Pelanggan Nissan menikmati Acara Mencari Harta Karun yang pertama di Asia di LEGOLAND Malaysia
JOHORBAHRU, 5 Mac 2013 –Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan LEGOLANDMalaysia untuk acara Mencari Harta Karun Nissan pada 2 Mac 2013. Iamerupakan aktiviti Mencari Harta Karun pertama di Asia yang diadakandi LEGOLAND® Malaysia khas untuk pelanggan Nissan.
Meluahkanrasa teruja mengenai kerjasama dengan LEGOLAND Malaysia,Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr. AngBon Beng berkata, “Sejak tahun lalu, kami telah bekerjasama denganSekolah Memandu LEGOLAND Malaysia untuk memberi peluang kepadakanak-kanak belajar mengenai peraturan lalu lintas dan memandu diatas litar berdasarkan kepada trafik sebenar. Kali ini, kami berbesarhati kerana dapat menganjurkan acara Mencari Harta Karun Nissan 2013di Taman Tema LEGOLAND Malaysia. Pelanggan kami merupakan penyokongyang hebat and kami menghargai sokongan mereka dengan menganjurkanaktiviti yang unik dan menarik ini.”
ETCMadalah komited terhadap pemberian ganjaran kepada pelanggan-pelangganmelalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun
Acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi di bilikpameran ETCM, Johor Jaya hingga ke LEGOLAND Malaysia. Parapeserta memandu kereta masing-masing dan berkonvoi seperti sebuahkeluarga Nissan yang besar. Sejumlah 117 peserta yang terdiridaripada 33 kereta Nissan telah bersiap sedia untuk permulaan acaraini.
Sebaik sahaja tiba di LEGOLAND Malaysia, mereka disambut oleh pelbagaiaktiviti menarik. Terdapat aktiviti ‘Cari Perbezaan’ yang memerlukan para peserta mengenal pasti perbezaan di antara dua buah kenderaan;Nissan Almera 1.5L (A) E vs. Nissan Almera 1.5L (A) VL dan 2013Nissan Teana 2.0L (A) vs. 2013 Nissan Teana 2.5L (A).
Peserta-peserta juga perlu mencari petunjuk melalui papan tanda yang boleh dilihatsepanjang perjalanan untuk menemui lokasi tertentu dan bertemu denganmarshal bagi membolehkan pasport mereka dicop. Rasanya sepertikembali ke zaman kanak-kanak apabila sebahagian peserta berseronokdan cuba membina model-model Lego sehampir mungkin dengan patung asalmenggunakan kepingan-kepingan logo yang diberikan.
Setiap pasukan yang mengambil bahagian kemudian perlu merakam sekepinggambar bersama dengan model yang baru dilancarkan iaitu 2013 NissanTEANA 2.5L dengan ruangdalaman berwarna hitamyang anggun dan SistemAmaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang dipamerkan di Sekolah Memandu. Lebihdaripada 100 pelanggan telah mengambil bahagian dalam acara sulungini. Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula diadakan padapenghujung hari di Horizon Hills Golf & Country Club. Tigapemenang utama telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000(hadiah utama), RM700 (hadiah kedua) dan RM500 (hadiah ketiga).
Tempat | No.Kumpulan | Nama Pemenang | Skor | Johan | 13 | RAJIMELAMBARAN SHIRLEYHOE VENKATESWARAN ESWARAN | 158 / 170 mata | Naib Johan | 6 | HAVINESH KASTURI | 157 / 170 mata | Pemenang ketiga | 19 | TAN HANN YANG LIM CHEE WEI CHANMIN PIAO CHAICHIN CHUAN | 136 / 170 mata |
Bermula April 2013, ETCM juga akan menganjurkan Bengkel-bengkel KeselamatanJalan Raya dan Ikhtiar Hidup di Bandar untuk Wilayah Tengah, Selatan,Timur, Utara Sabah dan Sarawak.Acara-acara ini diadakan berikutan maklum balas memberangsangkan daripada bengkel-bengkel sebelumnya yang dianjurkan pada tahun laluberkaitan pentingnya mencegah daripada menjadi mangsa jenayah sertakeselamatan jalan raya.
Last edited by CariReporter on 6-3-2013 10:43 AM
|