CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3181|Reply: 4

Kisah Mayat Membaca Surah Yassin

[Copy link]
Post time 26-1-2013 04:22 AM | Show all posts |Read mode
satu artikel diambil dari : http://melayukini.net/2012/05/ki ... rah-yasin-di-mekah/

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….


Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.


Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.


Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).


Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.


Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .


Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.



ps: janji Allah itu benar sebenar benarnya..
Last edited by lavendernovella on 26-1-2013 04:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 05:54 AM | Show all posts
Nak forwardkan pada siapa CV @ resume untuk apply kerja bersih kan BAITULLAH dari tumpahan air zam zam ini?

Anyone?



Comments

u overqualified lah Cranky.  Post time 26-1-2013 07:20 AM
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 07:16 AM | Show all posts
crankshaft posted on 26-1-2013 05:54 AM
Nak forwardkan pada siapa CV @ resume untuk apply kerja bersih kan BAITULLAH dari tumpahan air zam z ...

good, better than just having a transit  at Jeddah  hmm interesting.....


well...sarcasticnyer post.


nak tentukan kesahihan tu wallhuallam but ambik iktibar yg membaca Quran tu adalah ibadah yg baik.

i bukan apa, sometimes you hear many stories...but then you tertanya adakah sahih?  but then again ambik teh take home message .
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 08:11 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-1-2013 07:16 AM
good, better than just having a transit  at Jeddah  hmm interesting.....

Tu nasib baik sedang baca surah YASSIN...kalau sedang duduk bersila baca journals? Maka berpusu pusu journalists dari HARIAN Metro akan datang buat liputan....

He he.

Comments

Hey Cranky - ini boarda gama leee , this is not CI. Solehkan posting leee....  Post time 26-1-2013 08:49 AM
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 08:28 PM | Show all posts
salam semua, amboiii seronok semua hehe...
iyela joking joking juga, tetapi memang benar Allah itu Maha Besar...masyallah, Allahu Akbar...

tumpang seronok jemaah yg dekat di sisi Allah, besar nikmat kurniaanNya pada hamba hambaNya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.459925 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list