View: 2439|Reply: 7
|
Kebaikan yang tidak akan putus
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum wbt
Untuk dipertimbangkan dan disebarkan.. seelok-eloknya jangan berkira-kira untuk membuat kebaikan.. Peringatan utk diri sendiri dan kawan2 yang membaca..Insya Allah
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.Kongsikan dan sampaikan pesanan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam 
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ
6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka." ( Imam Muslim ) |
|
|
|
|
|
|
|
i like it ...
"seelok-eloknya jangan berkira-kira untuk membuat kebaikan.."
1 2 3 4 ... 30 31 32 ... dah lom!!! |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
d'kira 4 .. d'bilang 1 ..
kira nya kamu ..?
subtract .. add .. maultiply .. divide .. all in bracket
tersusun terhimpun ..
tidak kira cina melayu india ..
asalkan hati berseh ..
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
insha Allah.. tp kene niat wakaf... niat tu penting... "semua amalan dimulai dengan niat" (hadis)
Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu.
manakala wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|