungkin ini salah seorang kot.

“Make it short, my name is Adawiyah, hope can…”
“Alah Ad, tak payahlah nak berspeaking dengan saya. Awak dah tak cam saya heh?”
Aku berteka-teki. Sudah. Mamat mana yang mengaku dia kenal aku ni?
“Saya, orang yang awak jumpa kat stor hari tu. Dah lupa? Sekejapnya awak dah lupa. Awak kena recharge bateri otak awak ni. Hehe”
“Eh, Amir?”
“Ya lah, nama saya Wan Amir. Tapi dalam office orang panggil saya Wan. Surname kononnya. Tapi kalau nak perkenalkan diri kat sesiapa, saya guna nama Amir”.
“Oh…I see. Patutlah awak ada nombor telefon saya, awak orang HR rupanya!” aku berseloroh.
“Gotca!” menyeringai gigi Amir menampakkan hampir kesemua gigi bahagian atas. Cute jugak. Sempat pulak.
“I see…. Ok Amir, lets start. We need to do it faster so that I can go back earlier to KL”.
“Oh… I see…I see…” Eh mamat ni perli aku ke? Oh I see, oh I see. Belasah kang.
“Ad, kenapa nak balik awal-awal ke KL, ada orang yang menanti lah tu”.
“Memang ada yang menanti, umi, abah dan adik-adik”.

Amir hanya mengangguk faham dan tersengih seperti kerang busuk. Entah apa yang kelakar. Lawak sangat ke? Ke ada cili kat celah gigi aku tadi? Pagi tadi kan aku melantak sampai dua bungkus nasi lemak mak cik yang berniaga depan office. Memanglah sedap tapi orang tamak memang selalu rugi, natijahnya sejak pagi tadi aku dah dua tiga kali buat temu janji dengan Cik Toi.

Kami memulakan ekspedisi dengan memunggah fail-fail lama dan meneliti maklumat pekerja yang pernah membanting tulang memberi sumbangan tenaga dan idea yang tak putus-putus sampai syarikat kami berjaya. Bayangkanlah, kami terpaksa key-in data pekerja yang zaman Tok Kaduk sampai sekarang, zaman Oppa Gangnam Style. Habis jari jemariku yang mulus ini bengkak.

“Aduh, saya sakit perut!” Aku terus berlari mencari toilet. Tak sempat mendengar kata-kata Amir. Bagaikan lipas kudung aku berlari, kalah Usain Bolt! Haa… Siapa suruh gatal sangat makan nasi lemak tadi. Diarrhea ke aku ni? Aku pandang anak panah ke arah Cik Toi. Apa? Toilet level ni rosak. Aku dah nak terburai isi perut, kena pergi level lain pulak? What the… tapi sebab dah tak tahan punya pasal, aku kena gagahkan diri juga! Nak guna lif, atau naik tangga? Lif? Tangga? Alah, naik lif saja. Bukan ada orang lain kat office waktu pukul 6 petang ni. Semua orang sudah boleh punch out seawal pukul 4.30 petang pada hari Jumaat. Terbuka saja pintu lif, mata kami bertaut. Alamak laki yang aku jumpa kat KLIA hari itu! Macam mana dia ada kat sini? Kenapalah kita kena berjumpa waktu aku dalam keadaan darurat? Sabo je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 11:32 AM | Show all posts
Check inn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 11:33 AM | Show all posts
Part 2

Aku tak berani nak pandang muka dia. Aku tahu tatkala itu muka aku dah merona merah. Merah sebab menahan perasaan malu dan merah sebab menahan rasa hendak membuang hajat. Memalukan tujuh keturunan! Alamak! Lebih tragis dan memalukan! Lelaki itu mula menutup hidungnya. Tapi masih cool dan tersengih-sengih. Macam mana aku boleh melepaskan bom atom keluaran terhad Adawiyah ni? Kalah bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Masa kurasakan sangat lama. Malu tadi bertambah-tambah macam nak masuk dalam tin biskut. Sebelum aku keluar, sempat aku meminta maaf sebelum berlari mencari toilet. Aku dah tak terfikir ke mana hala tuju lelaki idamanku itu.

“Oh mak kau!” aku melatah. Terkejut kerana lelaki itu masih berdiri tegak menunggu di luar pintu tandas.

“Sorry tadi, awak kenapa tunggu kat sini?” aku pantas saja bertanya.

“Awak masuk salah toilet. Tak sempat saya nak cakap apa-apa, tapi awak dah redah masuk. Mujur tak ada mana-mana staff yang nak guna toilet tadi. Tu yang saya berjaga kat pintu ni. “
Aku pandang simbol orang lurus tanpa gaun, ya, aku memang dah salah masuk toilet. Ini confirm kes dah malu sakan. Aku menelan air liur. Sudah berapa kali aku memalukan diri sendiri di hadapan si dia, lelaki pujaan aku.

“Lagi satu, saya nak saman awak!” nada mukanya cukup tegas. Aku terpinga-pinga. Apa maksud dia?

“Dua sebab! Sebab satu, awak sedang pijak kaki saya”, mulutnya dijuihkan ke arah kakinya yang aku pijak. Dah lah aku pakai wedges. Oh my god! Teruknya aku. Aku cepat-cepat berganjak dan menunggu sebab kedua untuk diterangkan. Tangannya memicit-micit hidungnya yang mancung.

“Saya nak saman sebab awak dah cemarkan udara yang saya hidu tadi, selama beberapa minit”, mukanya tiada gelak tanda gurauan.

“Mengikut perlembagaan Negara, muka surat 15, akta 1978, barang siapa…”

“Awak nak saman saya betul-betul ke? Apa tuduhan awak nanti?”

“Saya cakap, awak tuttt di dalam lif dan… “ dia sudah tidak tahan gelak dan ketawa bagai sudah seribu tahun tak pernah ketawa. Gelaklah gelak. Sedap sesuka oren dia nak kutuk aku kan. Aku menjeling tajam. Jam ku lihat masuk pukul 7 malam. Amir pasti sedang menungguku.

“Saya gerak dululah”. Aku mematikan gelaknya.

“Sekejap. Awak tertinggal dua benda ni. Mata awak tak payah nak terbeliak sangat lah, saya tak takut punya. Satu, awak tertinggal dompet Hello Kitty ni dalam lif tadi. Kedua, awak tertinggal hati awak kat sini.” Matanya membawa mataku ke arah tangannya yang sudah diletakkan di atas bahagian jantung. Maksud dia apa ni? Janganlah main-mainkan perasaan aku. Semasa aku mengambil dompet itu dari tangannya, sempat dia berbisik memberitahu namanya ialah Syafiq. Pertemuan yang sungguh memalukan itu masih segar dalam ingatanku.

“Ad! Kau ni kan. Aku bebel-bebel dari tadi, kau tak dengar ke? Penat lah aku cakap pasal persediaan perkahwinan aku”, tangan Fara yang hinggap di dahiku membuatkan aku kembali ke landasan realiti, yang aku sedang berada di Kuala Lumpur tapi fikiranku dah lama melayang jauh nun ke Batu Pahat menyingkap tirai detik perkenalanku dengan Syafiq.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:20 PM | Show all posts
Pernah kena .... dah x tahan nak buang air.......
main redah je tak tgk signage tandas lelaki or perempuan......
tau2 ada org tegur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 12:40 PM | Show all posts
Part 3

Pagi itu, usai majlis makan-makan sempena merasmikan kiosk kami yang baru di Muar, Datin mengadakan jamuan ringkas di kantin. Selepas ucapan ringkas daripada Datin, beliau memperkenalkan aku pada khalayak. Aku bukan siapa-siapa. Rasa tak perlu kot. Aku senyum kelat sambil perhatianku dialihkan kepada menu lunch hari ini, Nasi Beriyani Gham Batu Pahat yang sudah tersedia di meja seperti sedang melambai-lambai perut yang sedari tadi berkeroncong ‘Apo Kono eh Jang’. Pertama kali aku makan terus jatuh cinta kepada Batu Pahat. Eh, cinta kepada makanan atau anak jatinya? Aku menggeleng.

“Apa yang geleng-geleng, angguk-angguk tu Cik Adawiyah?” Syafiq sudah berdiri di sebelah ku berpeluk tubuh. Dia senyum. Amir ada di sebelahnya. Aku baru tahu yang Amir dan Syafiq bersahabat sejak di bangku sekolah, terpisah beberapa tahun kerana belajar dalam bidang yang berbeza. Amir mengambil jurusan Sains Sumber Manusia di UTM manakala Syafiq mengambil jurusan kejuruteraan elektrik di UTHM. Tak sangka, mamat yang selenga ni seorang engineer rupanya. Maknanya dia orang ni sebaya? Syafiq muda setahun daripada aku? Gulp!

Tengah hari itu kami berborak panjang. Nampaknya Amir yang semangat memancing cerita antara kami. Kulihat Syafiq lebih banyak berdiam dan sesekali tersengih. Oleh kerana hari ini hari istimewa, Datin memberi keizinan untuk kami pulang ke rumah lebih awal.
Kilat sabung-menyabung. Hujan pula tidak malu-malu menyembah bumi, hotel kelihatan sangat jauh. Kebiasaannya ada driver teksi yang lalu lalang di hadapan kilang, tapi hari ini langsung tiada kelibat kereta kuning biru. Lantaran itu, Anis, budak praktikal di office aku mempelawa untuk pulang ke rumahnya di Parit Yaani. Setibanya di rumah, bau ubi goreng dan ikan masin awal-awal menyapa hidungku. Berselera sungguh.  

Selepas mandi, aku berborak dengan keluarga Anis sambil menikmati ubi goreng. Aku pandang isi rumahnya, beratap zink tanpa siling dan bahagian ruang tamu yang tinggi sedikit kedudukannya daripada bahagian dapur. Kata Anis kalau tiba musim banjir, barang-barang bolehlah disimpan di bahagian yang tinggi itu, tidaklah dilarikan oleh arus yang tidak terduga derasnya. Kata Anis lagi, pada tahun 2006 lalu, kawasan rumah mereka memang banjir teruk, paras air sudah melebihi bumbung rumah! Tak dapat aku bayangkan! Memang pengalaman menarik. Dalam pukul 10 malam, kami semua sudah masuk bilik. Kalau di Bandar, pukul 10, malam masih muda. Masih bising dengan jerit-jerit kota. Namun di sini, 360 darjah berbeza. Kedengaran bunyi hujan jatuh di atas bumbung rumah sangat ikhlas, aku leka dibuai perasaan dan akhirnya tertidur.

Pagi esoknya, aku terlupa yang aku perlu hadiri meeting di kilang. Anis MC kerana badannya panas, mungkin akibat main hujan semalam. Nak drive aku tak pandai. Terpaksa minta tolong Amir untuk menjemputku. Malangnya, Amir sedang membuat lawatan ke tempat pemborong di Muar. Amir mencadangkan aku meminta pertolongan Syafiq. Aku segan dengan dia. Tapi meeting perlu dihadiri. Samsung S3 dikeluarkan daripada beg tangan.

Mesej:
Adawiyah : Assalam, Syafiq kan? Ini Adawiyah, staff Datin dari KL.
Selang beberapa minit.
Syafiq : Adawiyah mana?
Takkan dia dah lupakan aku. Sengallah laki ni.
Adawiyah : Sayalah, kawan Amir. Kita jumpa semalam masa lunch.
Syafiq : Saya tak kenal. Lalala…
Adawiyah : Tak kenal takpelah.
Syafiq : Hehe, takkan merajuk. Ok saya kenal. Ye ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan puteri?
Adawiyah : Jangan nak mengada-ngada boleh? Saya nak mintak tolong awak ambil saya kat Pt Yaani. Saya ada meeting pukul 10. Tapi saya tak tau macam mana nak pergi kilang.
Syafiq : Teksi?
Adawiyah : Kat sini tak ada teksi.
Syafiq : Ok. Bagi alamat penuh, nanti saya ambil awak. Jap. Tapi ini bukan free of charge.
Adawiyah : Ok… nanti saya bayar ya encik supir.

Nak mintak tolong pun susah. Bukan pertolongan ni free. Aku bayarlah tambang nanti. Kecoh betul. Tapi aku suka juga, dapat jumpa dengan Syafiq. Dalam setengah jam, Syafiq sudah berada di perkarangan rumah Anis. Kereta meluncur pergi. Suasana masih tegang. Dia masih ingat ke peristiwa kat lif hari itu? Aku memulakan bicara yang acuh tak acuh. Syafiq masih tetap senyap dan buat muka sepuluh sen.

Syafiq memulakan bicara. “Ad, awak temankan saya pergi BP Mall boleh? Lepas meeting nantilah. Kawan saya ajak jumpa”.
“Ok..” Aku balas pendek.
Petang itu selepas habis meeting, Syafiq dan aku meredah bersama ratusan kereta lain yang ingin pulang ke rumah setelah penat bekerja. Memandangkan trafik merangkak perlahan macam kura-kura kena cirit-birit, dekat dua jam baru sampai BP Mall. Kami berborak rancak. Bertukar cerita daripada hal keluarga sampailah kepada cerita haiwan peliharaannya yang bernama Oneng, unik betul. Kalau di KL, sesak sikit pun rasa hangin satu badan. Tapi hari ini, lagi sesak, lagi aku suka! Dapat luangkan masa dengan Syafiq. Gatal betul. Huhuhu…

Setibanya di BP Mall, kami lihat sepasang tangan melambai-lambai dari celah manusia di Rengit Café. Aku yakin, mereka itulah yang dimaksudkan oleh Syafiq. Selepas bersalaman dan menepuk-nepuk bahu gaya orang nak lawan bola sepak persahabatan, mereka pun memulakan sesi gosip. Alah, kalau perempuan pantang saja bertemu, pasti nak sebar gosip baru. Aku anggap lelaki pun dua kali lima. Sesekali kedengaran bahasa jawa menjadi bahasa perantaraan mereka. Aku pun kurang arif tentang apa. Aku masih leka dengan game Fruit Ninja.

“Yes!” aku berseloroh. Syafiq mengubah pandang.
“Apa yang suka sangat ni Ad?” Syafiq bertanya sambil lehernya dipanjangkan tanda ingin tahu apa yang aku buat sedari tadi sampai Coffee Latte yang aku order belum sempat dihirup.
“Setakat main Fruit Ninja je pun. Macam budak-budak!”, Syafiq meneruskan bicaranya. Aku hanya menjuihkan bibir. Baru kusedar rakan Syafiq yang dua orang tadi sudah tiada di hadapan kami.
“Mana dia orang pergi? Dah balik ke?” aku menjungkitkan kening, konon-konon boleh tiru Ziana Zain lah tu.
“Dah lama balik. Awak je yang sibuk dengan Fruit Ninja. Jom, hari dah petang. Saya hantarkan awak ke hotel”. Aku menghirup Coffee Latte sebelum mengikut langkahan Syafiq. Aku nampak Cool Blog di hadapan pintu masuk, tapi belum sempat aku menyuarakan keinginanku, Syafiq sudah berada jauh di hadapan.
‘Lintas jalan?’ aku bermonolog. Aku memang diciptakan dengan masalah tidak pandai melintas jalan. Bukan tak pandai langsung, tapi aku kurang yakin kepada diri sendiri. Sebenarnya bukannya jauh nak melintas dari lobi BP Mall ke tempat parking kereta. Aku rasa neuron otak aku tak dapat berhubung secara baik. Adakah ini bermakna aku kena minum susu formula yang ada tinggi DHA? Erk. Aku sempat menarik hujung t-shirt Syafiq untuk berpaut padanya dan berjaya melintas. Moga tiada siapa yang ternampak kami. Kalau tak nahas jadi bahan bualan satu office.

“Ad! Adawiyah!” Aku macam kenal suara itu. Siapa?
Aku menoleh. Ya, memang aku kenal suara itu. Milik Kak Mas, receptionist office kami. Jarinya dihayun dua-tiga kali seraya mahu berkata yang kami sudah terkantoi. Dengan jari aku masih menarik t-shirt Syafiq. Cepat-cepat aku lepaskan. Habis aku, habis! Aku menggeleng dan Syafiq hanya tersenyum. Perjalanan dari BP Mall ke Hotel Katerina terasa lebih lama apabila kami berdua sudah kehilangan idea untuk berborak. Selepas mengucapkan terima kasih, Syafiq berlalu pergi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2013 12:41 PM | Show all posts
Part 4

Syafiq yang aku kenal di alam realitinya terutama apabila di hadapan Amir sangat senyap, tapi apabila di dunia handphone bising bukan main. Ada saja mesej “hai-hai-bye-bye” dia. Sudah jadi tabiat aku untuk tidak membalas mesej sesiapa, aku buat tak tahu. Baca mesej dan biarkan ia berlalu seperti angin lalu. Langsung tiada perasaan jemu untuk menghantar mesej walaupun saban kali aku mengabaikannya, sampai satu tahap aku terasa tangan ini laju membalas sapaan Syafiq. Yalah, sekeras-keras batu kalau hari-hari terkena setitik air, satu hari nanti boleh lembut juga.

Dalam diam-diam aku tertunggu-tunggu mesej daripadanya dan rasa addicted. Kalau sehari tak dapat mesej daripada Syafiq aku boleh jadi gila. Yes… gila! Memang gila! Dalam 10 mesej yang Syafiq hantar, aku akan membalas salah satu mesej daripadanya. Suka tapi pura-pura jual mahal. Sudah tiga bulan kami berkawan di alam maya. Kadang-kadang ada juga aku tersasul memanggilnya dengan gelaran sayang.

Syafiq : Balas pun mesej ambo. Dah seminggu Fiq bagi mesej setiap hari, baru hari ini nak balas? Ingat tak reti tekan keypad handphone dah.
Adawiyah : Bukan tak reti tekan tapi malas nak mesej-mesej.
Syafiq : I miss you. Muah!
Adawiyah : Euuuwww….
Syafiq : I wait for you.
Memang hati aku dah berbunga-bunga sangat! Dan yang paling penting, cintaku tertinggal di Batu Pahat!

************************
Kantin office di Batu Pahat bising dengan suara Mak Cik Rokiah yang mengambil order. Bukan main semangat lagi. Nak ambil order macam nak pergi karaoke. Aku seperti biasa, lunch bersama diri sendiri. Bukan aku tak nak makan dengan orang lain, tapi hampir semua staff di sana adalah lelaki. Aku malas nak layan. Nanti kang balik-balik topik bola jadi perbualan. Aku dah lah buta bola. Kalau bola Malaysia tahan lagi lah. Kenal juga dengan Apek, Idlan Talaha, suami Ayu Raudhah, tapi yang lain-lain memang hampeh aku tak tahu.
  
Syafiq melabuhkan punggungnya di hadapan aku diikuti dengan Amir di sebelah. Walaupun peristiwa Kak Mas nampak kami di BP Mall suatu masa dahulu, namun gossip yang timbul bukan antara aku dan Syafiq, tapi antara aku dan Amir. Dari celah mana pula gossip ini timbul? Itu yang buat aku jadi pelik.

Syafiq memandangku dan matanya dilirih ke arah Amir tanda ingin mengejek. Aku bengang. Aku bingkas bangun, sempat pula kaki Syafiq ku pijak tanda protes. Terkejut Syafiq dengan tindakanku. Aku hairan dengan Syafiq. Selalu dalam mesej mesti nak kacau aku tapi bila berhadapan dengan Amir. Takkanlah dia tak perasan yang aku suka dia? Boleh pulak nak gosipkan aku dengan Amir. Dia ni memang tiada otak atau tiada hati? Dia cuma nak main-mainkan perasaan aku heh? Hey, kita bukan muda lagi nak main-main cinta!
Petang itu, kami perlu ke Carrefour untuk mencari sedikit keperluan office. Amir, Syafiq, aku dan beberapa orang staff lagi. Kaki aku lenguh, kebas sebab penat duduk depan laptop pagi tadi. Syafiq nampak aku penat dan mengajak aku duduk sementara menunggu Amir dan yang lain-lain siap membeli barang. Di hadapan KFC ada sebuah bangku panjang. Kelihatan seorang budak lelaki sedang bermain di bangku tersebut. Kalau nak diikutkan bangku itu memang muat untuk kami bertiga tetapi Syafiq menegah. Syafiq cakap, kalau kami duduk di sana, ia akan menyebabkan konsentrasi budak lelaki itu terganggu.

Aku nampak ada sinar penyayang dimatanya. Selama ini aku hanya tahu dia anak sulung, yang lain-lain aku tidak ambil port sebab siapalah dia dihatiku. Eh ke terbalik, siapalah aku dihatinya. Hahaha... Jiwang pulak. Sudahnya kami berdiri sambil bermain teka-teki. Tak sangka kelakar juga Syafiq. Selepas beberapa minit, Amir sudah terpacak di hadapan kami.

“Syafiq, kau nak kacau buah hati aku ye?” Amir memulakan bicara sambil menepuk-nepuk bahu Syafiq. Sempat pula dia menjeling kea rah aku.
“Aku tak kan caras ‘orang rumah’ kau lah”. Orang rumah? dia orang cakap aku orang rumah si Amir? Orang rumah a.k.a isteri a.k.a awek a.k.a teman wanita? Oh no! hilang akal aku nak terima Mat Skema macam Amir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 12:42 PM | Show all posts
Part 5

Bukak televisyen pun bukan ada rancangan best. Aku mengomel. Laptop sedia dibuka dan aku leka menekan nama “Syafiq Aryan” di ruangan search, facebook. Aku ni kalau betul-betul memang boleh jadi stalker gila! Dup dag! Dup dag! Siapa si gadis ayu berbaju kurung sebelah Syafiq ni? Teman istimewa dia ke? Kenapa dia tak pernah cakap dengan aku? Eh, tapi kenapa dia perlu cakap dengan aku sedangkan kami tiada hubungan apa-apa. Aku semakin galak menyiasat. Aku lihat ada album gambar bertajuk ‘Dia’. Si gadis molek bernama Saadah. Luluh hatiku. Aku scroll down timeline Syafiq. Mereka sudah berhubung sejak 2008! Lamanya! Kenapa selama ini aku tak terfikir nak tengok Facebook dia? Malam itu mata aku tak boleh lelap sebab terkenangkan Syafiq.

Di office, seperti biasa, Syafiq sentiasa mengusik aku. Tapi hari itu aku tiada mood. Masih berfikir mengapa Syafiq layan aku macam dia nak kat aku? Bila aku dah tangkap cintun dengan Syafiq, baru aku tahu yang dia sudah berpunya. Perlu ke aku bertanya?
Perhubungan kami agak dingin. Ketika aku sudah kembali di Kuala Lumpur, Syafiq masih tidak jemu-jemu bermesej dengan aku. Sesekali ungkapan ‘I Love You’ dan ‘I Miss You’ membuatkan hatiku hancur. Aku tidak layak mendapatkan cinta itu. Seteruk-teruk aku, aku tak akan merosakkan hubungan orang. Memang ada pendapat mengatakan, ‘Baru aje kawan, belum bertunang atau berkahwin pun, apa salahnya kita potong jalan!’ namun aku tidak sedap hati. Mahu saja aku luahkan kepada Fara, tetapi dia baru saja kehilangan ayah minggu lalu. Aku tidak sampai hati mahu menambahkan kekusutan di hatinya dengan masalah aku yang super kecil kalau nak dibandingkan dengan apa yang dihadapinya. Secawan coffee latte di atas meja belum ku sentuh. Alunan muzik lagu Shae, Sayang menandakan mesej masuk.

Mesej daripada Syafiq.
Syafiq : Orang di sana buat apa?
Adawiyah : Minum coffee. Kenapa?
Syafiq : Guess what? I am in front your house right now!
Adawiyah : Kidding?
Syafiq : Haha. Yeah, kidding but saya memang kat KL sekarang.
Adawiyah : For what?
Syafiq : To propose you, I guess?
Adawiyah : Sudah-sudahlah tu Syafiq. Tak patut Syafiq buat macam ni kat Saadah.
Syafiq : Saadah? Dia tak marah pun.

Tanganku kaku. Betullah tekaan aku selama ini yang Syafiq memang menjalin hubungan dengan Saadah, si gadis manis berbaju kurung yang aku nampak di facebook tempoh hari. Syafiq, janganlah dera perasaan aku. Aku sakit sangat!

Adawiyah : Jadi betullah kau orang bercinta? Ada masalah dengan dia ke sampai nak kena cari Ad?
Syafiq : Ad, I miss you. Boleh kita jumpa esok? Di Coffee Bean, KL Sentral, pukul 6 petang.

Aku hanya membalas ok. Pendek. Aku masih berada di atas titik garis normal. Aku tidak boleh merosakkan hubungan orang lain. Itu sumpahku. Titik. Apa perlu aku buat sekarang ni? Sudah terang lagi bersuluh, hubungan ini salah. Aku tidak boleh jadi punca kenapa Syafiq dan Saadah terputus di tengah jalan. Dalam masa yang sama, aku tak boleh nafikan perasaan aku kepada Syafiq yang kian hari kian mekar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 04:33 PM | Show all posts
impressive!
Teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 12:47 AM | Show all posts
alamak, bersambung ke? ish...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060654 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list