CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 0

[CARI Info Kioks]ETCM Penaja Kenderaan Rasmi untuk FMFA 2013

[Copy link]
Post time 19-3-2013 09:54 AM | Show all posts |Read mode














ETCM Penaja Kenderaan Rasmi untuk
Future Music Festival Asia 2013


Kuala Lumpur, 15 Mac 2013 - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menjadi  penaja kenderaan rasmi untuk acara Future Music Festival Asia 2013 (FMFA 2013), yang merupakan festival muzik terbesar di Asia Tenggara.

Beberapa buah kenderan Nissan digunakan untuk membawa selebriti-selebriti daripada bilik rehat mereka ke kawasan persembahan pentas yang berada di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

ETCM juga diberi kelebihan untuk mempamerkan sedan global paling larisnya, Nissan ALMERA; Nissan X-GEAR dan kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi, Nissan LEAF di salah satu festival muzik terbesar yang pernah diadakan di Asia Tenggara.

“Menjadi sebahagian daripada festival muzik yang memenangi anugerah ini memang satu penghormatan besar buat kami, dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan mempromosikan industri pelancongan di Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr Ang Bong Beng.

Sempena festival muzik ini, ETCM turut menghadiahkan 15 pasang tiket FMFA 2013 kepada peminat Nissan bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan di laman Facebook Nissan. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menghasilkan pos paling kreatif menggunakan perkataan “Nissan LEAF” & “Future”.

Festival muzik yang memenangi anugerah ini dijangka menjadi acara muzik termahal pernah diadakan di Malaysia. Dengan kos produksi mencecah RM10 juta, ia menawarkan muzik paling mengujakan daripada pelbagai genre.

Pada Mac 2012, festival muzik ini berjaya menarik lebih 25,000 orang pengunjung. Bagi acara kali kedua ini, seramai lebih 40,000 peminat muzik tempatan dan antarabangsa dijangka membanjiri Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari untuk menyaksikan artis-artis terkenal seperti PSY, Rita Ora, Fun., The Prodigy, Armin Van Buuren, serta lebih  40 artis antarabangsa dan tempatan yang lain.

Dianjurkan oleh Future Entertainment Australia dan Livescape Asia Sdn. Bhd., FMFA 2013 adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memulakan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan berkesan. Festival ini dilihat sebagai daya penarik utama pelancongan yang berupaya menarik minat para peminat muzik dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Selain negara-negara lebih jauh seperti Australia, India, malah Eropah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.064418 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list