Sahabat saya pernah bercerita dengan saya. Dulu, dia pernah berbicara mengenai pengamalan agama Islam dengan seorang artis wanita ( terlibat dalam bidang nyanyian ), dan tidakkah artis ini mempunyai keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah, ataupun mencari kerjaya lain yang lebih elok.
Artis itu memberitahunya : “ Saya ini berasal dari keluarga miskin. Saya belajar pun tak pandai, letih belajar tapi tak ke mana. Dulu saya membesar dalam kemiskinan, orang2 di sekeliling saya bukannya nak menolong kami, lagi mengeji, menghina dan mengata adalah. Sekarang saya gembira hidup dengan sedikit kemewahan hasil dari kerjaya saya sekarang. Lagipun tiada jaminan yang saya akan mencapai kejayaan yang sama jika saya menceburi bidang lain seperti perniagaan, contohnya. Lagipun saya bukannya mencuri atau merompak seperti sesetengah golongan yang terlibat dalam jenayah. ”
Saya boleh memahami sedikit sebanyak kenyataan artis ini,kerana saya pernah melihat situasi yang sama. Di mana terdapatnya golongan yang miskin dan kurang berjaya dalam pelajaran dikeji dan dihina, bukannya dibantu oleh orang2 di sekeliling mereka.
Nampaknya pengaruh keduniaan seperti wang ringgit memang sangat menebal dalam masyarakat kita, baik dulu mahupun sekarang. Orang miskin dan kurang pandai dikeji dan dihina, manakala orang kaya dipuja dan diampu kerana mengharapkan habuan daripada mereka. Golongan yang baik pula bukannya ramai, sangat sedikit bilangannya...Ya Allah bantulah umat ini....tolonglah kami dalam mencapai keredhaanMu...
Cuba korang fikir, bagaimana golongan yang dianggap hidup dalam maksiat ini hendak mendekatkan diri mereka kepada agama Islam, jika masyarakat sekarang terlalu mendewakan materialistik dan kebendaan? Last edited by Tongny on 13-1-2013 02:44 PM
|