Salam kepada semua pengunjung thread ini,
Kali ini saya akan memberikan informasi tentang kombinasi dan penggunaan shock absorber dan coil
spring. Kebanyakan dari anda semua mesti hendak tahu tentang kombinasi yang paling bagus sebelum membuat keputusan untuk menukar absorber dan spring kenderaan anda. Sering kali juga daripada anda akan bertanya tentang "yang mana satu paling baik..spring sport dgn absorber sport ke atau absorber standard dengan spring standard, atau juga boleh pakai kombinasi samaada spring sport dgn absorber standard atau spring standard dgn absorber sport??"
Ini jawapan saya:
Untuk Proride Standard Absorber, ianya mempunyai normal stroke,bewarna hitam, dari jenis gas dan lebih tahan daripada Absorber OEM dan comfortness; 15% ~ 20% lebih kuat daripada Absorber OEM jenis minyak. Tahap keselesaannya hampir 100% seperti OEM absorber. Ianya sesuai digandingkan dengan Spring standard atau sport. Ianya kekal dengan ketinggian yang sama jika diganding dengan standard spring tetapi akan kelihatan rendah dan sporty dengan sport spring.
Dengan kata lain "absorber standard sesuai untuk kedua-dua jenis spring (sport dan standard)
Untuk Proride Sport Absorber, ianya mempunyai Short Stroke dan bewarna kuning - Performance/racing suspension; very responsive/aggressive ride ; 30% ~ 35% lebih kuat berbanding dengan standard absorber ; special design & tuning untuk Malaysia road condition ; very well balanced sport suspension ; reduce body roll, fast bound and rebound rate. Ianya sesuai jika digandingkan dengan sport spring.
Dengan kata lain "absorber sport ini sesuai untuk jenis sport spring sahaja.
Sila lihat jadual dibawah ini tentang advantage dan disadvantage jenis kombinasi spring dan absorber
Jenis kombinasi Spring & Absorber | | | Absorber Standard (hitam) + Spring Sport (merah) | · Comfort selesa · Nampak lowered · Spring akan rasa keras sedikit · Less bumpy · Sesuai untuk normal driving. | · Cornering kurang berbanding absorber sport · Daya tahan kurang kerana absorber dicompress ke tahap minimum (untuk suit dgn sport spring. | Absorber Sport (kuning) + Spring Standard (Hitam) | | · Absorber cepat rosak, kerana Absorber stroke yang pendek terpaksa support spring yang lembut dan lebih tinggi. | Absorber Sport (kuning) + Spring Sport (merah) | · Nampak sporty · lowered (dalam 2 jari ke dua setengah jari) · Handling cornering terbaik · Tak ada sliding · Kereta tak membuai · Sesuai untuk extreme / normal driving | · Comfort atau keselesaan kurang sbb kereta lowered. | Absorber Standard (hitam) + Spring Standard (hitam) | · Sesuai untuk normal driving · Less bumpy · Condition sama dengan standard OEM | · Cornering tidak sehebat combinasi sport abs and spring. |
Diharap info ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan sebelum memilih kombinasi dan membeli.
Terima kasih
Bro Azrol
Proride Authorised Dealer
0122807651
sagaciousmaa@gmail.com
www.facebook.com/ProrideProduct
http://azrol-everythingsinfo.blogspot.com
Last edited by azrol79 on 29-1-2013 04:00 PM
|