|
aiyork...klu mcm tu x tau nk komen apa dah... kena tanya wife sendiri la.... |
|
|
|
|
|
|
|
berdosa besar bini ko kalau dia menolak pelawaan suami. Allah jadikan haid untuk perempuan supaya perempuan/isteri dpt berehat sebab penat buat keje rumah, keje opis jaga anak. sbb tu Allah bagi haid untuk ppuan/isteri berehat dari suami dan lain2 xtvt termasuk solat. Allah tu adil. bukan setiap masa kene penat . tu dh kira alasan saje.. kalau hang ngk astro kemah keming ustaz ada cakap hal ni. tp ada btul gk kata forumer diatas tadi ni. ko kene fair. ngk diri gak ko camne. samada ko selekeh ke. isap rokok sampai berbau satu badan ke. hehe. tu la asam garam rumah tangga. awal kawin, semuanya indah. bila menjelang tahun kedua dan nk sampai seterusnya adalah peringkat paling susah untuk kita kekalkan kebahagian suami isteri sbb bermacam2 dugaan samada zahir dan batin. part ni la selalu berlakunya curang dan rasa nka try mende baru samada suami or isteri. sama je dua dua. mula la sebok pasang skandal untuk melepaskan cerita2 bilik kt skandal.
yg penting, byk kan solat dan berdoa supaya korang berdua kekal hinggak akhir hayat. mohon pada Allah. tu sebaik nya.
Last edited by zalish on 18-3-2013 02:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
- Trauma dengan proses kelahiran – Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.
- Perubahan hormon dan emosi – Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.
- Perubahan fizikal – Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.
Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.
Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?
Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.
Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.
Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.
Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.
Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.
Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.
Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.
Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.
Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.
Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawin dua jer la...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 21-3-2013 10:34 AM
Kawin dua jer la...hehehe
Uih..takkan sampai tahap tu..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
kau ckap elok2...ckp dah lama tahan ni. nnti makan luar, isteri dosa tau...
letih mcm mana pun keadaannya, isteri kena layan (fakta/hadith), tpi suami kena faham lau isteri letih (ini toleransi)...
so husband n wife, amik sbg ilmu. tq |
|
|
|
|
|
|
|
sy rasa salah satu sbb owg pompuan lepas bersalin ni mmg kureng ckit..kena pandai la cari mood tu..tp mcm pengalaman sy la selepas bersalin mmg mood x baper besh la
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba try belikan wife Jus Perawan Gold ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
A2536 posted on 15-3-2013 02:54 PM
What if:-
Wife Keje - anak org jaga. habis keje balik rumah dua2 play part. somi mandikan, pakai ...
wife awak mcm tu ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. dh berapa kali tegur. gaduh jgn citer la. sabo ajela. demi anak-anak. |
|
|
|
|
|
|
|
aku saspek maybe ur wife x konpiden dgn how she looks like to u after beranak
cuba puji dia cantik at her at most random time,place and dont expect sex afterwards.
kira puji then ko wat seperti biasa.and bukan puji kat bilik tidur sajork..mana2 ajelah.
layan dia seperti puteri raja slalu.
and awak pon be at your best look
jangan ler boroi2, busuk2..cuba groom sikit tuk bini
percayalah..pompuan pon ade nafsu jugak..speaking from experience
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk kes cmni....suami tau nak sedap je....cuba kaji, kaji, dan kaji... Kaum. adam tau tak vagina tu selembut kulit dalam pipi....lps bersalin tmbh2 kene jahit mmg trauma & rase nyeri tiapkali intercourse.....klu la diberi kaum lelaki rasa pengalaman bersalin, konfem tobat terus nak intercourse + mengandung....sy dh kwen 9taun & ada sorg anak umo 8taun....after 8yrs pon kesan jahitan tu stil ada rase nyeri klu silap gaya tujahan....so bertabahlah & jadilah suami yg btmbg rasa & memahami.....
normal jgk lps bsalin kurg pelincir & kurg libido.....x smua isteri blh ketepikan trauma lps bsalin tu....kene ada 2 ways communication....belikan supplement jamu2 tuk increase libido...ramai kwn2 sy suggest try jamu jenis cecair yg sedap, x pahit & manis cthnye jus perawan, jus bidadari, jus senorira, awet muda, dll..... |
|
|
|
|
|
|
|
A2536 posted on 17-4-2013 01:07 PM
yup. dh berapa kali tegur. gaduh jgn citer la. sabo ajela. demi anak-anak.
Tegur kene cara yg betul bro.....ibarat menarik rambut dlm tepung....rambut x putus, tepung x bselerak.....terapkan ilmu agama tgjwb dia sbg isteri....tgjwb utama adalah melayan batin suami....ni le ilmu kwen...org skrg nak kwen kalut study ilmu nak mendayung je.....ptt study dulu ilmu tndukkan isteri & xkan ingkar pd permintaan suami.....dia tau ke hukum menolak hasrat suami malaikat akan laknat dr mlm smpi ke pagi....andai dia atau suami ditakdirkan pegi dulu....nauzubillah....selama2nya isteri berdosa & xkan dpt cium bau syurga....belajarlah menerima, redho & memaafkan isteri sblm tido wlupun dia telah menolak hasrat suami utk bersama sblm tido.... |
|
|
|
|
|
|
|
A2536 posted on 15-3-2013 02:54 PM
What if:-
Wife Keje - anak org jaga. habis keje balik rumah dua2 play part. somi mandikan, pakai ...
Sesungguhnya klu betul cmni....dia sgt bertuah.....my case suami tgg expenses 110% tp urusan hntr/ambik anak, & urusan rmhtgga lain smua sy buat sorg.....sy kje, anak hntr nursery, bju suami sy uruskan sndri, mkn mmg selalu msk even kuar umah kul 7pg & smpi umah blk kul 7mlm....
sy x pnh abaikan batin suami sbb mak dh pesan jgn biarkn suami tido atau kuar umah dlm kdaan berkehendak....takut dia nnti meragan & kite bdosa selamanye or takut dia tgoda dgn yg haram diluar umah....nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 21-3-2013 10:34 AM
Kawin dua jer la...hehehe
hahaha.. Aku setuju kekekkeke
|
|
|
|
|
|
|
|
sendiri lancap.............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|