View: 2386|Reply: 8
|
Usahawan DIWAJIBKAN Kaya Raya
[Copy link]
|
|
Salam sahabat2 usahawan sekalian, hari ni saya tergerak hati nak berkongsi pendapat saya iaitu, sebagai usahawan, kita adalah diwajibkan untuk menjadi kaya raya. Berusahalah sekuat mungkin, bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang2 di sekeliling kita, dan paling tepat pekerja2 kita.
Mengapa saya berkata sedemikian, sebagai orang Islam, kita ada konsep sedekah yang memberi ganjaran kepada kita selepas kita meninggalkan dunia yang sementara ini. Jadi, dengan kaya raya, sekiranya perniagaan kita hanya memerlukan 1000 orang pekerja, kita mampu ambil sehingga 3000 orang pekerja, atau sebanyak yang termampu. Selebihnya anggap sedekah.
Sekiranya gaji pasaran untuk jawatan yang sama hanya RM 1000, kita bayar RM 3000. Selebihnya anggap sedekah.
Betapa indahnya kita sebagai orang Islam menjadi usahawan...saya sendiri ada staf yang tiada sijil langsung tapi di bayar gaji menyamai orang yang mempunyai sijil, kerana ketekunan beliau bekerja dan menerima setiap arahan dari pihak pengurusan. Kita tak perlu ikut sistem kapitalis yang menyanjung orang yang hebat, tetapi menindas mereka yang lemah. Islam tidak begitu. Islam adil untuk semua.
Selalunya kita sebagai usahawan dimomokkan dengan buku2 tulisan barat, cara perniagaan orang2 cina, cara perniagaan sistem kapitalis, cara yahudi dsb...tak salah kita mengambil ilmu dari mereka, cuma jgn terlampau taksub sampai boleh mengatakan, hg kena ikut cara **** meniaga, seposen pun depa ambik kira...Bab kesungguhan, ok, kita boleh ambil, tapi bab cara pengurusan kewangan, saya rasa tak perlu....
Saya sendiri ada mempunyai pekerja yang memang terlalu lembab (maaf, ini kenyataan sebab saya selalu terima komen dari staff lain, malah saya sendiri sedar kualiti kerja beliau). Ok, saya cuba slow talk, bagi cara, cuba motivate, tetap sama. Saya tak buang, cuma ubah kerja dia, biar sesuai dengan keadaannya...InsyaAllah dia boleh berubah. Kita tak perlu hentam dia, malukan dia, tengking dia setiap hari...Hanya perlu pantau dan ingatkan dia lebih kerap berbanding staff lain...
Sama mcm premis perniagaan saya, yang pernah dikomen oleh rakan2. Rakan2 pernah mengatakan, bangkrap kedai kalau ade pekerja mcm tu...Dalam hati saya, saya dah lakukan sebaik mungkin, dah bagi arahan, cuma kena pantau lebih sikit pekerja mcm ni...tak perlu risau, rezeki milik Allah S.W.T...
Sebab itu kita kena berusaha bersungguh2 untuk menjadi kaya, tetapi bukan untuk diri sendiri. Ambil seramai mungkin saudara seagama kita bekerja...terutamanya mereka2 yang kurang berpendidikan. Orang2 mcm ni saya tgk menjadi pekerja syarikat yang hanya pentingkan wang ringgit, keringat mereka dikerah sesuka hati. Malah saya pernah nmpk yang saya yakin saudara seagama membawa lori arak. Di mana tanggungjawab kita sebagai usahawan pada ketika itu???
Jadi, setiap pagi kita ingin pergi kerja, mohon pada Allah semoga diberikan rezeki yang melimpah ruah dan digunakan untuk kebajikkan orang di sekeliling kita...InsyaAllah...
Harap kalau ade rakan usahawan mempunyai pendapat berkenaan, kita kongsi, saya hanya manusia biasa...memberi sedikit pendapat untuk renungan diri dan sahabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnye bro. alhamdulillah ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setiap pagi saya mengharap bahawa dapat mengaut keuntungan yang memuaskan, syukur kerana pendapatan masih ok lagi.
Berusaha kawan kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai usahawan, kebajikan pekerja kena diutamakan. KWSP & PERKESO adalah wajib, bukan sekadar utk undang2, tetapi amat bermakna untuk pekerja2 anda.
Dan kalau boleh, anda tambah lagi perlindungan takaful @ insurans di mana sekiranya pekerja anda meninggal dunia, sekurang-kurangnya, waris akan dapat dana sedikit untuk meneruskan kehidupan selepas itu. Sekiranya pekerja kita berhenti dan bekerja di tempat lain, kita sudah terputus tanggungjawab, kerana majikan baru yang bertanggungjawab, tetapi bagaimana sekiranya pekerja itu meninggal semasa bekerja dengan kita?? Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, sudah tentu kita akan terkesan dengan peristiwa tersebut...
Tetapi, berapa sangat wang yang mampu kita beri utk keluarga mereka? KWSP hanya beri RM 2500 (bantuan kematian) + wang simpanan arwah. PERKESO pula bergantung pada jenis kematian. Perlu diingatkan sekiranya pekerja anda mencarum tidak cukup 24 bulan, dan arwah meninggal bukan di waktu kerja, tiada apa2 yang boleh dituntut dari PERKESO. Di sini perlindungan takaful @ insuran memainkan peranan.
Sekali lagi diingatkan, usahawan diwajibkan menjadi kaya raya untuk kebajikan pekerja2 anda. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU DAH KAYA..CUMA TAKUT MISKIN DI AKHIRAT..... |
|
|
|
|
|
|
|
Visionarious posted on 7-2-2013 10:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
Huiyooooo...
Kenapa saudara?
Menjadi usahawan dan Islam adalah sesuatu yg cukup hebat di dunia ini. Kita tak perlu bekerja keras semata-mata hanya untuk mengumpul kekayaan, kita tak perlu pergi kerja awal semata-mata untuk kekayaan, kita tak perlu memeras keringat orang lain untuk diri sendiri...
Tetapi kita hanya perlu bekerja keras utk kebajikan, perlu bekerja keras supaya dapat lebih banyak bersedekah dan mengumpul pahala utk akhirat....kita perlu pergi awal ke tempat kerja utk kebajikan, kita melayan semua orang sama rata. Tiada tekanan dalam hidup utk mengumpul kekayaan diri sendiri, tiada tekanan dalam hidup utk menunjuk2 kepada rakan perniagaan yang lain....dsb....
Islam itu indah.
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 6-2-2013 11:22 PM ![](static/image/common/back.gif)
AKU DAH KAYA..CUMA TAKUT MISKIN DI AKHIRAT.....
Tahniah saudara, mari kita bantu saudara seagama kita...saudara boleh mulakan dengan mengambil pekerja yang bekerja di bidang yang dilarang oleh Islam....
|
|
|
|
|
|
|
|
nice...this what we need.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|