irbadh posted on 25-2-2013 03:01 PM 
Namun perlu diberi perhatian bahawa syirik adalah pembatal amal. Dan itulah inti tujuan dakwah par ...
Dan amat menyedihkan kita dewasa ini apabila melihat masyarakat sekililing kita yang amat jauh dari petunjuk nabi muhammad shollallohu ‘alaihi wa sallam. Dan yang lebih menggusarkan lagi adalah amalan-amalan yang dilakukan jelas bertentangan dengan sunnah nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam. Kita pun tak tahu dari mana mereka dapat praktik-praktik amalan seperti datang berdo'a kepada kubur meminta kepada orang yang telah mati dengan alasan tawassul kata mereka. Sudah jelas ini adalah tawassul yang bathil, sedangkan sudah ada tawassul yang syar'i yang telah diajarkan oleh nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam kepada kita tetapi tetap puak-puak ni nak yang bathil juga. Boleh juga dilihat di youtube amalan ini dari orang-orang sufi di tarim, hadramaut, yaman beramai-ramai ke kubur yang didakwa mempunyai jasad nabi hud (wALLOHu ta'ala a'lam ), yang diketuai oleh orang yang mengaku keturunan nabi tapi praktik amalan mereka jelas bertentangan dengan sunnah nabi shollallohu‘alaihi wa sallam. Bila rujuk kitab-kitab hadits, takde pula hadits-hadits shohih petunjuk nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam tentang amalan sebegini. Bahkan nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam melarang keras dalam wasiat beliau shollallohu ‘alaihi wa sallam menjelang kewafatan beliau shollallohu ‘alaihi wa sallam (yang bermaksud):
“Laknat ALLOH ke atas yahudi dan nasrani kerana mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid (tempat beribadah)”. (riwayat imam al-bukhori)
Yang menjadi sandaran mereka hanyalah hadits-hadits palsu, lemah bahkan munkar. Dan jangan terkejut jika saya katakan puak-puak mereka lah yang paling ramai pengikutnya di negara malaysia ni (wALLOHu ta'ala a'lam), moga ALLOH selamatkan seluruh negara muslimin dari adzab disebabkan kesyirikan yang puak-puak mereka ni lakukan. Kenapa saya katakan begini, lihat saja negara jiran kita di indonesia, kenapa mereka sering ditimpa bencana? Kerana di sana berlaku pelbagai kesyirikan di kubur-kubur yang dikatakan sebagai kubur wali. Di malaysia juga ada berlaku ritual-ritual sebegini, di pulau besar, melaka.
Amalan ini yang mana jika jelas keyakinan orang-orang seperti ini meminta doa dengan perantaraan orang-orang yang telah mati, maka boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari islam dengan syarat setelah ditegakkan hujah dengan jelas terhadap mereka sekiranya mereka masih meyakini bahawa orang mati tersebut boleh memberi pengaruh (manfaat dan mudhorot) dalam do'a mereka yakni mengarahkan peribadatan kepada selain ALLOH, kita berlindung kepada ALLOH dari kekufuran, dari kemurkaan ALLOH dan adzab seksa-Nya.
"Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudhorot kepadamu selain ALLOH; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim." (yunus: 106)
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan ALLOH, sesungguhnya mempersekutukan (ALLOH) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (luqman: 13)
Bukankah do'a itu ibadah! Bukankah ibadah itu hanya milik mutlak ALLOH subhanahu wa ta'ala. Sebab tu jangan hairan / pelik kalau puak-puak ni boleh zikir sambil joget-joget. Lihat saja ketika tokoh-tokoh mereka ini datang ke malaysia, nanti adalah so called "majlis zikir / sholawat" (yang difahami ikut konteks akal mereka sendiri) yang kalau kita perhatikan, tak ubah seperti konsert artis yang jahil tentang agama. Bezanya cuma mereka ni berserban dan berjubah (perhatian: saya tidak menafikan, jauh sekali meremehkan sunnah berserban dan berjubah!). Tetapi ikhtilat, bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan tetap terjadi, wALLOHul musta'an.
Last edited by irbadh on 28-2-2013 07:41 AM
|