CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3445|Reply: 3

Panduan Untuk Berjaya Dalam Pemasaran Produk Digital

[Copy link]
Post time 30-1-2013 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Panduan Untuk Berjaya Dalam Pemasaran Produk Digital
Apabila kita bercakap tentang menjana wang online, salah satu jalan yang paling mudah untuk menembusi pasaran niche yang menguntungkan dan pada masa yang sama dapat meminimumkan kos ialah dengan menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi. Produk-produk digital terdapat dalam pelbagai format, termasuklah:

• Ebook
• Laporan
• Tutorial Video
• Kursus-kursus / e-Course
• Penyampaian Multimedia dan Latihan
• Teleseminar / Webinar
• Dan sebagainya

Ia bergantung kepada pasaran niche anda dan permintaan semasa untuk produk-produk tertentu, anda perlu mempertimbangkan untuk menyediakan kepelbagaian format bagi produk anda dalam usaha untuk mencapai seramai mungkin audien sasaran dan memaksimumkan jumlah jualan.

Oleh kerana orang ramai suka mempelajari sesuatu perkara melalui pelbagai cara, penghasilan panduan video tutorial berdasarkan transkripsi ebook atau report anda boleh meningkatkan jumlah jualan dengan pesat dan memastikan anda memberikan kepada para pelanggan apa yang mereka hajati.

Mari kita lihat apa yang perlu anda lakukan dalam usaha untuk menghasilkanproduk digital yang berupaya mendatangkan keuntungan kepada anda!

Kelebihan Menghasilkan Produk digital
Tidak seperti bisnes-bisnes tradisional, apabila menjual produk-produk digital, anda mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kos di samping

dapat mengelakkan beban kerja yang berlebihan.

Sebagai contoh, apabila menjual produk digital anda tidak perlu risau tentang penyimpanan stok kerana produk digital anda akan sentiasa ada untuk dibeli pada bila-bila masa sahaja.

Anda juga tidak perlu menguruskan kos penghantaran, pembungkusan atau mendapatkan premis perniagaan kerana laman web andalah kedai anda.

Terdapat banyak lagi kelebihan-kelebihan membina bisnes online anda berasaskan produk-produk digital, termasuklah fakta bahawa anda boleh menghasilkan produk itu sendiri, meminimumkan kos yang berkaitan dengan outsource atau mengupah pihak ketiga.

Sebenarnya, anda boleh menghasilkan produk digital anda yang pertama hanya dalam masa beberapa hari sahaja dan membina proses jualan untuk menerima pembayaran dan secara automatik menghantar produk yang dibeli pelanggan setiap kali ianya berlaku.

Memilih Tumpuan Produk & Niche
Langkah pertama dalam pembinaan produk digital ialah pemilihan topik dan fokus keseluruhannya. Untuk melakukannya dengan lebih berkesan, anda perlu menilai pasaran niche anda dan menentukan apakah produk yang dijual sekarang dan bagaimana anda boleh mengambil pendekatan yang berlainan untuk meningkatkan nilai bisnes anda di mata para pelanggan.

Apabila menilai sesuatu pasaran, cara paling mudah untuk menguji produk manakah yang menjadi permintaan ramai ialah dengan membuat kajian di tempat-tempat pasaran produk, forum-forum, blog dan sebagainya untuk menentukan apakah jenis produk yang boleh dijual dan mendapat permintaan ramai.

Pembekal produk digital terbesar di alam Maya ialah Clickbank (www.ClickBank.com) di mana anda dengan segera boleh mencari produk-produk yang sedia ada yang relevan dengan pasaran niche anda. Anda kemudian perlu lakukan kajian dengan meneliti produk-produk yang berbeza dan juga surat jualan yang disediakan oleh pihak pengeluar produk untuk mengenalpasti adakah ianya berkaitan dengan segmen niche anda dan bagaimana anda boleh memajukan lagi material yang sedia ada.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 02:48 PM | Show all posts
Adalah penting untuk mempunyai USP (Unique Selling Proposition) apabila menghasilkan produk-produk informasi supaya anda boleh menonjolkan produk yang berlainan dengan apa yang sedia ada di pasaran sekarang.

Produk informasi yang terjual dengan baik sentiasa mempunyai nilai tawaran yang jelas seperti penyampaian informasi melalui cara yang baru, mengambil jalan atau sudut yang baru atau memajukan lagi kehebatan produk sedia ada dengan menawarkan penjelasan di bahagian-bahagian kebanyakan bakal pelanggan berdepan dengan masalah.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam segmen Pengenalan, format produk digital anda bergantung kepada permintaan pasaran anda. Anda perlu meninjau produk-produk yang sedia ada untuk menentukan metod penerbitan yang mereka gunakan, supaya anda boleh memasukkan pilihan penghantaran ke dalam tawaran produk anda sendiri. Anda mungkin boleh pertimbangkan beberapa format:

Ebook (Format PDF)
Audio
Tutorial Video
Laporan / Report
Webinar / Teleseminar

Bukan sahaja anda boleh meningkatkan nilai produk informasi anda dengan menyediakan kepelbagaian format, bahkan juga dapat mencapai keseluruhan pangkalan pelanggan dengan lebih berkesan.

Mencipta Produk Informasi.
Bukan semua orang dilahirkan berbakat dan jika anda tidak yakin untuk menulis beberapa baris ayat, anda bolehlah pertimbangkan untuk melakukan outsource produk informasi anda kepada para penulis bebas atau freelance. Anda boleh mencari para pekerja bebas di tempat-tempat tertentu seperti di forum atau sebagainyanya.

Di Malaysia anda mungkin boleh mencari para pekerja bebas (Freelance) untuk Surat Jualan (Copywrtiter) atau sebagainya di forum seperti WangCyber (www.wangcyber.com).

Manakala jika anda ingin mencari ‘freelance’ luar negara, disyorkan laman-laman berikut:
http://www.Elance.com
http://www.Scriptlance.com

Jika anda tidak boleh outsource produk informasi anda, anda masih boleh membina produk yang berkualiti samada dengan menggabungkan laporan-laporan dan artikel-artikel menjadi satu ebook lengkap atau menggunakan produk-produk PLR yang bermutu yang boleh anda ubah mengikut selera anda.

Kami syorkan PLRSeries.com (www.plrseries.com) untuk produk-produk PLR BM yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tersebut. Satu lagi cara yang mampu dan mudah untuk anda lakukan untuk menghasilkan produk informasi anda tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal dengan mengupah penulis freelance ialah dengan membeli laporan-laporan PLR yang pelbagai kemudian gabungkan kesemuanya menjadi satu ebook yang lengkap dan komprehensif.

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap artikel-artikel PLR, kumpulkan artikel-artikel yang berkualiti dari penyedia PLR dan jadikannya satu ebook yang lengkap.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 02:48 PM | Show all posts

Menetapkan Sistem Jualan Anda
Baiklah, sebelum anda boleh memulakan jualan produk digital anda, anda perlukan dua perkara:

1) Minisite dengan Surat Jualan yang menyatakan faedah-faedah produk digital anda
2) Pemproses bayaran untuk menerima bayaran dan menghantar produk anda

Apabila menulis surat jualan, anda perlu menyatakan dengan jelas apakah faedah-faedah yang boleh diperolehi daripada produk digital anda dengan memecahkan surat jualan anda kepada perenggan-perenggan dan menggunakan ‘bullet points’ dan sebagainya.

Anda juga boleh menebalkan segmen dalam surat jualan anda dengan menggunakan arahan-arahan HTML seperti bold, italic atau underline. Jika anda ingin menghasilkan surat jualan yang mampu ‘menukar pengunjung ke pembeli’, anda perlulah fokus kepada menghasilkan ‘headline’ yang cantik untuk menarik pembaca yang mengunjungi laman web anda.

Selitkan persoalan-persoalan penting yang diutarakan oleh pasaran niche anda atau fokuskan terhadap faedah terbesar produk anda. Surat jualan anda juga memerlukan ‘call to action’ yang kuat yang mengarahkan pengunjung untuk melakukan sesuatu dengan jelas seperti "Klik di Sini! Dapatkan Di Sini" dan sebagainya.

Menghasilkan surat jualan yang efektif dan menarik memakan masa yang agak lama, tetapi jika anda melakukan ‘split test’ surat jualan anda dan berterusan meningkatkan mutu dan kualitinya, anda akan memiliki surat jualan yang ’ampuh’ dalam waktu yang agak singkat. Anda boleh daftarkan akaun Google Optimizer yang akan menyediakan anda tool yang anda perlukan untuk split test laman jualan anda di:

www.Google.com/websiteoptimizer

Perkara terakhir yang anda perlukan ialah menetapkan cara pelanggan boleh membeli produk digital anda. Anda juga mestilah memanfaatkan kelebihan satu sistem yang akan menguruskan penghantaran produk selepas pembelian secara automatik yang mampu membantu mengelakkan masalah penghantaran manual dan masalah sokongan. Di Malaysia, para usahawan internet kebiasaan menggunakan Perbankan Online dalam setiap transaksi pembayaran sama ada Maybank2u, CIMBClicks, BIM.biz atau sebagainya.

Oleh itu cara untuk menerima pembayaran ialah menggunakan borang order dan produk yang disyorkan ialah seperti produk Sistem Borang Order. Salah satu pemproses bayaran yang tersohor di serata dunia ialah Delavo dan ia mampu menerima pembayaran perbankan online atau Paypal, Clickbank dan sebagainya.

Anda perlulah menjadikan sistem jualan anda fleksibel dan mudah difahami oleh para pelanggan supaya mereka boleh membeli dan menggunakan produk anda dalam waktu yang singkat. Lebih ringkas proses tersebut lebih baik lagi. Jika anda berminat untuk mengumpulkan subscriber dari kalangan para pelanggan anda, bolehlah anda masukkan sekali kotak opt-in ke dalam laman ‘Terima Kasih’ / ‘Download’ anda supaya pembeli boleh terus mendaftar sebagai subscriber anda sebaik sahaja selesai membuat pembelian produk anda tersebut.

Ini akan membolehkan anda terus berhubung dengan mereka di masa akan datang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 02:49 PM | Show all posts

Rekrut Agen Affiliate
Jalan paling mudah untuk memulakan pelancaran produk digital anda ialah dengan merekrut agen-agen affiliate aktif yang akan mempromosikan laman web anda kepada subscriber dan pengunjung laman web mereka. Jika anda berhajat untuk mempamerkan produk anda di ClickBank, anda akan dapat merekrut ejen affiliate dengan lebih cepat dengan menjelaskan tawaran komisyen anda dan insentif dalam senarai marketplace anda.

Anda perlu membuat pembayaran sekali sahaja sebanyak $50 untuk menjadi penjual di ClickBank, bagaimanapun setelah membuat pembayaran tersebut anda boleh memasukkan sebanyak mana produk digital yang anda mahu, semuanya di dalam satu akaun sahaja. Apabila menghasilkan senarai marketplace anda, pastikan anda tentukan jumlah komisyen yang anda akan berikan supaya bakal affiliate boleh menentukan dengan segera produk anda layak atau berbaloi untuk mereka promosikan.

Saya syorkan anda memberi komisyen sebanyak 50% demi untuk menarik seberapa ramai affiliate yang boleh. Ingat, setiap jualan yang terhasil dari usaha affiliate adalah wang PERCUMA untuk anda. Komponen penting yang lain dalam pembinaan satu kumpulan affiliate yang aktif ialah menyediakan untuk mereka material promosi yang mencukupi.

Anda patut pertimbangkan untuk membina satu laman web private yang menyediakan pelbagai alatan untuk mereka seperti:

Salinan Emel – Emel promosi yang boleh disalin oleh para affiliate yang akan digunakan untuk mempromosi produk anda.

Banner Beranimasi – Sediakan dalam pelbagai saiz dan rupa.

Artikel Blog – Para affiliate boleh menggunakannya untuk memperkenalkan produk anda dalam blog dan laman web mereka sendiri.

Laporan Percuma – yang boleh diberikan oleh para affiliate kepada para subscriber mereka.

Landing Page – landing page yang sudah siap dibina yang mempamerkan tawaran anda. Affiliate menggunakannya untuk menjana minat dan menarik pelanggan ke laman jualan anda. Lebih banyak alatan promosi anda sediakan maka lebih baik lagi hasilnya!

Membina perniagaan online dengan produk digital adalah sangat memuaskan dan menguntungkan kerana ia hanya memerlukan masa dan wang yang sedikit. Mulakan dengan memilih topik anda, nilaikan produk-produk yang sedia ada di pasaran, kemudian hasilkan satu outline kasar produk anda sendiri supaya anda boleh mula menulis, outsource atau memanfaatkan bahan-bahan sedia ada untuk mencipta satu produk digital yang benar-benar menarik minat pasaran niche anda.

Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk menguji dan mengkaji produk anda supaya anda boleh menawarkan satu produk yang berkualiti tinggi dan boleh anda banggakan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.447732 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list