CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3096|Reply: 11

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)

[Copy link]
Post time 9-2-2013 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan bumiputera digesa supaya lebih bersiap siaga dalam menghadapi perubahan landskap perniagaan pada masa hadapan.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), Datuk Nasir Ahmad berkata, apa yang paling penting kepada mereka adalah persediaan daripada segi pengetahuan untuk bersaing dengan pihak lain.
''Mekipun terdapat kemajuan atau perubahan positif bagi usahawan bumiputera, tetapi ia masih berada pada kadar perlahan berbanding kaum lain di negara ini.


''Sebarang perubahan merupakan proses yang besar tetapi dengan galakkan, keyakinan dan kepercayaan ia mampu dicapai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Tambah Nasir, usahawan bumiputera perlu mempunyai sikap berani dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan semata-mata.
''Selain itu, pendapat yang mengatakan usahawan Bumiputera perlu mengubah budaya perniagaan mereka merupakan sesuatu yang subjektif kerana tidak semestinya sesuatu bangsa atau kaum yang berjaya dalam perniagaan menggunakan cara yang betul.


''Apa yang penting bagi setiap usahawan atau peniaga adalah berpegang kepada prinsip yang betul dan ikhlas dalam menjalankan perniagaan,'' jelasnya.


Nasir juga berkata, penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diharap mampu menjadi penyelaras bagi memenuhi agenda nasional.


''Ia perlu menjadi pusat sehenti yang bertindak membantu semua agensi yang terlibat dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta memastikan semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya,'' katanya.
Beliau menambah, Teraju perlu lebih berani dan agresif dalam menjalankan tanggungjawab kerana ramai yang berpendapat kewujudan unit tersebut masih belum dirasai.


''Pada saya Teraju tidak boleh gagal kerana PKS bergantung kepada mereka untuk terus berdaya saing pada masa hadapan.
''Apa yang penting bagi Teraju sekarang adalah menjelaskan kepada semua mengenai misi dan visi mereka dan perlu lebih cekap dalam menangani segala isu yang berkaitan PKS terutama membabitkan usahawan bumiputera,'' katanya.
Teraju ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras serta memacu penyertaan bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan sedia ada.


Unit itu juga akan memastikan keberhasilannya dalam jangka masa pantas meliputi tindakan efektif yang boleh meraih kejayaan.
Ini termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi masa kini serta melihat keberkesanan program yang sedang dilaksanakan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2013 02:32 PM | Show all posts
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ditubuhkan sebagai satu unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras Agenda Bumiputera sebagai sebahagian Pelan Transformasi Negara.

TERAJU melapor terus kepada YAB Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Misi utama TERAJU yang ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011 ialah untuk menentukan apabila Malaysia mencapai Wawasan 2020 nanti, Bumiputera diwakili secara seimbang dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat besar dan dalam sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi.

Pada 26 November 2011, YAB Perdana Menteri telah melancarkan “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” (Bumiputera Economic Transformation Road Map) yang menjadi asas kepada transformasi ekonomi Bumiputera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:32 PM | Show all posts
MESEJ KETUA EKSEKUTIF

Penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera sebagai satu unit strategic di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah merupakan komitmen YAB Perdana Menteri memperkasa Agenda Pembangunan Bumiputera.

Peranan utama TERAJU ialah menerajui, menyelaras dan memacu penyertaan Bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan sedia ada. Sejak ditubuhkan, TERAJU telah mengemukakan inisiatif-insiaitif  pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan program pembangunan ekonomi Bumiputera.

Sehingga Ogos 2012, TERAJU juga telah mewujudkan peluang perniagaan dan pembiayaan bernilai lebih RM13 billion ringgit untuk komuniti perniagaan Bumiputera. Ini direalisasikan hasil kerjasama TERAJU dengan pelbagai pihak, termasuklah agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), syarikat-syarikat swasta, dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs).

Kejayaan inisiatif-inisiatif TERAJU seperti program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS), Dana Mudah Cara, dan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) adalah kerjasama pintar antara kerajaan-swasta-NGO.

Kita juga berharap agar agensi-agensi kerajaan, syarikat Bumiputera dan NGO akan memanfaatkan laman web ini untuk berinteraksi dengan TERAJU dan memberikan maklumbalas kepada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan.

Sesungguhnya, pencapaian TERAJU adalah kejayaan kita semua dan usaha murni semua pihak akan berjaya membolehkan penyertaan golongan Bumiputera secara saksam adalam pertumbuhan pesatekonomi negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:33 PM | Show all posts
FUNGSI & PERANAN

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU),  Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Menerajui Agenda Bumiputera seperti yang digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” selaras dengan Pelan Transformasi Negara lainnya, termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan sektor.
Memacu perlaksanaan Agenda Bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada.
Menyelaras perlaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kesemua fungsi ini direalisasi melalui pelbagai inisiatif di bawah empat bahagian iaitu Bahagian Keusahawanan, Bahagian Pembiayaan, Bahagian Kajian Polisi & Institusi, dan Bahagian Pengurusan Stakeholder.

Selaras dengan peranannya untuk meningkatkan partisipasi Bumiputera dalam ekonomi, TERAJU juga mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah NKEA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:34 PM | Show all posts

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000
F +603 7839 8100
E [email protected]


kredit :   http://www.teraju.gov.my/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:41 PM | Show all posts
aku tahu TERAJU masa ahdir  program ni....


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2013 02:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2013 02:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:44 PM | Show all posts
aku jumpa ghamai tauke2 Melayu.....semua bisnes besaq..ada tauke kilang ayam...ada tauke kilang roti...

sambil berbual dan berkenalan dgn ramai tauke Melayu seluruh negara,bertukar fikiran dan idea bisnes...bertukar kad bisnes  ...sambil2 aku promo buku aku


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:46 PM | Show all posts
setelah program,bila lapang,aku pi m jumpa kawan aku....

      



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 02:47 PM | Show all posts
Mudah sahaja mohon TERAJU

1.Bisnes lebih 5 tahun.

2.Proposal cantik.

3.Tiada loan dengan PUNB,jika ada,sila selesaikan.

4.Maksimum RM5 juta.

Maklumat lanjut ,hubungi PUNB....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.658331 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list