CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3069|Reply: 1

cerpen : Atan,cinta monyet dan Milah.

[Copy link]
Post time 29-1-2013 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Nama aku Atan.Nama glamour aku Atan the handsome boy.Umur aku sekarang dah mencecah 20 tahun.Aku rasa dah lama sangat aku hidup kat dunia ni.Aku masih lagi bujang atau dalam bahasa jawanya single.Masih tidak berpunya dan aku juga masih teruna.Ramai kawan² aku yang sudah berpunya dan berkahwin.Tak kurang juga yang dah beranak pinak.Comel anak² diaorang.Macam muka aku.Tapi apakan daya.Aku masih lagi tidak bertemu jodoh.

Aku bekerja di kampung sebagai pemetik kelapa.Ramai yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai pemetik kelapa.Bukannya aku berlagak atau riak tetapi aku boleh kata yang aku adalah salah seorang pemetik kelapa yang terhandal dikampungku.Semua mengenaliku jika aku berjalan di seluruh kampung.Budak² kecil pun boleh kata semua mengenaliku.Nama aku disebut-sebut oleh penduduk kampung dek kehandalanku."Atan handsome ! Atan handsome! " Kata mereka.Okay,abaikan handsome tu.Mereka panggil aku Atan je.Tapi hakikatnya aku memang handsome.Serius tak tipu.

Walaupun aku masih teruna dan suci,aku juga mempunyai perasaan seperti kawan² ku yang lain.Aku ada menaruh hati pada seorang gadis kampung.Sudah lama aku ingin mendekatinya tetapi tidak pernah berjaya.Nama gadis tersebut Jesika Abah Kau atau nama kampung beliau Milah.Aku tahu ,nama nya tidak sedap.Aku sendiri tergelak berguling-guling ketika kali pertama mendengar nama tersebut.Tapi rupanya tidaklah sekampung nama nya.Dia adalah gadis yang amat lawa.Lawa sikit daripada Irma Hasmimi.

Hari ini ,aku sudah nekad untuk mendekati nya.Sekian lama aku mengusha tetapi tidak dilayan.Tidakkah dia tahu aku  yang paling popular di kampung ini.Tidak bangga kah jejaka sekacak aku ingin mendekati beliau.Surat cinta berbunga-bunga yang kutulis telah lama ku simpan.Bauan bedak harum sundal malam ku letakkan ke dalam sampul surat ini sudah sebati di dalam.Surat ini sudah begitu lama aku tulis.Aku pendamkan.Sudah hampir dua tahun aku simpan.Tetapi hari ini aku akan beri surat ini padanya bersama-sama ayat² cinta yang aku belajar ketika aku menonton sinetron drama indon.

Aku sudah nampak kelibatnya daripada jauh.Bersama seorang lagi kawannya iaitu Melah.Aku cukup benci dengan kawannya itu kerana mukanya terlalu buruk bagiku.Tidak secantik Milah.Jauh panggang daripada api bak kata orang putih.Mereka berpisah sebaik sahaja sampai di rumah Milah.Milah masuk ke dalam tanpa menghiraukan aku yang berada tidak jauh daripadanya.Tapi aku sudah nekad.Aku teruskan saja niatku.Aku menunggu di tepi tingkap biliknya untuk menghadiahkan sepucuk surat yang menyatakan perasaaanku.

Sebaik saja Milah masuk ke bilik,aku sudah bertenggek di atas tingkap biliknya yang terbuka luas sambil membaca syair punjangga yang dikarang oleh Rani Mukeji.' Oh,Milah jika kau sanggup terima aku yang hensem ini,akan ku hadiahkan kapal titanic buatan nepal kepadamu' .

Serentak dengan itu Milah menjerit dengan kuat memanggil emaknya ," Mak !!! Tolong !!!" Jerit Milah dengan kuat dan gedik.

" Ya,Milah.Mak datang ni " Sebatang penyapu digengaman emak Milah.

" Mak!! Monyet Pak Salimon kacau milah lagi! " Jerit Milah lagi dengan nada gedik menggoda.Aww.

" Berdebah punya Monyet! Berambus kau!! " Aku dibaling dengan penyapu dan dihalau.Belum sempat lagi aku nak tunjuk fak pada emak si Milah.


Sudah kali ke lima belas aku direject sebegini.Inikah cinta monyet yang mereka kata kan?.Tak guna.Mentang-mentanglah aku monyet.Hina sangat ke? Aku juga memiliki perasaan.Aku hensem apa.Ptuih!


www.rhump-kid.blogspot.com

Last edited by ahamkid on 29-1-2013 11:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 12:22 PM | Show all posts
hhahaha siannyer atannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065168 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list